Tular di media sosial baru-baru ini tindakan seorang usahawan dan pempengaruh media sosia terkenal, Hafiz Mahamad yang bikin gempar, membuat kejutan buat isterinya dengan menyewa satu panggung wayang serta menghadiahkan satu dokumentari khas untuk isteri tercinta.
Ads
Selain itu, Hafiz juga turut memberikan kejutan istimewa sempena ulang tahun kelahiran isterinya yang jatuh pada tanggal 18 Jun lalu di mana Hafiz dan Aina bersama-sama kedua-dua ibubapa masing-masing akan berangkat menunaikan haji dan menjadi duyufurrahman bersempena musim haji 1444H.
Tindakan Hafiz Mahamad yang sememangnya tidak asing memberikan kejutan sama ada untuk ibu bapanya mahupun isteri tercinta menjadi perhatian dan pujian warga maya, termasuklah dari para isteri yang dikatakan sangat mengagumi cara bagaimana Hafiz melayani isteri tercinta dan ibu kepada anak-anaknya, termasuklah orang-orang disekelilingnya.
Ini sekaligus menyebabkan ramai wanita, khususnya para isteri yang acap kali berangan, mendambakan suami masing-masing menjadi persis Hafiz Mahamad. Dilayan dan dihargai dengan cukup istimewa sekali, sehinggakan ada yang membandingkan laki sendiri dengan personaliti popular tersebut.
Namun, hakikatnya tidak semua lelaki atau suami seperti Hafiz Mahamad. Tidak semua suami mampu dan mempunyai sumber kekayaan dan pendapatan bulanan yang stabil, apatah lagi mengikut jauh lagi menyaingi tindakan hebat suami kepada Aina Syafiqah itu. Ya rasanya semua tahu Hafiz juga terkenal dengan etika kerjanya, namun hujung pangkal semuanya berbalik kepada satu..rezeki.
NONA tertarik dengan hantaran seorang pengguna media sosial Twitter ini yang menyebut agar semua isteri diminta untuk menjadi lebih realistik serta ukur baju di badan sendiri, dan jangan meminta sesuatu di luar kemampuan sang suami, kerana suami seperti Hafiz Mahamad mungkin stoknnya terhad.
Namun ada juga isteri yang mengakui tidak berharap dilayan bak permaisuri seperti apa yang dilakukan oleh Hafiz namun cukuplah sekadar rasa disayangi, dibelai dan dilindungi. Kejutan itu satu bonus namun rasa kasih sayang dan komited dalam satu-satu rumahtangga, itu yang lebih penting.
“Aku sebagai wanita dan isteri tak pernah rasa idamkan seorang lelaki seperti Hafiz. Tidak pernah. Walaupun suami aku tipikal lelaki Melayu Kelantan yang tak romantik but he is sweet & romantic in his ways,” tulis seorang pengguna FB.
Jadi buat para isteri, berpijaklah pada bumi yang nyata. Jangan minta sesuatu yang keterlaluan walaupun tak dinyatakan secara jelas sehingga memberikan tekanan buat sang suami.
Ads
Jauh di sudut hati sang suami, NONA yakin sudah pastinya terselit impiannya untuk membahagiakan pasangan dengan sedikit kemewahan, namun apakan daya tidak semuanya mampu berikutan dengan masalah kewangan serta kos sara hidup yang sudah cukup memberikan tekanan pada masa kini.
Setiap rumahtangga ada ujiannya yang tersendiri. Berbahagialah dengan cara kita sendiri. Yang penting jangan dengar kata orang, kelak anda berdua akan berenggang.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
Ads
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nampaknya, seorang ahli perniagaan wanita dari Pahang mencatat sejarah tersendiri apabila bakal menjadi pembeli termahal tudung bawal di negara ini, apabila menempah tudung bertatah kristal Swarovski keluaran Bawal Exclusive pada harga mencecah RM50,000 sehelai.
Pembelian itu sekali gus memadam rekod jualan sehelai tudung bawal rekaan syarikat itu bernilai RM33,000 tahun lalu yang dimiliki oleh seorang ahli perniagaan yang berasal dari Kelantan. Tudung bawal tersebut dibeli di cawangan premium Bawal Exclusive, As Galleria (AG) yang terletak di Lembah Sireh, Kota Bharu, Kelantan.
