“Bayangkan Hakim Muntah 23 kali Dalam 3 Jam” Ibu Ini Bercerita Muntah Hiper Menyerang Anaknya

“Amirul Hakim adalah anak ke3 daripada 4 anak kami. Genap hakim 3 tahun pada 2016, kami daftarkan ke playschool. Hujung tahun yang sama, saya dapat panggilan daripada cikgu, Hakim muntah-muntah. Mungkin salah atau mungkin terminum air klorin dari kolam sbb memang di playschool mereka diajar berenang.

Dia kelihatan pucat, menangis sakit perut dan muntah beberapa kali. Kami bawa dia ke emergency dan doktor kata perutnya kembung. Mungkin klorin dan dibenarkan pulang serta tidur.

Awal Januari 2017, Hakim muntah lagi tanpa henti. Dia jadi pucat, sakit perut dan muntah. Minggu itu tiada swimming class jadi tak mungkin klorin lagi. Jam ketika itu lebih kurang 12-1am. Kami dah berkemas untuk bercuti ke Penang. Sekali lagi kami ke ER, perut kembung lagi. Diberi ubat dan balik. Dia tidur, cirit dalam seluar dan kemudian bangun bermain macam tak pernah sakit.

Februari 2017, hakim cirit-birit dan muntah non stop berhari-hari. Saya mula perasan yang dia kerap sakit. Bila diperiksa lagi, doktor kata viral infection.

Lebih kurang 3 hari selepas tu, Hakim muntah atas katil waktu tidur without warning. Siangnya dia sihat tapi bila malam dia muntah tanpa henti. Dia akan bangun, muntah dan baring. Seminit dua lepas tu bangun lagi muntah muntah muntah.

Muntah berterusan berjam-jam sampai saya tak tahu nak buat apa. Saya ambil emergency leave,

hantar anak-anak lain ke sekolah, aku bawa Hakim ke hospital lagi. Jawapannya viral infection yang belum clear.

Hakim muntah lagi dalam waktu sama jam 2 pagi, non stop sampai jadi macam sayur. Matanya tak mampu dibuka, keletihan, nafasnya laju dan aku hanya menangis. Kami bawa dia ke emergency lagi sebab muntahnya tak berhenti-henti, lebih daripada 15 kali.

Hasil daripada ujian MRI kepala tak ada apa-apa cuma dehydrated sebab banyak muntah. He was admitted for about 5 days. Semua benda kena check, darah, najis, MRI, XRay, swap hidung dan semua negatif.

Aku masih ingat macam mana dia menari dalam kereta sebab dapat balik rumah. Lepas 6 hari, tiba-tiba anak-anak di bawah mejert “Mami!! Mami!! Hakim muntah lagi!!” Ya Allah!!! tak kanlah!!

Aku lari ke bawah dan Hakim muntah dalam tidur. Muntahnya keluar dari celah mulut, matanya tertutup, dadanya berombak-ombak. Aku mengiringkan dia supaya muntah dapat keluar dari mulut dia. Baru baring sekejap dia muntah lagi. Setiap kali muntah aku dukung dia ke tandas. Tapi sebab susahnya hati, keletihan langsung tak terasa. Dia muntah 23 kali malam tu dari 1.30 pagi higga 5.00 pagi.

Saya mula google then stumbled across a type of hyperemesis atau muntah hiper yang dipanggil Cyclical Vomitting Syndrome (CVS). Tapi tak banyak info. Saya cuma boleh jumpa 1 artikel yang ditulis seorang Pakar Paediatric Gastro di UM dan buat appointment di UMSC.

Doktor mula merawat Hakim blood test, physical examination, even birth mark Hakim pun bole menjadi salah satu sbb muntah. Wow! My mind was blown. Cafe au laits, gerd, kelemahan injap perut, neurofibromatosis type 1 dan macam-macam kemungkinan yang ada.

Doktor mulakan dengan motilium (ubat tahan muntah) and antibiotik. Tapi macam biasa, hari ke 5-6, muntah berbelas kali lagi. Walaupun ubat dimakan, so its not bacterial infection dan muntah berlaku pada waktu malam. Doktor kata it could be a condition called gerd yang buat orang muntah. Hakim dibekalkan ubat gerd and more motilium. Selepas 6 hari muntah 20 hingga 30 kali lagi.

