Terpaku tengok kejelitaan Marian Rivera Gracia Dantes! Tengok gambarnya ketika zaman kanak-kanak saja terserlah kecantikan asli aktres popular Filipina ini. Marian sememangnya wanita yang cantik. Pendek kata, dia memiliki pakej lengkap!
Meniti usia 38 tahun, ibu dua anak ini pernah dinobat sebagai selebriti wanita paling seksi di Filipina lebih daripada tiga kali!
Lahir pada 12 Ogos 1984 di Madrid, Sepanyol, anak kepada Francisco Javier Gracia Alonso dan Amalia Revera ini bukan calang-calang wanita. Dia memiliki pendidikan dalam Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari De La Salle University Dasmarinas.
Bapa Marian merupakan warganegara Sepanyol manakala ibunya pula rakyat Filipina. Disebabkan perkahwinan campur tersebut, Marian mampu bertutur dalam tiga bahasa iaitu Sepanyol, Inggeris dan Tagalog.
Bakat Marian juga mula bersinar selepas kejayaan drama Marimar, Dyesebel, Amaya dan Temptation of Wife. Bahkan Marian juga ada bakat menyanyi. Sebelum ini Marian sudah menghasilkan dua album iaitu Marian Rivera Dance Hits dan Retro Crazy.
Beberapa tahun mencipta nama dalam industri seni Filipina, jelitawan ini memutuskan untuk berkahwin dengan aktor kacak Filipina, Dingdong Dantes pada 30 Disember 2014. Berdasarkan populariti mereka berdua dan kejayaan masing-masing, perkahwinan mereka turut mendapat julukan The Royal Wedding di Filipina pada tahun berkenaan.
Ads
Hampir setahun melayari bahtera perkahwinan, pasangan romantis ini dikurniakan anak perempuan comel iaitu Maria Letizia pada 23 November 2015. Empat tahun kemudian, rumah tangga mereka diserikan dengan kehadiran cahaya mata lelaki yang dinamakan Jose Sixto G. Dantes IV pada tanggal 16 April 2019.
Difahamkan sehingga tahun lepas, nilai kekayaan Marian dianggarkan mencecah USD 6 juta!
Selain aktif dengan aktiviti seni, Marian juga sebenarnya pengasas perniagaan bunga-bungaan segar Flora Vida by Marian. Ujarnya, bukan mudah untuk membahagikan masa di antara kerjaya dan keluarga namun kerana tanggungjawab terhadap peminat dan anak anak serta suami dia tetap akan memastikan semuanya berjalan lancar.
Ads
“Pada mulanya memang agak sukar menguruskan keluarga dan kerjaya dalam satu-satu masa. Tapi apabila anda sudah dapat membezakan masa satu yang menjadi keutamaan, ia akan menjadi mudah.
Di samping menjaga keluarga, dalam masa sama saya juga akan memantau perniagaan yang diusahakan kerana kedua-duanya adalah penting bagi saya. Walau ada ketikanya susah, tapi saya mampu uruskan keluarga dan perniagaan dengan baik.”
Bagi merancakkan lagi perniagaan tersebut, pada 10 Jun tahun lalu Marian melancarkan edisi Flora Vida by Marian yang berkonsepkan dried bloom collection. Menariknya, dalam masa hanya 5 hari selepas ia dilancarkan, koleksi ini habis dijual!
Ads
Selain perniagaan bunga segar, Marian juga mengeluarkan koleksi fabrik dan dekorasi kediaman rumah serta bakal melancarkan jenama pakaian miliknya sendiri.
Sememangnya aura Marian cukup berbisa. Apa sahaja yang dijual mahupun dipromosikan pasti laris di pasaran. Patutlah ramai pengusaha dan syarikat berskala besar berebut-rebut menjadikan jelitawan Filipina ini sebagai duta.
Bersandarkan latar belakang dan populariti Marian, dia terpilih menjadi antara panel ahli jawatankuasa di pertandingan ratu cantik Miss Universe 2021 yang lalu bersama beberapa personaliti dunia antaranya pelakon Puerto Rico Adamari Lopez, model Brazil iaitu Adriana Lima, Iris Mittenaere yang juga Miss Universe 2016, pelakon Filipina Marian Rivera dan aktres India, Urvashi Rautela.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wan Muhammad Naail Wan Aslam atau dikenali sebagai Baby Naail yang disahkan menghidap penyakit jarang jumpa, Spinal Muscular Atrophy (SMA) Type 1 pada April lalu telah menerima suntikan ubat Zolgensma yang bernilai RM9.8 juta pada semalam.
Kredit Foto: Instagram Misi Rakyat.
Sebuah video yang dimuat naik menerusi akaun Tiktok Founder Misi Rakyat tular kerana hasil sumbangan daripada orang ramai telah membolehkan Baby Naail mendapat rawatan tersebut.
Kredit Foto: Instagram Misi Rakyat.
Pemilik akaun tersebut, Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi menjelaskan di dalam video tersebut bahawa proses suntikan itu mengambil masa selama satu jam untuk selesai.
