Gaya Hidup

Bawang Merah Bawang Putih Dah 14 Tahun Berlalu, REVALINA S. TEMAT Kini Anggun Berhijab!

Bagi penggemar sinetron atau drama bersiri Indonesia Bawang Merah Bawang Putih yang pernah disiarkan pada tahun 2004, pastinya nama Revalina S. Temat  yang membawakan watak Alya tidak asing lagi buat anda.

Setelah 14 tahun berlalu, penampilan Revalina yang kini berhijab pastinya mencuri perhatian peminatnya tak kira di Indonesia mahupun Malaysia. Bertambah manis dan cantik pula tu. Keputusan untuk berhijab dibuat oleh beliau selepas selesai menjalankan ibadah Umrah pada April 2017.

Walaupun sering mengenakan baju longgar dan tertutup, tapi Revalina membuktikan wanita berhijab juga boleh tampil stylish.

Gaya kasual dan ringkas menjadi fesyen kegemaran dalam kehidupan seharian beliau selain sering tampil dengan make up yang natural atau no make up-make up look. 

Revalin yang kini berusia 32 tahun jarang muncul di kaca televisyen dan dilihat lebih fokus melayari kehidupan rumah tangga bersama suami, Rendy Aditya yang dibina pada tahun 2015.

Rumah tangga mereka juga diserikan dengan kehadiran anak sulung mereka Rihga Sadiwasakti Rabbani pada Januari 2016. Beliau lebih selesa untuk menikmati momen indah bersama keluarga kecilnya lagi-lagi apabila beliau kini hamil 6 bulan.

Tak apa lah, fokus dulu kepada keluarga dan jaga kandungan sehingga melahirkan nanti ya Revalina. Nanti bila anak-anak dah pandai berdikari, boleh la sambung semula kerjaya sebagai pelakon. Buat masa sekarang, biarkan peminat terus merindu.

Sumber gambar: instsgram Revalina Temat

Share
Published by
Elly Jalil