Meskipun sekadar membaca postingnya di Instagram, tapi ilmu yang dikongsikan bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim ini mampu membuatkan sesiapa saja berasa seolah-olah berada di bumi Palestin. Berpeluang mengunjungi Masjid Al-Aqsa dan kawasan sekitarnya bersama suami tercinta hujung Mei lalu, usaha Azrinaz menyampaikan kisah para anbia dan sejarah Islam yang tercipta di sana wajar diberikan pujian.
Setiap maklumat yang dikongsi cukup terperinci dan jelas memberi manfaat kepada mereka yang belum pernah menjejakkan kaki ke sana. Dengan pengalaman yang ada sebagai bekas wartawan, Azrinaz tahu bagaimana cara untuk menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih berkesan dan mudah difahami. Malah, beliau turut memuat naik beberapa video pendek. Macam tengok program dokumentari pula!
Ads
Dengan cuaca yang panas, banyak berjalan dan sedang berpuasa, Azrinaz tetap kelihatan bertenaga. Khabarnya, beliau juga menjalani ibadah puasa yang panjang iaitu selama 17 jam sepanjang berada di sana. Namun, ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus meneroka dan menyelami peradaban Islam dan kisah para nabi, rasul serta sahabat.
Salah satu perkara menarik yang dikongsikan adalah tentang Qubbah Al Shakra atau dikenali Dome of the Rock. Dalam perkongsian tersebut, Azrinaz ada membicarakan tentang tiga pendapat mengenai batu tergantung iaitu Ulama Tasawuf, Ulama Bahasa dan Ulama Usuluddin.
“Datanglah dengan niat untuk bersembahyang di Al-Aqsa kerana ini yang pernah disebut di dalam hadith. As-Sakhra hanyalah satu tempat di mana mikrajnya Nabi. Tergantung atau tidak itu bukan matlamatnya. Matlamatnya ialah menyaksikannya, menambahkan keyakinan kita terhadap rukun iman iaitu percaya pada kitab (Al-Quran).
Tempat adalah penting, tapi yang lebih penting adalah penghayatannya. Jika kita melihat ia tergantung, kemudian mengagungkannya lebih dari mengagungkan Allah, ia tidak memberi makna apa-apa. Semoga semakin hari, semakin iman kita terpelihara dari perkara yang boleh mengguris kesahihannya Qubbah Al Shakra.”
Selain itu, Azrinaz juga mendedahkan tentang Street of Shuhada yang terletak di Westbank, Hebron. Di sini, ia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu yang merupakan kawasan Palestin, ditadbir oleh kedua-dua Palestin dan Israel; dan sepenuhnya oleh Israel.
Ads
“Keistimewaan Hebron adalah masjid Ibrahim di mana menempatkan makam Nabi Ibrahim a.s. Ia juga tempat berkumpulnya seluruh ahli keluarga baginda. Nabi Ibrahim adalah bapa kepada segala nabi.”
Tak ketinggalan tentang peristiwa Nabi Yunus a.s yang ditelan ikan nun.
Ads
“Saya berdiri di dalam Masjid Kibli (kubah kelabu) iaitu masjid utama dalam perkarangan Al-Aqsa. Masjid ini juga dipanggil Masjid Al-Aqsa. Terdapat lima masjid di dalam kawasan ini iaitu Masjid Kibli, Qubbat Ak Sakhirah (Dome of the Rock), Masjid Marwani, Masjid Utama lama dan Masjid Buroq.
Ramai umat sering keliru dengan menganggap Dome of the Rock adalah masjid utama. Dome of the Rock menjadi tumpuan kerana kedudukan tanahnya yang paling tinggi, kubahnya diselaputi 200 kg emas dan menempatkan batu Israk Mikraj.”
Jelas Azrinaz lagi, beliau sangat bersyukur kerana Allah makbulkan doanya untuk berada di Al-Aqsa bersama suami. Tahun lalu Azrinaz berpeluang menyambut 10 Ramadan terakhir di Kota Suci Mekah. Yang pasti katanya, ia merupakan dua pengalaman berbeza yang tiada galang ganti.
Apa-apa pun, terima kasih kerana berkongsi ilmu yang sangat bernilai ini. Moga Azrinaz dan suami dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa berada di bawah lindungan-Nya.