Kredit Foto: Instagram Misi Rakyat.
Beliau turut berkongsi reaksi Baby Naail kepada seluruh Malaysia dan rata-rata netizen memanjatkan rasa syukur, gembira dan sebak kerana melihat senyuman bayi itu.
Pada akhir video, Founder Misi itu mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberi sumbangan kali ini.
“Terima kasih jiwa-jiwa yang bertuhan,” katanya.
Kredit Foto: Instagram Misi Rakyat.
Pada 14 April lalu, kempen kutipan dana bagi menampung kos perubatan telah digerakkan setelah kisah Baby Naail mendapat perhatian Misi Rakyat apabila bayi tersebut didiagnos penyakit jarang jumpa sejak usia empat bulan.
Dana bagi pembelian ubat suntikan Zolgensma itu berjaya diraih setelah sebulan dilancarkan hasil sumbangan rakyat Malaysia.
Kredit Foto: Instagram Misi Rakyat.
Di ruangan komen, netizen memuji usaha beliau yang membuka tabung misi bantuan kepada Baby Naail.
“Alhamdulillah, syukur kepada Founder Misi, semoga Allah memberi rahmat kepadamu,” kata pemilik akaun Intanliyana menerusi ruangan komen.
“Ya ALLAH, menitis air mata aku bila tengok baby naail senyum, alhamdulillah ya allah, terima kasih semua sebab bantu baby naail dan baby athif,” komen oleh qieyarahim.
Begitu juga dengan pengguna akaun haziqyusri berkata, terima kasih rakyat Malaysia bersatu untuk misi ini, ingat kita jaga kita #rakyatjagarakyat.
Sumber: Sinar Harian
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Membawa taglineThe Make Up For Work, nampaknya permulaan tahun 2023 memberi nafas baharu buat SLAE Cosmetics dalam usaha meluaskan lagi jenama tersebut di pasaran.
Datin Dr Nik Sarina Hashim
Menurut Pengasasnya, Datin Dr Nik Sarina Hashim bagi tahun 2023, SLAE Cosmetics bergerak dengan lebih jauh lagi dengan pelbagai program meliputi bina diri dan keyakinan bersama-sama wanita-wanita berkerjaya samada secara persendirian, di sektor korporat mahupun sektor kerajaan.
“SLAE Cosmetics juga bekerjasama dengan syarikat afiliatnya iaitu Bworks yang memberi latihan kepada pekerja-pekerja di sektor korporat dalam pelbagai bidang, dimana SLAE Cosmetics akan turut memberi tenaga kerjanya bagi latihan bina keyakinan melalui kecantikan,” ujar Datin Dr Nik Sarina kepada NONA baru-baru ini.
Penerima NONA BEST PROFESSIONAL BEAUTY AWARD di NONA SUPERWOMAN AWARD 2022 ini menzahirkan rasa syukur kerana pengiktirafan yang diberikan oleh majalah NONA telah memberi pendedahan baharu buat jenama SLAE Cosmetics di pasaran kosmetik tempatan mahupun antarabangsa.
“Alhamdulillah, Nona Superwoman Award telah memberi exposure kepada SLAE Cosmetics dengan lebih meluas lagi. Sebagai jenama baharu, SLAE Cosmetics amat berterima kasih kepada pihak NONA kerana percayakan misi dan visi serta perkembangan jenama ini yang membawa kepada penganugerahan award tersebut kepada pengasas dan jenamanya.”
SLAE Cosmetics berada di landasan kukuh untuk melebarkan sayapnya ke peringkat antarabangsa selepas berjaya meletakkan jenama SLAE Cosmetics dalam segmen pasaran wanita berkerjaya sejak dua tahun penubuhannya.
Selain memberi tumpuan pada pasaran tempatan pihaknya merancang untuk menembusi pasaran Kemboja serta ke negara berpotensi lain seperti di United Kingdom dan Amerika Syarikat untuk pengguna Muslim.
SLAE Cosmetics menawarkan rangkaian penuh mekap seperti pembayang mata, gincu dan bedak asas yang menampilkan rasa ringan kepada pemakainya, sesuai dengan ciri wanita bekerja yang serba pantas dan tidak mahu meluangkan terlalu banyak masa di meja mekap.
Beliau berkata, rangkaian kosmetik keluarannya diformulasikan menggunakan bahan semula jadi tanpa paraben, pewangi, minyak mineral dan alkohol malah turut menerima sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
SLAE Cosmetics juga sudah berada di pasaran Brunei berikutan mendapat permintaan memberangsangkan daripada pelanggan dan produk SLAE Cosmetics kini dipasarkan di lima cawangan kosmetik Paloma di negara itu.
Menyentuh perancangan untuk meneroka bidang-bidang baharu sebagai cabang dalam perniagaan, menurut Datin Dr Nik Sarina buat masa ini pihaknya belum mempunyai sebarang perancangan ke arah tersebut memandangkan jenama SLAE Cosmetics masih baru dan memerlukan banyak perhatian untuk berkembang ke tahap yang diingini.
