“Kena Realistik..” Bukan Semua Lelaki Seperti HAFIZ MAHAMAD. Isteri Diminta Jangan Bandingkan & Bersyukur Seadanya

Tular di media sosial baru-baru ini tindakan seorang usahawan dan pempengaruh media sosia terkenal, Hafiz Mahamad yang bikin gempar, membuat kejutan buat isterinya dengan menyewa satu panggung wayang serta menghadiahkan satu dokumentari khas untuk isteri tercinta.

Selain itu, Hafiz juga turut memberikan kejutan istimewa sempena ulang tahun kelahiran isterinya yang jatuh pada tanggal 18 Jun lalu di mana Hafiz dan Aina bersama-sama kedua-dua ibubapa masing-masing akan berangkat menunaikan haji dan menjadi duyufurrahman bersempena musim haji 1444H.

Tindakan Hafiz Mahamad yang sememangnya tidak asing memberikan kejutan sama ada untuk ibu bapanya mahupun isteri tercinta menjadi perhatian dan pujian warga maya, termasuklah dari para isteri yang dikatakan sangat mengagumi cara bagaimana Hafiz melayani isteri tercinta dan ibu kepada anak-anaknya, termasuklah orang-orang disekelilingnya.

Ini sekaligus menyebabkan ramai wanita, khususnya para isteri yang acap kali berangan, mendambakan suami masing-masing menjadi persis Hafiz Mahamad. Dilayan dan dihargai dengan cukup istimewa sekali, sehinggakan ada yang membandingkan laki sendiri dengan personaliti popular tersebut.

Namun, hakikatnya tidak semua lelaki atau suami seperti Hafiz Mahamad. Tidak semua suami mampu dan mempunyai sumber kekayaan dan pendapatan bulanan yang stabil, apatah lagi mengikut jauh lagi menyaingi tindakan hebat suami kepada Aina Syafiqah itu. Ya rasanya semua tahu Hafiz juga terkenal dengan etika kerjanya, namun hujung pangkal semuanya berbalik kepada satu..rezeki.

NONA tertarik dengan hantaran seorang pengguna media sosial Twitter ini yang menyebut agar semua isteri diminta untuk menjadi lebih realistik serta ukur baju di badan sendiri, dan jangan meminta sesuatu di luar kemampuan sang suami, kerana suami seperti Hafiz Mahamad mungkin stoknnya terhad.

Namun ada juga isteri yang mengakui tidak berharap dilayan bak permaisuri seperti apa yang dilakukan oleh Hafiz namun cukuplah sekadar rasa disayangi, dibelai dan dilindungi. Kejutan itu satu bonus namun rasa kasih sayang dan komited dalam satu-satu rumahtangga, itu yang lebih penting.

BACA JUGA: Berkat Kerja Keras & Dahulukan Orang Tua, HAFIZ MAHAMAD Hantar Ibu Bapa Tunai Haji Cetus Inspirasi

“Aku sebagai wanita dan isteri tak pernah rasa idamkan seorang lelaki seperti Hafiz. Tidak pernah. Walaupun suami aku tipikal lelaki Melayu Kelantan yang tak romantik but he is sweet & romantic in his ways,” tulis seorang pengguna FB.

Jadi buat para isteri, berpijaklah pada bumi yang nyata. Jangan minta sesuatu yang keterlaluan walaupun tak dinyatakan secara jelas sehingga memberikan tekanan buat sang suami.

Jauh di sudut hati sang suami, NONA yakin sudah pastinya terselit impiannya untuk membahagiakan pasangan dengan sedikit kemewahan, namun apakan daya tidak semuanya mampu berikutan dengan masalah kewangan serta kos sara hidup yang sudah cukup memberikan tekanan pada masa kini.

Setiap rumahtangga ada ujiannya yang tersendiri. Berbahagialah dengan cara kita sendiri. Yang penting jangan dengar kata orang, kelak anda berdua akan berenggang.

***

Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

 

 

 

 

 

 

Share
Published by
Wan Firdaus