Jika dulu paras rupa wanita Caucasian dikatakan paling ideal bagi kebanyakan wanita di dunia, kini kiblat dunia kecantikan mula berpihak ke arah Timur. Tidak percaya?
Anda boleh bandingkan populariti label kecantikan Asia seperti Jepun dan Korea yang terdapat di pasaran Malaysia pada lima tahun lalu dengan sekarang, pastinya jauh berbeza.
Sudah terang lagi bersuluh, evolusi kecantikan di Korea kebelakangan ini sering menjadi rujukan dek penghasilan produk yang berprestasi tinggi.
Korea Selatan digelar sebagai pelopor kemunculan trend krim BB cair yang dikemas kini dalam bentuk span atau kusyen. Uniknya kompak kusyen ini, ia mampu berfungsi sebagai primer, suncscreen,
BB cream atau foundation.Ternyata, kompak kusyen ini menjadi salah satu item kecantikan pilihan wanita terutama bagi mereka yang sering berdepan kekangan masa untuk menata rias wajah selain mudah dibawa ke mana sahaja.
Bersifat ringan dan didatangkan dengan pek isian semula, kompak kusyen ini memberi solusi solekan berkadar segera, segar, praktikal dan cepat, malah bikin kulit tampak cantik sempurna, cerah bercahaya serta lembap sepanjang masa.
Seperti alat solekan yang memiliki ciri produk penjagaan wajah pada umumnya, kompak kusyen ini diperkaya dengan pelbagai formula untuk merawat kulit.
Antaranya, perlindungan terhadap sinar matahari dengan ciri anti-peluh yang sangat baik bagi memastikan krim BB sentiasa ada pada kulit walaupun berpeluh. Ada juga yang berfungsi untuk melembap dengan kandungan glycerine
dan Ester Oil.Selain itu, kompak kusyen yang ditambah bahan Adenosine pula memiliki fungsi untuk menentang penuaan. Kandungan Adenosine yang ada pada kusyen kompak membantu mengurangi kedutan serta garis-garis halus pada wajah.
Tambahan, sifat kompak kusyen yang kalis air dengan struktur rangkaian yang kukuh iaitu dibentuk oleh molekul yang tinggi membolehkan solekan bertahan sehingga 12 jam tanpa memerlukan sentuhan walaupun dalam cuaca yang panas.
Lebih menarik, kusyen kompak yang dipasarkan di sini menawarkan pelbagai shades bagi melengkapi tona kulit wanita yang berbeza. Tidak seperti di Korea, warna kompak kusyen yang dijual terlalu putih.
Pilihan warna sedia ada terdiri daripada warna terang dengan tona kekuningan, adunan beige dan merah jambu, serta medium yang dipadukan rona coklat dengan tona abu. Keistimewaan kusyen kompak ini juga tidak menimbulkan kesan terlalu tebal, amat sekata pada kulit dan mudah menyerap ke liang sebum.
Pada masa yang sama ia meresap pantulan daripada cahaya matahari untuk tona kulit semula jadi tanpa kesan minyak.
Tip penjagaan kusyen (puff)
This website uses cookies.