Sebelum menutup sesi temubual, Datin Dr Nik Sarina sempat menitipkan pesanan untuk wanita yang baharu berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Menurut wanita yang pernah bertugas sebagai peguam ini, setiap perniagaan yang baharu hendak diceburi memerlukan kajian yang mendalam tentang produk dan sasaran pasaran terhadap produk yang bakal dikeluarkan.
“Cekalkan hati dan sentiasa bertanya kepada diri sendiri mengapa orang hendak membeli produk anda. Pemasaran yang baik adalah kunci kepada jenama anda dan ini tidak akan berlaku dalam masa yang singkat.
Membina sebuah jenama memerlukan masa, tenaga dan ilmu. Oleh itu banyak membaca dan belajar serta mengambil kira pergerakan teknik-teknik permasaran yang terkini yang mana ianya sentiasa bertukar arus,’ ujarnya seraya menutup perbualan bersama NONA.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Meskipun ada ramai selebriti muda, popular dan kaya di persada Hollywood ketika ini namun nama Paris Hilton masih gah dalam kelas tersendiri. Kreativiti Paris mengembangkan cabang perniagaan dalam pelbagai bidang antaranya fesyen, kecantikan dan muzik nyata berjaya meletakkan dirinya kekal relevan di mata masyarakat sampai sekarang.
Tidak hairanlah hingga tahun ini selebriti terkemuka berkenaan mencatatkan kekayaan mencecah USD 300 juta!
Menurut laporan Reuters, nilai kekayaan empayar Hilton mencecah USD 4.5 bilion. Pada tahun 2004, Datuk Paris iaitu Barron Hilton mengumumkan menderma 97 peratus daripada kekayaannya untuk tujuan kebajikan.
Apabila Barron meninggal dunia pada tahun 2019, tiga peratus kekayaannya yang berjumlah USD 135 juta dibahagikan kepada anak-anak, cucu dan cicit. Hasil pembahagian harta itu, Paris menerima USD 5.6 juta.
Bapa Barron iaitu Conrad Hilton merupakan pengasas rangkaian perhotelan terkenmuka dunia iaitu Hilton Hotels dan bersandarkan susur galur keluarganya, Paris bergaul rapat dengan beberapa individu berpengaruh lain.
Paris mula mengeluarkan minyak wangi pertamanya pada tahun 2004. Koleksi minyak wangi Paris Hilton sehingga kini dianggarkan mencecah jualan lebih USD2.5 bilion.
Dia juga mempunyai puluhan produk di bawah jenama sendiri merangkumi penjagaan kulit, beg tangan, barangan kemas dan pakaian dalam selain menembusi pasaran Asia dan Timur Tengah.
Baru-baru ini, figura terkenal berkenaan datang ke Malaysia untuk mempromosikan minyak wangi terbaharunya iaitu Ruby Rush. Kehadiran Paris mendapat sambutan luar biasa daripada peminat.
Bukan hanya mengaut keuntungan hasil perusahaan tersebut, Paris juga menjadi DJ wanita yang menerima bayaran termahal di dunia sebanyak USD1 juta.
Memetik kenyataan Paris bersama Vogue mengenai dokumentari This Is Paris dia berkata, “Fokus utama saya membuat dokumentari ini adalah untuk berkongsi kehidupan sebagai
ahli perniagaan. Bagaimana pun saya ambil keputusan untuk mendedahkan apa yang pernah berlaku kepada saya.
Saya mahu masyarakat tahu kesukaran yang pernah saya alami dan terus memperbaiki diri serta tidak membiarkan kisah silam menghantui diri. Saya juga terbuka berkongsi sisi sebenar kerana saya bangga dengan siapa diri saya hari ini.”
Berusia 42 tahun, Paris yang dilahirkan pada 17 Februari 1981 di New York tidak hanya dikenali sebagai model kelahiran Amerika Syarikat bahkan dia juga sebenarnya seorang ahli perniagaan berjaya, socialite, personaliti TV, pelakon, penyanyi dan juga DJ.
Memetik laporan media antarabangsa, perniagaan produk kosmetik, minyak wangi, label pakaian dan kerjaya Paris sebagai DJ membolehkan dia mengaut keuntungan sehingga USD 10 juta.
Malah Celebrity Net Worth melaporkan Paris Hilton memiliki kekayaan sehingga mencecah USD 300 juta atau perbezaan sebanyak USD 50 juta di belakang rakan baiknya yang juga selebriti popular, Kim Kardashian.
Menelusuri latar belakang kehidupan jelitawan ini, ibu Paris pernah menjadi pelakon sementara bapanya ialah seorang usahawan. Dia dibesarkan bersama tiga orang adik-beradik iaitu Nicholai Olivia Rothschild, Conrad Hughes Hilton, Barron Hilton II.
Paris berkahwin dengan Carter Reum pada 11 November 2021 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Phoenix Barron Hilton Reum melalui kaedah ibu tumpang.
Kemaruk beratur berjam-jam demi merasa makanan viral, golongan remaja dan orang muda yang berbadan besar di Malaysia lebih cepat alami kerosakan buah pinggang.