Sumber: Instagram Azrinaz Mazhar Hakim
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pendatang baharu industri muzik tanah air, Nuha Sakinah Saiful Bahrin atau lebih dikenali sebagai Nuha Bahrin menggenggam Sarjana Muda Pemasaran (Kepujian) pada Majlis Konvokesyen Universiti Multimedia (MMU) 2022 di Cyberjaya baru-baru ini.
Kegembiraan berganda buat penyanyi Nuha Bahrin abapbila berpeluang membuat persembahan di Majlis Konvokesyen Universiti Multimedia Malaysia (MMU) selain turut menerima skrol Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pemasaran baru-baru ini.
Tidak hanya mendapat sambutan baik dari[ada rakan-rakan pada majlis tersebut, Nuha, 22 juga berbesar hati apabila rakan duetnya, Naufal Azrin turut bersetuju membuat penampilan bersamanya di atas pentas menyanyikan lagu popular mereka, Casablanca.
“Memanglah saya sangat gembira. Selama ini selalu dijemput untuk menyanyi di majlis konvokesyen dan kali ini dapat buat persembahan di hari yang amat bersejarah buat saya.
“Ia telah dirancang sejak awal lagi dan saya terharu apabila Naufal juga setuju untuk tampil bersama di atas pentas. Ini adalah sesuatu yang saya mahu buat untuk universiti,”
Mengakui mempunyai jadual seni yang sibuk, Nuha berjaya memperoleh kelas pertama dalam pengajian merupakan satu pencapaian yang cukup membanggakan buat dirinya.
“Syukur sasaran saya untuk dapat kelas pertama tercapai. Saya amat gembira apabila dapat membuatkan kedua ibu bapa bangga dengan pencapaian ini.
Bukan mudah untuk menguruskan kerjaya seni dan pelajaran dalam masa yang sama. Namun segala penat lelah selama ini berbaloi.
Wanita manis berusia 22 tahun itu memberitahu, resipi kejayaannya adalah membuat sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas dan jangan sesekali menyerah kalah.
Dia yang terkenal dengan lagu duet Casablanca bersama Naufal Azrin itu, memberitahu, perlu mengimbangi masa pengajian dan sebagai anak seni.
“Bagaimanapun, jika kita minat sesuatu perkara dan memberi tumpuan serta mencuba sebaik mungkin tiada yang mustahil untuk dikecapi dalam kehidupan.
“Pengalaman sepanjang hampir empat tahun pengajian, terdapat beberapa ketika saya akan mengulang kaji pelajaran dan menduduki peperiksaan di kafe berikutan terdapat rakaman ataupun sidang media,” ujarnya.
Dalam pada itu, dia memberitahu, perancangan selepas menamatkan pengajian adalah memberi tumpuan kepada kerjaya seni.
“Saya ingin melihat sejauh mana saya boleh pergi dalam industri ini. Selain itu, saya berhasrat memiliki jenama pakaian sendiri dan jika diberi peluang ingin berkolaborasi dengan jenama-jenama terkenal tanah air,” katanya.
Menutup bicara, Nuha Bahrin memberitahu, impian tidak boleh dicapai tanpa minat dan keikhlasan. Penyanyi ini juga berharap dapat memanfaatkan ilmu di universiti untuk membina empayar perniagaannya sendiri suatu hari nanti. Nuha juga menunjukkan minat dalam bidang fesyen dan bercita-cita memiliki jenamanya sendiri kelak.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa tidak kenal selebriti Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan panggilan Che Ta. Anak jati kelahiran Kedah itu dilihat sering menggunakan ‘populariti’ yang dimilikinya untuk memberi impak positif kepada orang sekeliling.
Malah, sejak memutuskan untuk bertudung, penampilan isteri kepasa aktor Zain Saidin ini sering menjadi inspirasi kepada wanita berhijab diluar sana.
Memetik laporan HIJABISTA ketika menemui figura berkenaan, Che Ta menegaskan tidak sukar untuk seseorang berubah ke arah yang lebih baik, namun perlu bijak mengutip dan menambah ilmu di dada serta sentiasa memperbaiki diri sendiri.
