Bidang telekomunikasi yang sudah jauh berkembang pesat ditandai dengan tingginya arus informasi dan teknologi. Penggunaan telefon pintar telah menguasai hampir keseluruhan kehidupan masyarakat moden kini.
Ads
Menteri Belia Dan Sukan, YB Brig. Jen. Khairy Jamaluddin juga telah memberi kenyataan bahawa masyarakat Malaysia akan menjadi negara bebas matawang menjelang tahun 2050 nanti. Masyarakat sekarang perlu lebih bersedia untuk menerima ‘Budaya Cashless’ dalam kehidupan.
Lanjutan daripada itu syarikat telekomunikasi, Digi telah mengumumkan kemasukannya ke dalam FinTech dengan vcash iaitu sebuah aplikasi pembayaran mudah alih yang memberikan rakyat Malaysia cara yang lebih mudah untuk membayar, menghantar, memohon dan menyimpan wang di dalam telefon pintar mereka.
Dalam usaha Malaysia menjadi masyarakat tanpa tunai, dan dengan bantuan langkah-langkah strategik Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mempercepatkan perpindahan negara ke arah e-bayaran, pengguna boleh menggunakan vcash sebagai e-Wallet pilihan mereka yang menawarkan khidmat bayaran yang selamat dan pantas menggunakan kod QR.
Selain bayaran, vcash juga membolehkan pemindahan wang di antara pengguna vcash dan bukan pengguna vcash, membantu deposit tunai dan pengeluaran pada bila-bila masa, dan membeli barangan dari kedai dalam aplikasi vcash. Pengguna juga tidak perlu membayar yuran transaksi apabila menggunakan mana-mana ciri ini.
Digi juga telah mengumumkan rakan-rakan niaganya terkenal seperti Astro Go Shop, Ezbuy, Fish & Co., Life Juice, Major Drop, Manhattan Fish Market, Mydin, Nice Catch, NY Steak Shack, RedTick, Sam’s Groceria, TAPAK, The Lorry, Tony Roma’s, TR Fire Grill, dan banyak lagi, untuk rakyat Malaysia menggunakan vcash bagi membuat bayaran. Setakat ini, vcash mempunyai 500 peniaga di seluruh negara dan berazam untuk mempunyai 2000 peniaga menjelang akhir tahun ini.
Ads
Selain itu, vcash juga boleh digunakan sebagai pilihan bayaran bagi peniaga-peniaga di bawah rangkaian gerbang bayaran dalam talian MOLPay dan iPay88, membolehkan pengguna melakukan transaksi menggunakan vcash dengan beribu-ribu peniaga dengan kedai dalam talian di seluruh negara.
Ads
Vcash ialah penyelesaian yang boleh disesuaikan dengan sebarang jenis dan saiz perniagaan. Ia boleh digunakan tanpa integrasi, vcash dianggap sebagai transaksi tunai dan pengganti tunai fizikal, atau diintegrasikan sepenuhnya ke dalam sistem POS peniaga, yang membolehkan transaksi vcash disesuaikan mengikut keperluan peniaga.
Kesemua faktor ini menjadikan vcash sangat menarik untuk peniaga, sama ada kecil atau besar, termasuklah peniaga nasi lemak atau kedai runcit di kawasan kejiranan anda.
Vcash menawarkan empat (4) manfaat utama berbanding tunai iaitu:
Selamat: Setiap transaksi dikawal oleh PIN atau cap jari.
Mudah: Di mana sahaja, pada bila-bila masa, untuk apa sahaja.
Boleh dijejak: Mengawal perbelanjaan anda.
Lancar: Bayar, hantar atau terima wang dengan hanya beberapa sentuhan.
Vcash merupakan penyelesaian yang ditawarkan oleh Digi dengan usahasama Valyou Sdn Bhd, sebuah penyedia pembayaran yang diiktiraf Bank Negara Malaysia (BNM) dan kini boleh dimuat turun oleh semua rakyat Malaysia di Google Play Store atau Apple App store secara percuma. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap pasangan mengidamkan hubungan kekal hingga ke akhir hayat. Oleh sebab itulah, tolenrasi dan saling memahami perlu ada dalam diri setiap pasangan agar rasa cinta itu sentiasa ada. Pasangan perlu pelajari dan fahami diri pasangan terlebih dahulu dalam memastikan hubungan sentiasa terjaga.
Namun, pergaduhan sering terjadi dalam hubungan. Mungkin ia dianggap biasa tetapi jika ia terus dibiarkan, ia bole merosakkan rumah tangga sekaligus menyebabkan penceraian. Jom Pengantin kongsikan tip untuk mengekalkan rasa cinta antara pasangan hingga ke akhir hayat! Resepinya cukup mudah seperti berikut!
1. JADI PENDENGAR SETIA
Setiap kali sebelum tidur, apabila pasangan bercerita kisah di tempat kerja, cubalah dengar walaupun anda tidak faham apa yang cuba suami ceritakan. cuba selami isi hatinya dan cuba fahami apa yang dia ceritakan. Mungkin itu boleh meredakan masalahnya.
2. KOMUNIKASI
Apabila bercakap, jagalah pertuturan anda. Ada kala pertuturan anda biasa sahaja namun nada suara tinggi perlu dielakkan – Jaga percakapan jangan sampai menyinggung perasaan pasangan.
3. BERKONGSI PENGALAMAN
Ia bermaksud dengan menjadikan sebahagian perjalanan hidup pasangan sebagai pengalaman anda juga. Misalnya, mengenali rakan-rakan pasangan anda. Sesekali anda boleh melepak bersama rakan suami atau isteri sambil minum kopi. Hal ini dapat membantu anda untuk mengenali pasangan dengan lebih baik.
