Jika ditanya isu apakah yang kini sedang hangat diperkatakan umum, sudah pastinya kisah pergolakan rumahtangga pelakon dan pengarah Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana yang dikhabarkan beretakan dan hanya menanti belah selepas Syamsul mengumumkan perkahwinan keduanya bersama Ira Kazar secara rahsia di Thailand baru-baru ini.
Namun tidak semena-mena nama adik kepada Syamsul, Syafiq Yusof juga turut diperkatakan ramai. Walaupun kurang dikenali sebagai pelakon dan tidak sepopular abangnya, namun kehebatan Syafiq pengarah dan penulis skrip sememangnya tidak boleh disangkal.
Pada umurnya 30 tahun, banyak naskah arahan Syafiq hit dan mendapat kutipan memberangsangkan di panggung wayang. Antaranya Saya Amat Mencintaimu, Desolasi, Abang Long Fadil dan Penunggang Agama. Namun filem paling hit arahan Syamsul ialah Abang Long Fadil 3 dengan kutipan RM25 Juta, Abang Long Fadil 2 (RM18 Juta), KL Special Force (RM12 Juta) dan Misteri Dilaila dengan RM9 Juta.
Malah Syafiq turut juga pernah memenangi anugerah Pengarah Harapan Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-26 dan menerima pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records sebagai Pengarah Paling Termuda.
Selain dari pencapaian Syafiq sebagai seorang karyawan seni, Syafiq Yusof dikenali dengan personalitinya yang amat bersederhana malah langsung tidak pernah terpalit dengan sebarang isu sepanjang dirinya bergelumang di dunia seni. Keperibadian Syafiq yang amat low profile dan rendah diri ini sering kali dipuji orang ramai. Malah kisah rumahtangganya pula bebas dari isu dan jarang sekali disiarkan dan dilaporkan di mana-mana dada akhbar ataupun portal berita.
Syafiq berkahwin dengan Aisyeah Zainal pada 5 April 2014 dengan sekali lafaz. Majlis perkahwinan pasangan ini diadakan di Surau Tabung Haji, Kuala Lumpur pada jam 9.50 pagi. Pada Januari 2016, Syafiq dan isteri, Aisyeah telah menyambut kehadiran cahaya mata sulung mereka, iaitu anak perempuan sulung mereka yang diberi nama Nuur Jannah. Dan pada 4 Februari 2018, Syafiq dan Aisyeah menimang cahaya mata perempuan kedua yang diberinama Nuur Nusaybah.
Ads
Dan kini, dikhabarkan isterinya kini sedang hamil anak ketiga mereka. NONA mendoakan semoga kehidupan bahagia Syafiq Yusof dan isteri, Aisyeah Zainal berkekalan sehingga ke Jannah dan semoga urusan kelahiran anak ketiga mereka dipermudahkan.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali datang bulan biasanya wanita memiliki selera makan yang tinggi. Contohnya, ada yang memilih sepotong kek sebagai kudapan. Hormon yang turun naik menjadikan keperluan zat wanita berubah-ubah. Sebaiknya, ketika datang bulan pilihlah makanan kudapan yang betul dan sihat. 7 makanan ini sesuai dijadikan ‘pendamping’ anda sepanjang datang bulan.
YOGURT
Menurut kajian yang diterbitkan di Archives of Internal Medicine, saat datang bulan tingkatkan pengambilan kalsium dan vitamin D agar dapat membantu mengurangkan gejala haid. Oleh itu, yogurt merupakan kudapan yang tepat selain meningkatkan sistem pencernaan yang sihat. Seterusnya juga melegakan masalah perut ketika datang bulan.
BIJIRIN PENUH
Merupakan sumber magnesium yang hebat dan kajian menunjukkan magnesium membantu mengurangkan nyeri ketika datang bulan. Bijirin penuh turut mengandungi serat yang akan memberi rasa kenyang lebih lama.
PISANG
Merupakan salah satu sumber terbaik potassium. Ia juga kaya dengan vitamin B6. Selain itu, pisang juga dapat membantu mengatasi kembung perut. Kandungan kalium juga membantu mengatur tekanan darah dan menghantar oksigen ke bahagian otak bagi memastikan mood anda kekal stabil.