Saya ibu bekerja and this condition betul effect kerja. Hakim sentiasa sakit waktu malam. Saya mula berhenti tidur dan bila episodnya datang, dukung anak ke toilet setiap 2 minit, lebih daripada 20 kali. Dalam keadaan tak tidur dan letih fizikal membuatkan aku mula buat banyak kesilapan di pejabat. The disease is taking over my life. Syukur kerana dapat bos yang memahami dan meluluskan cuti sebulan tanpa gaji.

Hakim lalui blood work, stool work, dia keluar masuk wad non stop. Dia go through barium swallow study, upper GI scope, MRI spine and brain, xray dan biopsi perut. Wad Orkid di UMSC jadi rumah ke2 Hakim.

Setelah hampir 2 bulan penyiasatan, masih tidak dapat tentukan apa yg menyebabkan cyclical vomitting Hakim. Semua test normal. Profesor di situ tak galakkan move to the next test kerana perut Hakim perlu ditebuk. Tiada keperluan untuk ini sebab Hakim sihat sahaja bila dia tak muntah dan kami setuju.

Kami dinasihatkan documenkan semuanya. Buat macam diari supaya kami makin mudah nmpak apa yang trigger masalah Hakim. Dengan bantuan diari, kami mula nampak pattern. Saya belajar dari rakan-rakan dalam group CVS yang aku tak perlu dukung Hakim ke tandas setiap kali nak muntah.

Biarkan dia muntah di atas kain dan paling penting dia tak dehydrated. Setiap kali Hakim mula muntah akan pastikan dia selesa dan gelapkan bilik. Pastikan dia tak panas dan Hakim berhenti menyusu dan coklat. Jaga perut dan intestine dia dengan probiotik. Hakim sendiri makin mahir, sebelum tidur dia akan pastikan ada bekas muntah dan kain muntah berdekatan.

Aku tak nafikan betapa keseorangan aku rasa ketika menghadapi semuanya sebab aku tak jumpa sesiapa yang menghadapi situasi yang sama di Malaysia. Pada hari lahir Hakim yang ke4, menerima 1 mesej yang paling bermakna. Seorang ibu seperti aku di Pulau Pinang. Bererti saya tak gila fikirkan yang sakit. Rupnaya ada seorang lagi ibu di KL dan anknya menerima rawatan di PPUM juga. Ya Allah, aku tidak berseorangan dan sebenarnya keadaan Hakim yang disangka sangat teruk tidaklah seteruk orang lain.

Kini sudah hampir 2 tahun, kami tak mellaui sebarang episode lagi. Hakim menderita selama 1.5 tahun dan kini dia mula minum susu dan makan coklat tapi limited. Pada mulanya agak takut untuk benarkan Hakim aktif atau berpanas. Tapi bila Hakim dah lebih 2-3 bulan tak muntah, mulakan dengan larian dan Hakim ok dan teruskan dengan larian, jogging, taekwondo serta pelbagai aktiviti luar. Alhamdulillah kesihatan Hakim makin baik hari demi hari..

Cyclical Vomitting adalah gejala muntah tanpa henti berbelas atau berpuluh kali, dalam beberapa jam ke beberapa hari. Tak banyak maklumat berkenaan masalah ini dan diagnosis penuh bukanlah semudah dgn 1 ujian darah. Hakim juga belum mendapat diagnosis rasmi tapi gejala muntah hiper (hyperemesis) CVS ini adalah yang paling menakutkan yang pernah say lalui dan tak mahu serta tak sanggup melaluinya lagi.

Menulis kisah ini membuatkan aku melalui dan merasai semula semua kesakitan yang penyakit ini bawa kepada keluarga kami. CVS Awareness Day disambut pada 5 March setiap tahun. Saya harap dan doakan Muhammad Amirul Hakim dan semua anak-anak yang menderita dengan masalah ini dapat hidup sihat dan bebas daripada penyakit ini, Aminn ya Rabbal Alamin,” kongsi Farina Ima Jaafar ini.

Share
Published by
Hamizatul Maizan