“Beauty With Brains” JULEA QIESTYNA Raih Markah ACCA Kedua Tertinggi Dunia Jadi Inspirasi Warga Maya

Seorang pelajar perakaunan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) mencipta sejarah mengharumkan nama negara apabila memperoleh markah kedua tertinggi di dunia dalam keputusan peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) pada April lalu.

Julea Qiestyna Abu Zar, 19, pelajar ACCA FIA Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Perak itu memperoleh 98 daripada 100 markah yang peruntukkan di dalam peperiksaan tersebut.

Beliau yang dihubungi Sinar Harian pada Rabu meluahkan rasa bangga memperoleh markah setinggi itu.

“Saya sendiri tak sangka berjaya mendapat markah sebanyak itu kerana persediaan yang dibuat untuk menghadapi peperiksaan itu sama seperti rakan-rakan yang lain.

Ditanya mengenai petua kejayaan itu, Julea Qiestyna dengan rendah diri memberitahu tidak ada amalan tertentu yang dilakukan sebaliknya menasihati rakan-rakan supaya tekun belajar.

Menurutnya, sebagai seorang pelajar perlu selalu bertanya dengan pensyarah serta berkongsi ilmu dengan rakan-rakan.

Dalam pada itu, kejayaan tersebut turut mendapat pujian daripada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang mengucapkan tahniah menerusi hantaran di Facebook.

Kejayaan Julea Qiestyna itu diumumkan menerusi Facebook UiTM Cawangan Perak pada Selasa dan turut mendapat reaksi lebih 12,000 pengguna media sosial berkenaan.

Semoga kejayaan yang dikecapi Julea menjadi inspirasi buat semua gadis mahupun wanita di luar sana untuk mengejar impian.

Sumber: Sinar Harian

***

Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Share
Published by
Wan Firdaus