Terasa macam orang kaya! Sudahlah suasananya romantik dan mewah, dilayan penuh privasi dan dihidang dengan sajian bertaraf lima bintang pula tu. Memang beruntung kalau dapat menikmati ‘penerbangan’ serba indah ini bersama insan tersayang. Pastinya ia memberi pengalaman manis yang tak mungkin dapat dilupakan.

Jika selama ini anda menaiki pesawat bersama ratusan penumpang yang duduk bersebelahan dan diberi makanan dalam bungkusan yang telah siap dipek, lain pula situasinya dalam pesawat yang sedang viral di Malaysia ketika ini. Dikenali sebagai Plane In The City, pesawat Boeing 737 yang ‘mendarat’ di Kuala Lumpur berkenaan menjadi tarikan baharu bagi pasangan suami isteri dan kekasih apabila ia diubahsuai menjadi sebuah restoran mewah berkelas lima bintang.

Ads

Bawa Orang Tersayang Nikmati ‘Penerbangan’ ROMANTIK & MEWAH Ini, Confirm Senyum Sampai Telinga!

Bawa Orang Tersayang Nikmati ‘Penerbangan’ ROMANTIK & MEWAH Ini, Confirm Senyum Sampai Telinga!

Direka dengan ruang lebih privasi dan hiasan serba putih, baru-baru ini ruang pesawat dihias indah dengan elemen bunga-bungaan dan lilin sempena sambutan Valentine’s Day pada Februari lalu. Kreativiti menghias ruang pesawat menjadi lebih berseri merupakan hasil sentuhan pereka hiasan dalaman, Melur Putih. Cantik sangat!

Meskipun ia kapal terbang lama yang telah diubah suai namun masih ada beberapa elemen penting yang dikekalkan agar ia kelihatan seperti penerbangan sebenar. Misalnya, landasan kapal terbang yang ada di sini dilengkapi dengan lampu landasan sebenar yang digunakan di seluruh dunia. Bukan itu saja, kapal terbang ini juga dilengkapi dengan sistem kawalan lengkap seperti yang terdapat dalam ruang kokpit.

Bawa Orang Tersayang Nikmati ‘Penerbangan’ ROMANTIK & MEWAH Ini, Confirm Senyum Sampai Telinga!

Bawa Orang Tersayang Nikmati ‘Penerbangan’ ROMANTIK & MEWAH Ini, Confirm Senyum Sampai Telinga!

Bawa Orang Tersayang Nikmati ‘Penerbangan’ ROMANTIK & MEWAH Ini, Confirm Senyum Sampai Telinga!

Tersenarai sebagai First Airplane Restaurant dalam Malaysia Book of Records, pelanggan akan dihidangkan dengan pilihan tiga main course menyelerakan dari hotel mewah, Le Meridien. Sama ada ingin sajian ayam, daging, ikan dan sebagainya… semua tersedia untuk dipilih. Uniknya, terdapat sebuah iPad yang tertera nama pelanggan di sebelah kerusi anda untuk memudahkan urusan tempahan makanan. Eksklusif dan canggih!

Ads

Bawa Orang Tersayang Nikmati ‘Penerbangan’ ROMANTIK & MEWAH Ini, Confirm Senyum Sampai Telinga!

Bawa Orang Tersayang Nikmati ‘Penerbangan’ ROMANTIK & MEWAH Ini, Confirm Senyum Sampai Telinga!

Menikmati makan malam di dalam Plane In The City tidak ubah seperti anda berada di dalam pesawat komersil. Selain menawarkan khidmat pramugari yang setia membantu anda sepanjang ‘penerbangan’, mereka juga akan memberi pengumuman keselamatan sebelum pesawat berlepas.

Usai menikmati makan malam, pakej yang disediakan menawarkan para pelanggan untuk melawat dan bergambar di ruang kokpit, sayap kapal terbang serta beberapa lokasi menarik pesawat. Paling best, anda tak perlu bersusah-payah mencari angle untuk selfie kerana di sini juga disediakan kru dan jurugambar khas untuk bergambar!

Ads

 

Kredit foto: Plane In The City

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI