Bekas isteri pemain golf terkenal dunia Tiger Woods, Elin Nordegren membuktikan cerai bukan penamat kehidupan. Walau rumah tangga yang dibina selama enam tahun akhirnya kecundang namun itu bukan alasan bagi model peragaan ini untuk mencari bahagia sendiri. Buktinya, selain menggunakan wang pampasan bernilai ratusan juta ringgit untuk membina kediaman mewah… Elin juga berjaya menamatkan pengajian di sebuah kolej swasta. Memang patut dijadikan inspirasi kepada ibu-ibu tunggal!
Elin Nordegren merupakan rakyat Sweden yang datang ke Amerika dan bertemu isteri pemain golf, Jesper Parnevik sebelum mengenali Tiger Woods. Memutuskan untuk berkahwin dengan pemain golf terkenal tersebut sekitar tahun 2004 dan dikurniakan dua orang anak. Pada tahun 2010, rumah tangga Elin diambang kehancuran apabila skandal Tiger Woods bersama beberapa wanita tersebar luas.
Berkeluasan 25, 878 kaki persegi di atas tanah seluas 1.4 ekar dan berada 200 kaki menghadap pantai yang terbentang luas… kediaman mewah itu memiliki 11 bilik tidur, 15 bilik mandi, 4 garaj kereta, ruang bilik wain, gimnasium, bilik teater, gelanggang bola keranjang, lounge
, kolam renang dan lampu chandelier kristal Swarovski tiga tingkat serta landskap yang luas.Khabarnya, wanita berusia 39 tahun tersebut turut menderma sebahagian wangnya kepada badan kebajikan. Meskipun kecundang dalam perkahwinan, Elin enggan mensia-siakan kehidupan dan berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda psikologi dari Rollins College pada tahun 2014. Dia juga mendapat pengiktirafan anugerah Outstanding Senior dari kolej berkenaan. Hebat!
Sumber: Yahoo Sports
This website uses cookies.