Ibu kepada dua cahaya mata, Florence Tan terlibat dalam misi eksplorasi NASA untuk planet Marikh. Kisah ini pastinya menjadi inspirasi dan dorongan kepada seluruh rakyat untuk mencatatkan lebih banyak kejayaan di peringkat dunia.

IKLAN

Sudah tentu mereka yang terpilih dan mempunyai pencapaian hebat sahaja mampu berkhidmat di sana. Baru-baru ini Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menzahirkan rasa bangga atas kejayaan wanita kelahiran Muar, Florence Tan yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Juruteknologi NASA.

Bekas Pelajar MRSM & Ibu 2 Anak, FLORENCE TAN Bergelar Timbalan Ketua Juruteknologi NASAMenerusi hantaran di Facebook rasmi baginda, Sultan Ibrahim bertitah, pencapaian membanggakan wanita itu telah mengharumkan nama Johor di peringkat antarabangsa.

“Saya mengucapkan tahniah dan menzahirkan rasa bangga atas kejayaan anak kelahiran Johor ini sehingga menempa nama di luar negara.

Bekas Pelajar MRSM & Ibu 2 Anak, FLORENCE TAN Bergelar Timbalan Ketua Juruteknologi NASA“Ini juga merupakan satu kejayaan yang turut membanggakan rakyat serta mengharumkan nama Johor di peringkat antarabangsa,” titah baginda.

Bekas Pelajar MRSM & Ibu 2 Anak, FLORENCE TAN Bergelar Timbalan Ketua Juruteknologi NASABerikut 6 fakta menarik mengenai wanita hebat ini;

1-Florence lahir di Muar, Johor dan merupakan bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA Kuantan, Pahang.

2-Dia kemudian melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan elektrik di University of Maryland di Amerika Syarikat.

IKLAN

3-Tidak terhenti di situ, Florence terus menggali ilmu ke peringkat ijazah sarjana dan ijazah kedoktoran dalam kejuruteraan elektrik di Universiti Johns Hopkins.

Bekas Pelajar MRSM & Ibu 2 Anak, FLORENCE TAN Bergelar Timbalan Ketua Juruteknologi NASA4-Florence menyertai NASA sejak 1986 selepas diterima sebagai pelatih di Pusat Penerbangan Angkasa Goddard NASA berdasarkan pengajiannya dalam teori elektromagnet. Selepas menamatkan PHD, Florence mula bekerja di situ sebagai pengaturcara.

5-Ibu kepada dua cahaya mata itu terlibat dalam misi eksplorasi NASA untuk planet Marikh.

IKLAN

6-Florence difahamkan kini memiliki kewarganegaraan Amerika Syarikat.

Bekas Pelajar MRSM & Ibu 2 Anak, FLORENCE TAN Bergelar Timbalan Ketua Juruteknologi NASAPerjalanan menuju kejayaan pasti berliku. Antara yang tular mengenai Florence ialah beberapa resipi kejayaan dikongsikannya;

  1. Belajar berkomunikasi dengan baik.
  2. Jangan mengambil kesempatan ke atas orang lain.
  3. Ingat bahawa kita bekerja dengan orang, jadi jangan membuat andaian.
  4. Bercakap untuk mengajar orang lain.
  5. Saling menghormati.
  6. Jujur

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika atau singkatannya NASA merupakan badan pemerintah Amerika Syarikat yang bertanggungjawab mengelola dan mentadbir program angkasa lepas dijalankan negara itu. NASA bertanggungjawab terhadap penyelidikan aeroangkasa ketenteraan dan awam jangka panjang. Sejak Februari 2006, misi NASA ialah merintis masa depan dalam penjelajahan angkasa lepas, penemuan saintifik dan penyelidikan aeronautik.

Sumber: Sinarplus

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI