Lama juga tempok PKP yang dilaksanakan kerajaan. Ada syarikat mulai ambil langkah kurangkan pekerja, ada perniagaan terpaksa gulung tikar dan ada individu yang hilang mata pencarian. Namun, tekad yang tinggi untuk menyara keluarga membuatkan kita fikir dari sudut positif.
Pasangan suami isteri, Puan Syaliza Shapiansuri dan suami, Chef Rashid Hashim mula berniaga sejak Mac lalu, sebelum tempoh PKP lagi. Suaminya Chef Rashid yang kebetulan menghabiskan baki cuti sebelum meninggalkan dunia F&B buat selama-lamanya tekad memulakan perniagaan.
“Kami mula berniaga sejak minggu kedua Mac lalu. Ketika itu suami mengambil keputusan untuk berhenti menjadi chef eksekutif di hotel dan mula berniaga di bazaar Ramadan. Menu nasi Bukhara akan jadi main dish
kami. kawan-kawan dan jiran-jiran pun dah mula menempah dan ramai juga yang nak mencuba. Masa tu dapatlah jual 15 pek.
Nak jadi cerita, beberapa hari sebelum PKP, kami dan cuba menjual nasi beriani dan baked chicken. Ramai yang membuat pesanan termasuk kawan atas kawan yang ambil pesanan dari pejabat mereka. Dan sejak bermulanya PKP, kami tetap teruskan. Saya sendiri keluar untuk buat delivery. Satu hari kami boleh buat sales dalam RM200 hingga RM400. Harga jualan kami bermua dari RM6 ke RM12,”kata Syaliza.
Semakin lama tempoh PKP, semakin rancak pula Chef Rashid dan isteri membuat penghantaran dek kerana permintaan semakin bertambah. Hadirnya peniaga yang membuat penghantaran ini banyak memberi kesenangan kepada isi rumah biarpun mereka sendiri menghadapi banyak rintangan.
“Awal PKP, masih banyak jalanraya dibuka. Sekarang banyak laluan masuk ke highway ditutup. Memang lama kalau sangkut di roadblock. Tapi ada masanya sekejap saja. Biasanya polis tak tahan sebab nampak ada banyak bungkusan makanan dan saya sendiri sudah bersedia dengan face mask dan hand sanitizer.
Puan Syaliza dan suami memandang situasi yang sedang berlaku kini dari sudut positif. Iyalah, dia boleh mencari rezeki melalui penjualan makanan dan membuat penghantaran terus ke pintu rumah. Siapa yang tak nak kan?
“Kami jangka lebih ramai yang akan membeli dan menjadi pelanggan kami di masa hadapan terutamanya ketika bulan Ramadan nanti. Mungkin kami berbeza dari peniaga lain kerana setiap hari hanya ada satu menu setiap hari.
Kami juga bercadang untuk membuat penghantaran ke rumah anak-anak Yatim atau asnaf kerana sekarang pun ada pelanggan membeli makanan dari kami untuk dihadiahkan kepada abang-abang polis dan askar yang bertugas menjaga checkpoint,”katanya.
Semoga perniagaan yang dijalankan pasangan suami isteri ini terus mendapat sambutan orang ramai.
This website uses cookies.