Menurut Pengasas Bawal Exclusive Sdn Bhd, Haliza Maysuri yang ditemui baru-baru ini berkata tudung berkenaan telah ditempah secara eksklusif di cawangan premium Bawal Exclusive iaitu Butik Byqiss di bangunan Kuantan Centre Point baru-baru ini. Walau bagaimanapun, tudung berkenaan masih dalam proses rekaan. Tambah Haliza lagi, dia bakal mengadakan majlis khas bersama pihak media sebaik sahaja tudung berkenaan sudah siap sepenuhnya.
Tambah Haliza lagi, pihaknya telah bertemu dengan usahawan wanita berkenaan baru-baru ini untuk membincangkan rekaan tudung dan jumlah serta saiz kristal Swarovski yang diimport khas dari Austria.
Lebih istimewa, pihak Bawal Exclusive bakal mengadakan perbincangan dengan pereka Swarovski di Austria untuk menghasilkan rekaan batu seperti yang diminta oleh ahli perniagaan berkenaan.
Haliza baru-baru meraikan majlis minum petang sempena Ulang Tahun Butik Byqiss Ke-3 di Kuantan, Pahang. Majlis berkenaan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin dan turut dihadiri Pemilik Butik Byqiss, Datin Hamizan Puteh.
Haliza berkata, harga bagi tudung bawal berkenaan dijangka antara RM45,000 sehingga RM50,000 dan akan diserahkan kepada ahli perniagaan itu sebelum Aidilfitri tahun ini.
Untuk rekod, pada 2017 Bawal Exclusive pernah menjual sehelai tudung bawal dengan harga RM21,600. Manakala tahun lalu sehelai tudung bawal rekaan eksklusif dijual pada harga RM33,000 tahun yang dimiliki oleh seorang ahli perniagaan yang berasal dari Kelantan.
Ditanya mengapa tudung bawal berkenaan mencapai harga yang bernilai ribuan ringgit, menurut Haliza harga yang ditawarkan adalah berdasarkan pemilihan dan jumlah batu Swarovski yang akan digunakan selain kualiti kain yang akan digunakan juga diimport dari Jepun malah kesemuanya adalah ‘custom made’.
Sekaligus ia menunjukkan bahawa penggunaan tudung bawal masih menjadi pilihan pengguna dan diberi nafas baharu supaya tudung bawal terus memenuhi citarasa pengguna.
“Permintaan yang semakin meningkat dari tahun ke tahun meyakinkan kami untuk terus fokus dalam penghasilan tudung bawal ini dengan keunikan kristal Swarovski,” katanya yang memberi bayangan nilai eksklusif sehelai tudung bawal terletak pada penggunaan batu Swarovski yang berkualiti.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rakaman detik cemas oleh penduduk kampung apabila langit siang bertukar gelap seperti tengah malam menceritakan betapa dahsyatnya bencana Letusan Semeru di Indonesia. Dalam kegelapan, ribuan penduduk kampung berlarian menyelamatkan diri selepas lahar dimuntahkan gunung berapi Semeru mengalir ke perkampungan mereka dengan awan hitam menakutkan, menyelubungi seluruh kawasan Lumajang, di wilayah Jawa Timur itu.
Lewat penghujung tahun ini, satu persatu bencana alam mula singgah ke dada akhbar. Bumi semakin tenat, seolah mengingatkan kita agar tidak terus terbuai dengan keseronokan dunia.
Belum reda kisah letusan gunung berapi terbesar di dunia, Mauna Loa di Hawaii selepas 40 tahun ‘tertidur’ minggu lepas, semalam gempar pula bencana seterusnya di negara jiran.
Memetik sumber Sinar Harian, gunung berapi Semeru meletus untuk tempoh tiga tahun berturut-turut.
Bayangkan dalam keadaan mencemaskan, sambungan Internet terputus dan isyarat telefon tidak berfungsi, sukarelawan terpaksa memberi amaran berpindah hanya dengan pukulan gendang buluh.
Muntahan lahar panas yang mengalir pantas menenggelamkan rumah-rumah kampung. Allahu, tak terbayang bagaimana dahsyatnya bencana ini.