Banyak Cara Mudah Nak Belajar Agama Sekarang Ini – Che Ta
“Sekarang nak belajar agama banyak cara yang mudah. Follow je ustaz yang boleh kita yakini dan kenal pasti ilmu agamanya. Dari situ kita akan lebih mempelajari ilmu agama secara mendalam dengan mereka ini.
“Macam sekarang saya akui ada follow mereka yang tidak bertudung. Tetapi bila kita like dan share orang tak pakai tudung, selama mana kita kongsi gambar itu kita akan tanggung dosa. Oleh sebab itu saya dah jarang like atau share gambar mereka yang tak berhijab,” ujarnya.
“Ia sebenarnya haram. Selama mana kita letak di Instagram kita, selama itulah kita kena tanggung dosa sebab kita menyebarkan gambar mereka yang tidak menutup aurat.
“Tambahan pula, sejak mengetahui perbuatan itu salah, saya terus berhenti berbuat demikian.
“Saya tak nak bila kita ada follower yang banyak di Instagram, tetapi tak kongsi benda yang bagus dan bermanfaat untuk orang lain,” katanya lagi.
“Malah kalau ada yang DM tanya berapa harga untuk review barang, saya bagi tahu balik kalau ada produk bagi je dan tidak akan kenakan sebarang caj. Kebanyakan mereka tidak ada bajet dan saya akan review produk mereka.
“Bukan maksudnya wajib promote, tapi bagi saya itu seperti tanggung jawab. Apa gunanya ada follower yang banyak tetapi tidak gunakan untuk menolong orang lain,” jelasnya lagi yang mempunyai follower seramai 5.1 juta di laman Instagram.
Terliur tengok air tangan Lana Nodin! Patutlah keluarga mentua ‘ketagih’ juadah masakan menantu kesayangan. Nampak pun dah sedap. Untung suami dikurniakan isteri yang rajin masuk dapur dan pandai memasak.
Suka betul dengan cara aktres jelita ini jaga rumah tangga dan pikat hati insan tersayang.
Mengenali Lana, isteri Mohd Daud McKienzie ini memang tak kekok memasak. Bahkan sejak awal berkahwin lagi Lana komited menyediakan sajian untuk seisi keluarga.
Dalam kesibukan kerjaya sebagai pelakon dan usahawan makanan, tetap cari masa untuk jaga perut suami.
Berkongsi video memasak di media sosial miliknya baru-baru ini, Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hassan Nodin memberitahu mentua dari California, Amerika Syarikat minta dia masak sajian Melayu.
“Request from in law.. masakan Melayu. Kalau balik kampung suami, wajib masak daging masak merah ke, ayam kunyit ke, nasi lemak ke.
Sebab depa dah perkenan masakan Melayu pasal I dah ‘racun’ mereka dengan kesedapan makanan Melayu kita. Dah jadi tekak Melayu, mula-mula si suami sekarang 1 family in law.”
Menerusi perkongsian tersebut, pelakon wanita ini menyajikan lauk daging masak kunyit dan sayur brokoli berkuah. Kecur tengok air tangan Lana Nodin!
Selain itu, Lana juga aktif mengusahakan perniagaan bakeri dan rancak menyertai pelbagai bazar jualan di dalam mahupun luar negara. Antara yang dijual ialah Bombolana, Keria, Butter Cakes dan sebagainya.
Figura ini mendirikan rumah tangga dengan jejaka yang juga atlet kelahiran Amerika Syarikat pada tahun 2015.
Hasil perkongsian hidup, pasangan berkenaan dikurniakan sepasang cahaya maat iaitu Gia Quinn McKienzie berusia tujuh tahun dan William Daud McKienzie yang berumur empat tahun.
Walau berkahwin dengan lelaki ‘Mat Saleh’ namun ibu berusia 43 tahun ini masih berpegang kuat dengan amalan kecantikan semula jadi.
“Kalau keluar ke mana-mana terutama pada waktu siang, saya lebih selesa tidak mengenakan sebarang solekan. Apatah lagi suami, dia tidak suka saya bermekap berlebih-lebihan. Cukup sekadar penyeri wajah agar tidak terlihat kusam atau tidak bermaya.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seawal pembabitannya dalam dunia seni lagi, ramai terpikat dengan kejelitaan Nur Fathia Abdul Latiff. Mana tidaknya, bukan hanya berbakat besar sebagai pelakon, dia juga...