Pelakon yang juga usahawan selebriti dan bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-6, Ika Nabella telah berkongsi pengalamannya sepanjang berada di tanah suci Mekah kerana menunaikan umrah. Tanpa ditemani suami dan anak, Ika Nabella menunaikan ibadah tersebut bersama sahabatnya.
Menurut Ika Nabella, beg duitnya hilang ketika tawaf di Masjidil Haram namun redha dengan apa yang terjadi.
Ahad lepas bag duit saya hilang ketika tawaf di Masjidil Haram. Saya tak risau pun, redha seredhanya faham bukan rezeki.
Tapi dalam senyum redha sempat bagitahu suami @zaidbowie”
Sayang.. kalaulah I jumpa balik cards I tu pun jadi la kan..? Heheheh
Ada hehehe sebab sedar diri ni jahil ada hati nak minta Allah tunaikan yang tak logik..I bagitahu juga dekat kawan I @mimieharis & para Ustazah teman sebilik sambil sengeh macam kerang busuk.
Ishhh kalau jumpa balik cards tu pun jadi laaaaa duit tu takpa redha bukan rezeki Ika, renyah betul nak buat-buat balik nanti hehehehe
Dalam hati tetap rasa nothing is impossible when it comes to Allah.. Kun Faya Kun.. Allah Maha Adil, Adil buat tiap umatNya.
Waktu doa sungguh-sungguh buat solat taubat..
40x La Ila Ha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntum Minadzolimin dalam sujud & 100x Astaghfirullah selepas bagi salam dengan harapan.
“Allah aku nak minta lagi ni.. aku tahu aku muka tak malu asyik minta ja ni tapi aku hambaMu yang hina tiada lain yang aku boleh minta hanya padaMu Ya Allah..”
Jutaan terima kasih semua sudi cari Ika .. buat Aunt Anjar & anaknya Ain, moga Allah balas sebaik baik ganjaran. MashaAllah baiknya kalian.
YES sebiji seperti dalam doa.. IC, LESEN, KAD BANK & KAD NIKAH. cash tu saya tak mahu pun.. bukan hak saya dah.
ALLAH TUNAIKAN! Sekelip mata. Kasihnya Allah pada hambaNya yang jahil ni..”
Menurut Ika, tujuan sebenar dia berkongsi kisah tersebut adalah kerana ingin berkongsi secebis ayat iaitu:
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادۡعُوۡنِىۡۤ اَسۡتَجِبۡ لَـكُمۡؕ
Maksudnya:
Dan Tuhanmu berfirman, “Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagimu”
Surah Ghafir (ayat 60)
Mintalah walau sekecil-kecil perkara. Wallahu’alam.
This website uses cookies.