Bawah Lengan Berkerak! Boleh Cuba Cara Ini Untuk Cerahkan Kulit Bawah Lengan.

Ramai yang mengalami masalah bawah lengan hitam. Kadang-kadang kerana terlalu tergesa-gesa untuk ke pejabat, tersilap pula memilih baju tanpa lengan sampaikan malu sendiri bila nak angkat tangan.

Banyak juga produk-produk yang menjual krim, sabun dan macam-macam lagi untuk membantu mengatasi masalah ini namun ada yang terlalu mahal sehingga rasa tak berbaloi. Yang murah pula tak nampak kesan. Apa kata anda cuba cara semula jadi di bawah.

Soda bikarbonat

Bawah lengan gelap disebabkan sel kulit mati dan soda bikarbonat adalah bahan penggelupasan terbaik. Caranya: Ambil beberapa sudu besar soda bikarbonat dan campurkan bersama sedikit air sehingga ia menjadi pekat. Sapukan perlahan-lahan pada bawah lengan dengan gerakan circular. Lakukan 3 hingga 4 kali seminggu.

Kunyit

Kunyit adalah antioksidan yang menjadi bahan utama untuk mencerahkan kulit. Ia mengelakkan kehadiran melanin tetapi apabila menggunakan ramuan di rumah yang mengandungi kunyit, cuba jauhkan daripada terkena cahaya matahari kerana ia boleh menyebabkan dark spot

dan selar matahari.

Kentang, lemon dan timun

Tiga bahan ini adalah ejen pencerah sederhana. Ambil sepotong nipis kentang/timun/lemon dan gosok di bawah lengan anda. Secara alternatif, anda juga boleh mengisar kentang/lemon/timun dan campurkan bersama sedikit kunyit. Lekapkan pada bawah lengan dan keringkan selama 15-20 minit. bilas dengan ais suam. Amalkan dua kali sehari untuk kesan lebih baik.

Susu dan madu

Susu seringkali digunakan untuk mencerahkan kulit. Ia juga melembap, membantu pengelupasan dan melembutkan kulit. Madu pula bertindak sebagai antioksida dan memberi kelembapan pada kulit. Caranya: Ambil satu sudu besar susu dan madu, tambahkan sedikit serbuk kunyit atau jus limau nipis kemudian sapukan pada bawah lengan.

Minyak kelapa

Sebelum mandi, sapukan minyak kelapa pada kawasan gelap bawah lengan. Anda juga boleh campurkan soda bikarbonat bersama minyak kelapa dan gosok perlahan pada kulit. Jangan lupa bilas!

 

 

Share
Published by
KR