Selalu kita berselisih dengan wanita pasti membimbit beg tangan pilihan masing-masing. Ada yang kata beg tangan lambang prestij dan personaliti seseorang wanita.
Namun, apa yang penting memiliki beg tangan biar ukur baju di badan sendiri. Sememangnya beg tangan jenama mewah mempunyai kualiti yang tertentu namun tidak perlu sampai berhutang untuk memiliki beg tangan jenama sebegitu.
Sebaliknya, jika mampu membeli beg tangan jenama mewah, why not? Setelah penat bekerja tidak ada salahnya beli beg tangan jenama mewah sebagai rewards untuk diri sendiri kan? Sememangnya beg tangan lambang prestij seseorang wanita, kan.
Dalam keterujaan membeli beg tangan jenama mewah setiap wanita perlu bijak dalam memilih beg yang berkualiti kerana terlalu banyak lambakan beg tiruan di luar sana. Jom NONA kongsikan tip mudah untuk mengetahui beg anda ‘ori
‘ ataupun fake!1. PERHATIKAN JAHITAN
Mesti ramai yang tahu tengok pada jahitan bukan? Tapi bagaimana untuk mengetahui jahitan tersebut palsu atau tulen? Setiap satu item yang dihasilkan oleh jenama terkenal di seluruh dunia akan diperiksa dengan teliti mengenai kecacatannya sebelum dijual. Semua jahitan mestilah sempurna dan tidak ada benang longgar atau sebarang kecacatan visual atau ketidaksempurnaan yang lain. Setiap perincian halus harus diteliti dengan baik.
2. CINCIN LOGAM, ZIP & BUTANG
Beri tumpuan kepada barang-barang kecil seperti logam, butang, zip, plat dan kunci. Kualiti barangan tersebut sepatutnya sempurna dan ia mempunyai nombor atau nama yang dicetak di badan metal tersebut yang merupakan tanda kualiti dan kesasihan. Sebagai contoh, setiap beg Hermes mempunyai ukiran logo Hermes Paris dibuat di Perancis di belakang flap yang menunjukkan tahun dan bahan yang digunakan.
3. MATERIAL BEG
Jenama yang terkenal tidak menggunakan kulit yang jenis keras dan kasar. Mereka menggunakan bahan halus, berkualiti tinggi sahaja. Barangan dengan trim kulit tidak boleh berminyak atau melekit. Sesetengah beg tangan berjenama boleh menjadi lembut dan fleksibel tetapi ia mengekalkan bentuknya tidak kira apa sekalipun.
4. TULISAN JENAMA
Terlalu teruja membeli hingga tidak perasan perkara penting iaitu ‘nama’ jenama tersebut. Barang-barang palsu sering mempunyai nama-nama yang dicetak dalam font yang berbeza, huruf-huruf yang berbulu bahkan dengan salah ejaan.
5. NOMBOR SIRI
Salah satu taktik peniaga atau rakan anda untuk meyakinkan beg tangan itu adalah tulen denga adanya nombor siri. Kononnya nampak berprestij di mata anda. Tapi mereka lupa bahawa label dengan nombor itu dimeteraikan dan dilampirkan dengan cara yang istimewa, menjadikan mustahil untuk dibuang tanpa merosakkannya. Bagi yang palsu pula, biasanya ia mempunyai pelekat dengan nombor yang hanya ditampal di suatu tempat permukaan.
6. PACKAGING
Ingat bahawa beg tangan berjenama mahal sentiasa mempunyai pembungkusan yang mahal, sering dibuat daripada bahan yang paling berkualiti tinggi. Bungkusan beg berharga tidak akan mempunyai sebarang kecacatan warna. Semua aksesori tambahan perlu dibungkus secara keseluruhan dengan beg.
Baca juga; Handbag ‘Salah’ Buat Penampilan Pelik
This website uses cookies.