Siapa yang tidak tertawan dengan wajah jelita Shafnie Zainuddin. Dikurniakan rupa paras penuh kelembutan, personaliti berusia 47 tahun ini menjadi inspirasi kerana jiwa kentalnya membesarkan anak-anak selepas rumah tangga yang dibina tidak berkekalan.
Baru-baru ini nama Shafnie kembali menjadi bualan ramai warga maya selepas majlis pernikahan anak lelakinya menarik perhatian di media sosial.
Berkongsi momen indah di majlis perkahwinan anak tersayang, Shafnie menerusi Instagram miliknya memberitahu anak lelaki bongsu iaitu Shabil Iman akhirnya selamat bergelar suami pada tanggal 11 November lepas.
Dia yang mengenakan persalinan kurung dan tudung rona kelabu kelihatan mengesat air mata saat upacara ijab kabul.
Lebih meruntun jiwa apabila Shabil menangis sebak sambil ditenangkan abangnya, Shafiq Iman.
“Dengan rendah hati, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang turut serta memeriahkan majlis pernikahan Shabil Iman dan Afiqah Syazwani yang baru lepas.
Ads
Juga kepada semua yang turut mendoakan dan memberi ucapan luar dan dalam sosial media dan sebagainya. Thank you very much. Positive vibes only ya, buang yang keruh ambil yang jernih. Benda yang sudah berlalu jangan dikenang, moving forward.”
Shafnie Zainudin merupakan bekas model dan pengacara. Terdahulu, jelitawan ini pernah berkahwin dengan Dato’ AC Mizal namun berpisah pada 17 Oktober 2001 selepas kira-kira enam tahun mendirikan rumah tangga.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Shafiq Iman dan Shabil Iman.
Tidak hanya diuji dengan kegagalan rumah tangga, Shafnie menerusi perkongsian di media sosial miliknya turut diduga dengan kanser darah. Dia dilaporkan didiagnos Acute Promyelocytic Leukaemia penyakit itu pada 5 Mac 2022.
Ads
Dalam pada itu, meraikan ulang tahun perkahwinan pertama anak sulungnya Shafiq pada 26 Mac lepas, Shafnie mendedahkan dia tidak dapat menyaksikan detik bahagia itu kerana terpaksa menjalani sesi kemoterapi.
Difahamkan Shafnie kembali bergelar isteri pada 6 Jun 2014 dan melahirkan rasa syukur sempena ulang tahun perkahwinannya yang ke-9.
“It’s our 9th anniversary, alhamdulillah. Thankful for all the susah senang, sakit sihat, ada tak ada, sikit banyak and many more to come insyaAllah. Semoga dipermudah segala urusan kita dunia akhirat.”
Shafnie Zainuddin bakal meniti usia 48 tahun pada 28 Disember nanti. Semoga segala urusan dan impian mereka sekeluarga dipermudah kelak.
Revalina S. Temat memiliki wajah penuh kelembutan yang membuatkan ramai terkenang wataknya dalam sinetron popular Indonesia, Bawang Merah Bawang Putih. Walau hampir 20 tahun drama bersiri negara jiran tersebut sudah berlalu namun impaknya masih terkesan di hati penonton hingga ke hari ini.
Revalina yang menjayakan karakter gadis sopan dan baik sebagai Bawang Putih. Sementara Nia Ramadhani pula membawa watak Siska ketika masing-masing baru mencecah usia remaja. Tak dinafikan, ramai penonton tanah air ‘jatuh hati’ dengan kecantikan mereka berdua.
Seiring peredaran zaman dan peningkatan usia, Revalina atau nama sebenarnya Revalina Sayuthi Temat yang kini berstatus isteri dan ibu dua anak masih cantik menawan dengan aura tersendiri.
Mendirikan rumah tangga pada 15 Mac 2015 dengan jejaka pilihan, Rendy Aditwa Gunawan, pelakon yang ketika zaman gadisnya sering berpakaian seksi memilih untuk tampil lebih sopan dan berhijab selepas pulang mengerjakan umrah pada tahun 2017.
Bagaikan jelmaan watak ‘Bawang Putih’ di alam realiti, Revalina sememangnya seorang wanita yang sarat dengan peribadi baik, sopan, lemah-lembut dan disenangi ramai.
Dengan gaya muslimah yang elegan, ibu kepada Rihga Sadiwasakti Rabbani ini juga tetap kelihatan cantik meskipun hanya bergaya sederhana. Revalina melahirkan anak keduanya, Rajendra Satya Razzani secara pembedahan pada Januari 2019.
Biarpun sudah beranak dua tapi jelitawan berusia 37 tahun ini bijak menjaga penampilan diri. Revalina pernah membintangi beberapa drama popular Indonesia antaranya Assalamualaikum Beijing, Perempuan Berkalung Sorban dan Hijrah Cinta.
