Sejak kebelakangan ini sudah menjadi trend, masyarakat di ibukota semakin gemar menikmati minuman panas dan menjadikan bekas minuman termoregulasi sebagai collectible item.
Tidak kira di mana sahaja hingga ada yang sanggup berhabis wang ringgit mencecah ratusan ringgit demi memiliki bekas minuman termoregulasi yang cantik dan pelbagai rekaan moden.
Mana tidaknya, ia bukan sahaja menjadi pelengkap gaya sebaliknya bekas minuman termoregulasi mampu mengekalkan suhu minuman berjam-jam lamanya.
Bagi memberi pilihan kepada orang ramai untuk memiliki peralatan minuman termoregulasi, baru-baru ini Montigo melancarkan kedai flagship bersama Cosmic Cookware di pusat beli-belah Suria KLCC. Ia menawarkan pengalaman membeli-belah menarik selain mempamerkan rangkaian penuh produk dan teknologinya.
Mengapa peralatan minuman ini menajdi pilihan warga kota? Ia menjadi pilihan kerana peralatan minuman termoregulasinya direka bukan sahaja untuk mengekalkan suhu optimal malah sesuai untuk dibawa ke pejabat, tempat percutian dan menemani perjalanan.
Malah ia diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi dengan teknologi ‘art insulasi’ bagi memastikan minuman kekal dalam suhu yang diingini sepanjang hari.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif yang juga pengasas bersamanya, Melvin Chee berkata, pihaknya teruja untuk melancarkan kedai flagship itu untuk kemudahan peminat setianya. Ia menyediakan kemudahan paparan interaktif, demonstrasi oleh pakar, penyesuaian produk dan khidmat peribadi pelanggan.
“Lokasi baharu ini membolehkan kami membawa terus produk dan teknologi kepada orang ramai, ia sekali gus membolehkan mereka mengalami sendiri pengalaman serta kualiti yang ada secara terus,” katanya mengakhiri perbualan.
This website uses cookies.