4. MEMAHAMI ANTARA SATU SAMA LAIN
Anda perlu faham apa yang disukai dan tidak disukai oleh pasangan. Jika anda tidak suka sekalipun, usah menghalang dia melakukan hobi itu. Cuba faham minatnya dan dia pasti cuba fahami minat anda.
5. JAGA HUBUNGAN INTIM
Bukan hanya untuk pasangan muda, pasangan berusia 40-an ke atas juga perlu mengambil barat akan hal ini. hubungan ini penting, kerana ia dapat meningkat ketenangan dan menaikkan perasaan cinta kepada pasangan masing-masing. – Apa yang penting ialah, anda perlu terus semai rasa cinta untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga hingga akhir hayat.
6. MEMBERI HADIAH
Ada pasangan yang tidak kisah mendapat hadiah atau tidak. Namun jika anda mendapat pasangan yang sudah biasa diberi hadiah tatkala tiba tarikh bermakna seperti itu, maka anda haruslah ambil berat perkara ini. Rasulullah juga menyatakan memberi hadiah kepada orang lain dapat menambah kasih sayang.
7. LAYANAN MESRA
Jangan serabutkan kepala pasangan anda dengan rumah bersepah, pinggan tidak dicuci atau rumput panjang dihalaman. Suami perlulah memberi kejutan dengan membantu isteri dalam menguruskan hal rumah. Luangkan masa hujung minggu mengemas rumah bersama-sama.
8. MEMUJI
Tidak semestinya diluahkan, cukup dengan hanya ciuman atau bahasa tubuh anda. Cuba tunjukkan tanda ‘bagus’ ketika isteri memakai pakaian baru. – Elakkan mengutuk tetapi lebihkan memuji isteri anda.
9. JAGA PENAMPILAN
Kepada suami isteri, jaga penampilan anda tidak hanya ketika mahu keluar rumah, dirumah juga sama. Supaya pasangan anda tidak jemu memandang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Innnalillahiwainnailaihirojiun. Berduka dengan berita pemergian penyanyi popular era 80-an, Rohana Jalil menemui Sang Penciptanya di negeri abadi.
Menurut Astro Awani, penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil, meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada jam 11.33 malam.
Berita duka tersebut disahkan oleh rakan rapat Allahyarhamah, penyanyi Haiza sebentar tadi.
Allahyarhamah yang berusia 68 tahun akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 21 sebelum Zuhur esok.
Terdahulu, Allahyarhamah dimasukkan ke hospital sejak April lalu akibat komplikasi kebocoran usus dan terpaksa diletakkan di wad pemantauan bagi membolehkan hospital memberikan lebih perhatian kepadanya.
Dilahirkan pada 18 Februari 1955, Allahyarhamah memulakan kerjaya seni selepas menjuarai pertandingan Bintang RTM 1980.
Antara lagu popularnya ialah Rayuanku, Resahku dan Naluri Cinta iaitu merupakan lagu duet bersama To’ki.
Allahyarhamah berkahwin dengan Jahangir Khan pada 1984 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata termasuk pelakon, Kilafairy.
Masihkah anda ingat dengan kisah bekas atlet bola tampar wanita Indonesia dan anggota Angkatan Tentera Darat Indonesia (TNI), nama Aprilia Santini Manganang yang tular suatu ketika dulu kerana kisahnya yang dibesarkan sebagai seorang wanita selama 28 tahun walhal dirinya adalah seorang lelaki. Selepas menjalani pemeriksaan perubatan, Aprilio rupanya mengalami masalah kesihatan dipanggil hypospadiasyang membabitkan ciri abnormal pada alat sulit. Masalah kesihatan ini sering dialami oleh bayi lelaki semasa dilahirkan.
Dia yang dibesarkan sebagai seorang perempuan akhirnya berasa lega setelah keputusan ujian perubatan mendapati dia adalah seorang lelaki kerana mempunyai organ dan kadar hormon testosteron lebih tinggi seperti seorang lelaki.
Selepas menjalani pembedahan, beliau yang menggunakan nama Aprilia Manganang secara rasmi bergelar lelaki dan menukarnya kepada Aprilio Perkasa Manganang semasa perbicaraan yang diadakan di Mahkamah Daerah Tondano, Sulawesi Utara, Mac 2021.
Ujian perubatan pula mendapati beliau adalah seorang lelaki kerana mempunyai organ dan kadar hormon testosteron lebih tinggi. Paling menyentuh hati apabila perjalanan proses rawatan Aprilio yang dikongsi di YouTube TNI AD sehingga membuatkan mereka yang hadir pada upacara tersebut menitiskan air mata.
Setahun kemudian selepas menjadi “lelaki” dan kembali kepada fitrah asalnya, khabarnya Aprilio sudah bernikah dengan kekasihnya yang bernama Claudia Cvanrhyn. Hari bahagia Aprilio, 30, dikongsikannya di Instagram termasuk memuat naik gambar bersama isterinya menunjukkan cincin perkahwinannya dengan kapsyen ‘Bebas’.
Claudia menyarung persalinan gaun anggun berlengan panjang berwarna putih serta dibaluti rantai putih, manakala Aprilio pula memakai 2-piece suit dengan blazer berona biru bercorak bunga di mana kedua-duanya menunjukkan cincin kedua-dua pengantin baru ini.
Senyuman gembira juga jelas terpancar di wajah pasangan pengantin. Didoakan semoga prkahwinan mereka kekal hingga ke anak cucu.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seawal pembabitannya dalam dunia seni lagi, ramai terpikat dengan kejelitaan Nur Fathia Abdul Latiff. Mana tidaknya, bukan hanya berbakat besar sebagai pelakon, dia juga...