Terbaharu, Revalina kembali mewarnai dunia seni Indonesia menerusi lakonannya dalam drama Jangan Bercerai Bunda. Malah, dia turut menguruskan sebuah syarikat talent iaitu S Temat Management dan merupakan pemilik label pakaian Tifle’s by Revalina S Temat.
Personaliti ini juga selesa mengenakan gaya matang dan elegan. Mengintai fesyen pilihan Revalina jelas menggambarkan peribadinya yang gemar menyarung busana santai.
Memang serba sederhana. Dengan menggayakan tudung bawal dan solekan ringkas, ia sudah memadai untuk menyerlahkan kelembutan wajah Revalina.
Kebiasannya, kediaman selebriti Hollywood mempunyai pelbagai keunikan dan kadang-kala tidak masuk di akal. Mana tidaknya, pelbagai elemen hiasan dalaman diterapkan bagi memenuhi tuntutan gaya hidup golongan selebriti yang punya citarasa nan berbeza.
Namun bagi Kate Hudson, untuk kediaman dia dan keluarga, dia lebih selesa memilih gaya dekorasi timeless dengan gabungan rona natural yang mendamaikan.
Menurut Home and Garden.Com, trend ‘quiet luxury’ dan dekorasi menggunakan rona beige merupakan pilihan dekorasi kediaman masa kini yang semakin popular di kalangan pemilik kediaman.
Malah, ia jelas kelihatan pada kediaman Kate Hudson yang mengaplikasi rona natural untuk segenap ruang kediamannya. Malah jika dilihat secara keseluruhan, Kate Hudson menggabungkan rona-rona senada antaranya termasuklah taupe, off-white dan beige untuk kediamannya itu.
Selebriti yang kini menginjak usia 44 tahun ini memilih konsep dekorasi kediaman yang malar segar atau timeless untuk kediaman bersama keluarga tersayang dan tidak terlalu mengikut trend atau gaya dekorasi terkini.
Gaya dekorasi ini sememangnya amat menarik untuk kediaman yang selesa dan tidak terlalu sarat dengan pelbagai hiasan. Malah,cara paling mudah untuk meniru gaya dekorasi seperti kediaman Kate Hudson ini ialah melalui gabungan warna dari alam semulajadi.
Dalam erti kata lain, gabungan rona tanah dan ditambah dengan beberapa elemen dekorasi mampu melahirkan gaya dekorasi yang malar segar dan sesuai mengikut citarasa serta elegan dalam kelasnya yang tersendiri!
Kehebatan warna neutral color palette memberi sentuhan elegan dan sejuk untuk ruangan kediaman dan gabungan pencahayaan yang betul menyerlahkan lagi keindahan dekorasi sesebuah kediaman. Malah, gabungan warna lembut yang harmoni memberikan ilusi reflektif yang mempersona dan mendamaikan.
Tidak hairanlah palette warna seperti ini menjadi pilihan selebriti barat yang mempunyai keluarga kerana rona ini memberikan ketenangan dan elegan dalam suasana mewah!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Raut wajah yang lembut dan menawan, senyuman manis, lemah lembut serta sopan itu antara pesona yang dimiliki oleh puteri bongsu negeri Terengganu Darul Iman, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Fatimatuz Zahra’ binti Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin. Keperibadiannya juga tidak terperi hebatnya.
Tengku Fatimatuz Zahra’ merupakan puteri bongsu kepada pasangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin dan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.
Tengku Puteri Daulath yang berusia 20 tahun ini turut memiliki tiga orang kekanda iaitu Yang Amat Mulia Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah, Duli Yang Teramat Mulia Yang Di Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail, dan Yang Amat Mulia Tengku Sri Setia Mahkota Raja Tengku Muhammad Mua’az.
Setiap kali muncul di majlis-majlis rasmi, Tengku Fatimatuz Zahra’ sering menjadi sorotan lensa. Ini membuktikan Tengku Fatimatuz Zahra’ antara kerabat diraja di Malaysia yang popular dan sering mencuri tumpuan lensa kamera apabila muncul pada majlis rasmi.
Bukan hanya pesona yang dimilikinya bahkan busana yang disarungnya terutama bercirikan tradisional serta songket Terengganu sering menjadi perhatian perhatian ramai.
Untuk info, Tengku Fatimatuz Zahra’ dikurniakan Darjah Kemuliaan dan gelaran Tengku Puteri Daulath Raja menurut Adat Istiadat Negeri Terengganu Darul Iman pada 22 Julai 2019 tahun Masihi bersamaan 19 Zulkaedah 1440 tahun Hijrah.
Gelaran itu dikurniakan oleh Ayahandanya, Sultan Terengganu Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
Kredit Foto: Instagram @terengganu_royalfamily
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.