Bidang telekomunikasi yang sudah jauh berkembang pesat ditandai dengan tingginya arus informasi dan teknologi. Penggunaan telefon pintar telah menguasai hampir keseluruhan kehidupan masyarakat moden kini.
Menteri Belia Dan Sukan, YB Brig. Jen. Khairy Jamaluddin juga telah memberi kenyataan bahawa masyarakat Malaysia akan menjadi negara bebas matawang menjelang tahun 2050 nanti. Masyarakat sekarang perlu lebih bersedia untuk menerima ‘Budaya Cashless’ dalam kehidupan.
Lanjutan daripada itu syarikat telekomunikasi, Digi telah mengumumkan kemasukannya ke dalam FinTech dengan vcash iaitu sebuah aplikasi pembayaran mudah alih yang memberikan rakyat Malaysia cara yang lebih mudah untuk membayar, menghantar, memohon dan menyimpan wang di dalam telefon pintar mereka.
Dalam usaha Malaysia menjadi masyarakat tanpa tunai, dan dengan bantuan langkah-langkah strategik Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mempercepatkan perpindahan negara ke arah e-bayaran, pengguna boleh menggunakan vcash sebagai e-Wallet pilihan mereka yang menawarkan khidmat bayaran yang selamat dan pantas menggunakan kod QR.
Selain bayaran, vcash juga membolehkan pemindahan wang di antara pengguna vcash dan bukan pengguna vcash, membantu deposit tunai dan pengeluaran pada bila-bila masa, dan membeli barangan dari kedai dalam aplikasi vcash. Pengguna juga tidak perlu membayar yuran transaksi apabila menggunakan mana-mana ciri ini.
Digi juga telah mengumumkan rakan-rakan niaganya terkenal seperti Astro Go Shop, Ezbuy, Fish & Co., Life Juice, Major Drop, Manhattan Fish Market, Mydin, Nice Catch, NY Steak Shack, RedTick, Sam’s Groceria, TAPAK, The Lorry, Tony Roma’s, TR Fire Grill, dan banyak lagi, untuk rakyat Malaysia menggunakan vcash
bagi membuat bayaran. Setakat ini, vcash mempunyai 500 peniaga di seluruh negara dan berazam untuk mempunyai 2000 peniaga menjelang akhir tahun ini.Selain itu, vcash juga boleh digunakan sebagai pilihan bayaran bagi peniaga-peniaga di bawah rangkaian gerbang bayaran dalam talian MOLPay dan iPay88, membolehkan pengguna melakukan transaksi menggunakan vcash dengan beribu-ribu peniaga dengan kedai dalam talian di seluruh negara.
Vcash ialah penyelesaian yang boleh disesuaikan dengan sebarang jenis dan saiz perniagaan. Ia boleh digunakan tanpa integrasi, vcash dianggap sebagai transaksi tunai dan pengganti tunai fizikal, atau diintegrasikan sepenuhnya ke dalam sistem POS peniaga, yang membolehkan transaksi vcash disesuaikan mengikut keperluan peniaga.
Kesemua faktor ini menjadikan vcash sangat menarik untuk peniaga, sama ada kecil atau besar, termasuklah peniaga nasi lemak atau kedai runcit di kawasan kejiranan anda.
Vcash menawarkan empat (4) manfaat utama berbanding tunai iaitu:
Vcash merupakan penyelesaian yang ditawarkan oleh Digi dengan usahasama Valyou Sdn Bhd, sebuah penyedia pembayaran yang diiktiraf Bank Negara Malaysia (BNM) dan kini boleh dimuat turun oleh semua rakyat Malaysia di Google Play Store atau Apple App store secara percuma. Hamizatul Maizan Mohamed
This website uses cookies.