Tindakan Bunga Citra Lestari menukar nama di akaun Instagram miliknya dari BCLSinclair ke ‘itsmeBCL’ seolah-olah menguatkan spekulasi di Internet kebelakangan ini bahawa penyanyi terkenal Indonesia berkenaan bakal kembali bergelar isteri tidak lama lagi.
Sejak beberapa minggu lepas, timbul desas-desus menyatakan isteri kepada Allahyarham Ashraf Sinclair ini bakal bernikah pada 2 Disember. Malah kad jemputan pernikahan juga sudah tersebar.
Namun tiada pengumuman rasmi dibuat Bunga, ahli keluarga mahupun pihak yang terlibat.
Difahamkan Bunga Citra Lestari akan mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan berstatus duda yang dipercayai sahabat lamanya iaitu Tiko Wardhana.
Sehubungan itu, media sosial Bunga menjadi perhatian peminat dan rata-rata mereka mengikuti rapat perkembangan selebriti ini biarpun tiada kenyataan atau sebarang gambar didedahkan ibu berusia 40 tahun berkenaan.
Kali terakhir Bunga dilihat menziarahi pusara Allahyarham Ashraf Sinclair ialah pada 8 November lalu.
Meskipun Ashraf sudah tiada tetapi hubungan ibu bapa Allahyarham dengan BCL dan Noah tetap terjalin akrab. Begitu juga adik-beradik arwah yang sering mengunjungi Bunga di Indonesia.
Kehidupan pelantun lagu Cinta Sejati ini menjadi perhatian peminat di Malaysia lebih-lebih lagi sejak suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair meninggal dunia pada 18 Februari 2020.
Bunga yang mendirikan rumah tangga dengan pelakon kelahiran Malaysia tersebut pada 9 November 2008 turut dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Noah Sinclair yang meniti usia 13 tahun.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/ibu-aktif-ada-2-anak-wajah-comel-anak-perempuan-aishah-sinclair-curi-tumpuan/
This website uses cookies.