SALMON DAN TUNA
Kedua-duanya sangat baik untuk diambil lebih-lebih lagi ketika datang bulan. Ikan salmon dan tuna mengandungi omega 3 yang bukan hanya baik untuk jantung bahkan membantu mengurangkan ketegangan otot sepanjang datang bulan.
BROKOLI
Sumber serat, vitamin B6, vitamin E dan magnesium yang baik. Semua kandungan ini merupakan nutrisi bermanfaat bagi membantu anda mengatasi sindrom datang bulan dan mengatur pencernaan. Juga merupakan salah satu sayuran yang mengandungi zat besi termasuklah pada bayam dan kangkung.
DAGING MERAH
Kadar zat besi badan akan menurun ketika datang bulan. Ini boleh menyebabkan anda merasa lesu. Pengambilan daging merah bersama sayur-sayuran seperti kacang, bayam, brokoli untuk membantu meningkatkan tenaga dan mengatur aliran darah haid.
COKLAT GELAP
Tinggi antioksidan dan magnesium yang membantu meredakan kekejangan dan perubahan suasana hati. Ia juga merangsang penghasilan endorphin atau dikenali sebagai ‘hormon bahagia’ yang membuatkan anda kekal ceria dan tenang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Shiha Zikir menyatakan rasa kesyukuran selepas dinobatkan dengan anugerah Persembahan Terbaik pada majlis Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) malam tadi, yang menyaksikan perngorbanan beliau yang sanggup mengeluarkan kos sebanyak lebih RM100,000 melibatkan penggunaan lampu laser berharga puluhan ribu ringgit.
Pelaburan tinggi tersebut berbaloi buat Shiha yang berpuas hati membawa pulang kategori Persembahan Terbaik pada acara yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.
“Saya sangat berpuas hati dengan kemenangan ini. Tahniah kepada mereka yang terlibat di belakang pentas. Apa yang penonton lihat di atas pentas itu sebenarnya melibatkan kos yang sangat besar bagi saya.
“Kami sanggup laburkan untuk kepuasan sendiri. Sebenarnya kos yang besar ini melibatkan penggunaan lampu laser. Sebuah lampu laser sahaja melibatkan kos puluhan ribu dan saya guna lapan lampu laser,” katanya yang turut berhabis puluhan ribu ringgit pada minggu Separuh Akhir Muzik-Muzik tahun lalu.
Kredit foto: XtraKredit foto: Xtra
Kata penyanyi berusia 36 tahun itu, dia tidak mahu kedekut mengeluarkan bajet dan sekadar ‘asal boleh’ kerana peluang membuat persembahan di pentas besar AJL tidak selalunya hadir.
“Saya tidak mahu buat sekadar boleh sebab pentas AJL merupakan acara berprestij. Inilah tanda saya mahu ucapkan terima kasih kepada peminat yang mengundi lagu Irama dalam Muzik-Muzik,” jelasnya yang membawa pulang wang tunai RM12,000 berserta trofi.
Sumber: Kosmo Online
*
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
*
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan, Che Puan Sofie Louise Johansson Petra selamat melahirkan anakanda yang pertama.
Berita gembira itu dikongsikan laman sosial rasmi Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra.
“CHE PUAN MAHKOTA KELANTAN TELAH SELAMAT MELAHIRKAN ANAKANDA PUTERA YANG PERTAMA PADA PADA 17 JULAI 2023, ISNIN, BERSAMAAN 28 ZULHIJJAH 1444H,” TITAH BAGINDA.
Che Puan Sofie Louise Johansson melahirkan anakanda puteranya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.
Kedua-dua bonda dan anakanda dilaporkan dalam keadaan sihat dan selamat.
18 Mac lalu, Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan Che Puan Sofie Louise Johansson Petra mengumumkan berita kehamilan anak sulung dan dijangka bersalin Julai ini. Baharu sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke 37 pada tanggal 6 Jun lalu, wajah bakal ibu ini kelihatan berseri-seri meskipun sedang sarat hamil.
Yang Teramat Mulia (YTM) Che Puan Mahkota Kelantan Che Puan Sofie Louise Johansson Petra dan suami, Tengku Mahkota Kelantan Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra turut menjalani latihan Resusitasi kardiopulmonari atau Cardiopulmonary resuscitation sebagai persiapan awal sebelum bergelar ayahanda dan bonda baru-baru ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.