Jadi wanita ni, kalau boleh semua benda penting nak bawa. Tisu basah, pad pakai buang, straw besi waima sampul duit raya kosong pun ada takut-takut terjumpa anak kecil untuk dihulurkan duit raya.
Kerana itu sebuah beg multi fungsi penting untuk dimasukkan semua barangan ni. Bukan saja cantik, tapi mesti praktikal dan tahan lasak. Paling penting, bila sumbat segala barang, semuanya teratur dan tidak bergesel hingga merosakkan dompet atau telefon bimbit.
Memahami keperluan wanita, Kate Spade meluncurkan himpunan baru The Everything Large Tote dalam 3 rona mengiurkan… Rona warna-warni, hijau fiji dan hitam lut sinar.
Untuk Setiap Gaya Hidup
Direka dengan ruangan lebih luas termasuk sebuah wristlet pouch
yang boleh ditanggalkan, beg tote bergaya ini begitu besar hingga mampu memuatkan komputer riba 13 inci.Kemasan charm spade yang menjadi tanda jenama ini turut menambah daya tarikan untuk koleksi terbaru tersebut.
Harganya pun not bad, sesuai sangat untuk koleksi beg Mommies akan datang! Semak koleksi beg tote ni serta pelbagai lagi koleksi terbaru Kate Spade New York sekarang.
This website uses cookies.