Situasi tambah huru-hara selepas perkampungan tersebut dihujani debu gunung berapi ketika usaha pemindahan dilakukan.
Simpati melihat golongan tua, wanita dan kanak-kanak yang berlari-lari menyelamatkan diri, sementara penduduk lelaki cuba menyelamatkan harta benda dalam proses tersebut.
“Keadaan terlalu gelap. Saya tidak boleh melihat apa-apa dengan keadaan hujan bercampur debu. Tetapi, kami perlu segera berpindah.” Penduduk kampung
Sementara itu, Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) memaklumkan Semeru masih dalam fasa letusan walaupun saiz awan debu semakin berkurangan.
Pihak berkuasa menaikkan status amaran pada tahap tertinggi selepas Semeru yang berketinggian 3,676 meter membebaskan debu tebal dan memuntahkan lahar yang berlaku genap setahun selepas letusan pada tahun lalu yang meragut puluhan nyawa. Gunung Semeru merupakan gunung tertinggi di Jawa.
Takziah buat mangsa dan penduduk Letusan Semeru. Doa kami semoga beroleh keselamatan dan kehidupan segera pulih dengan izin Allah SWT.
********************
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)
********************
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah! Peruncit kecantikan dan kesihatan terkemuka di Malaysia telah mencapai satu lagi kejayaan dengan pembukaan kedai ke-600 Watsons Malaysia baru-baru ini.
Berlokasi di Pavillion Bukit Jalil, pembukaan kedai ini menjanjikan pelanggan lebih banyak inovasi dan pilihan konsep kelestarian, penawaran produk serta perkhidmatan.
Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh turut hadir di majlis perasmian kedai ke-600 Watsons Malaysia yang berkeluasan kita-kira 4,810 kaki persegi itu.
Kedai ini juga merupakan salah satu kedai terbesar di Kuala Lumpur dan dilengkapi dengan pelbagai produk dan perkhidmatan eksklusif.
Berkongsi kegembiraannya di majlis itu, “Sejak pembukaan kedai pertama kami di Johor pada tahun 1994, Watsons Malaysia telah mencapai banyak kejayaan dan menjadi tempat untuk pelanggan membeli-belah dalam sektor kesihatan dan kecantikan.
Sepanjang tempoh 27 tahun ini, Watson telah berkembang kepada 600 kedai dengan lebih daripada 6 juta ahli seluruh negara.
Dengan pembukaan kedai ke-600 terbukti bahawa Watsons akan terus menyediakan produk yang terbaik dan perkhidmatan yang inovatif kepada pelanggan,” kata Caryn Loh.
Selain boleh membeli belah di kedai, terdapat juga perkhidmatan kaunter ciri “Style Me” dengan teknologi realiti tambahan (AR) untuk mencuba warna secara maya, Meja W yang menonjolkan produk eksklusif K-Beauty, stesen pengisian semula “Natural by Watsons”, kaunter pembayaran sendiri, perkhidmatan farmaseutikal dan banyak lagi.
Pelanggan juga boleh membeli belah di dalam talian dengan mengimbas kod QR yang telah disediakan pada dinding kawasan kosmetik, penjagaan rambut, penjagaan kesihatan dan lain-lain.
Tahun ini, Watsons juga telah menyalurkan sumbangan bernilai lebih daripada setengah juta ringgit kepada masyarakat dan barisan hadapan dengan hasrat membantu mereka yang memerlukan.
Watsons juga turut menyertai Program Penajaan Hidupan Liar, mengumpul dana bagi menaja program haiwan di Zoo Negara bagi menyediakan makanan dan penyelenggaraan Bangau dan Jessy, Tapir Malaya selama setahun.
Dalam majlis itu juga, Watsons turut meraikan pemenang peraduan “Shop Your Way To Your New Home” yang dianjurkan tahun ini. Arvinder Kaur Surjit Singh yang telah memenangi satu unit pangsapuri servis baharu di Maya Bay Residence, Gamuda Cove.
Tahun ini juga Watsons Malaysia telah melancarkan Kempen Raya Unik, Raya Ikonik yang diterajui artis yang juga Duta Watsons Ayda Jebat.
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...