Penyanyi tersohor dan kesayangan ramai Dato’ Sri Siti Nurhaliza dikhabarkan telah menubuhkan sekolah pendidikan awal kanak-kanak di Palestin, sejak setahun lalu. Jelasnya kepada media pada majlis bertemu media semalam, sekolah tersebut diberi nama Afwa & Aafiyah.
Menerusi Yayasan Nurjiwa yang dinaungi beliau dan suami, sekolah tersebut kini diuruskan oleh sahabat dan orang tempatan di sana. Sekolah tersebut memfokuskan pendidikan peringkat awal dalam bidang Al-Quran dan akademik, termasuk akhlak, adab dan sebagainya.
Ditubuhkan pada 5 Oktober 2021 yang lepas, pihak Yayasan mempunyai wakil khas di Gaza yang diberikan kepercayaan untuk menguruskan sekolah, tenaga pengajar, pelajar termasuk kemudahan makanan.
“Sekolah ini memberikan peluang kepada anak-anak Palestin untuk mendapatkan pendidikan awal dengan kemudahan bangunan dan fasiliti yang lebih selesa”, jelas Dato’ Siti.
Ditanya sama ada Dato’ Siti Nurhaliza dan suami akan berangkat ke sana bagi melihat sekolah tersebut, menurut beliau dia dan suami memang berhajat untuk ke sana namun bukannya mudah.
“Memang impian kami untuk turun ke Gaza. Kami pernah bertanya bagaimana nak ke sana. Seperti yang kita tahu, Gaza tempat yang berisiko, terutama sekali di tebing Gaza. Jadi semestinya kami memerlukan bantuan dari pihak atasan, alhamdulillah niat kami nak membantu dah kami tunaikan, untuk membantu dari segi pendidikan anak-anak Gaza.”
Jelas beliau lagi, “Kami bersyukur memiliki sahabat baik kami di sana yang akan ‘update’ perkembangan, aktiviti dan lain-lain. Terharu sangat dapat lihat kanak-kanak di Gaza mendapatkan pendidikan melalui kinderganden kami itu, yang kini dah mempunyai 50 orang pelajar”.
Beliau ditemui pada Sidang Media Music of The Soul: An Evening with Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang bertempat di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur. Music of The Soul: An Evening with Dato’ Sri Siti Nurhaliza persembahan amal bagi mengutip dana yang akan disalurkan terus ke Yayasan Nurjiwa.
Persembahan 2 jam berskala besar yang akan diadakan pada 5 & 6 November 2022 di Dewan Plenary, KLCC itu nanti KLCC turut menampilkan Dato’ Awie sebagai artis undangan.
“Persembahan kali ini bukan saja bertujuan untuk berhibur tetapi matlamat besarnya adalah untuk mengajak peminat beramal dan membuat kebaikan”, jelas beliau lagi.
Tiket-tiket berharga RM188, RM288, RM388, RM488, RM588, RM788, RM888 dan RM1188 mula dijual pada hari ini di www.myticket.asia atau menerusi hotline +603-86050196.
*****************************************
Sifat cintakan Al Quran perlu bermula awal dari kecil. Mahukan anak-anak mencintai kitab suci itu? Eksklusif untuk followers Nona, dapatkan Karangkraf Al-Quran Amazing 6 Juzuk dengan harga promo kod NONGSP5. Tak susah pun nak order, klik untuk beli di sini.
*****************************************
This website uses cookies.