Orangnya memang sudah cantik, sejak bergelar ibu pada 25 Jun lepas bertambah cantik dan berseri-seri isteri Fizo Omar ini! Kalau orang tak kenal, mesti ingat Fazeera Nazri Azrai masih anak dara.
Selamat timang cahaya mata perempuan kira-kira empat bulan lepas, Fazeera atau mesra disapa Faz kini merupakan ibu kepada Wan Khaleeda.
Ads
Faz yang dilahirkan pada 29 November 1996 di Kuching, Sarawak merupakan anak kedua daripada tiga beradik. Ayahnya bertugas sebagai juruteknik komputer sementara ibunya pula seorang suri rumah. Sebelum ini Faz berkhidmat sebagai pramugari di syarikat penerbangan Air Asia dan Qatar Airways.
Dalam temu bual bersama Nona awal tahun ini, Faz berkata dia menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan pendidikan.
“Sekarang ni saya tengah ambil degree in education di UNITAR dan akan habis dalam dua tahun lagi. Lepas habis SPM, saya sambung STPM dalam bidang seni. Habis STPM, mulanya saya rasa nak kerja dulu dan timba pengalaman. Plan nak kerja dalam setahun je. Saya pun cuba interview Air Asia dan luckily dapat.
Suddenly makin ‘melekat’ pula sebab saya rasa macam suka dapat jumpa ramai orang, exchange ideas with people dan bergaul dengan ramai orang dari seluruh pelusuk dunia. I was flying with Air Asia for three years, lepas tu dengan Qatar Airways setahun lebih,” ujarnya yang diberhentikan kerja sebagai kabin krew kerana situasi pandemik Covid-19 yang menjejaskan sektor penerbangan.
“Sekarang ni saya bantu suami in terms of content dan appearance. Saya juga full time student dan buat motivation talk di media sosial. Apa yang saya share tu semua dari buku-buku yang pernah saya baca dan motivational video.”
Sejak mendirikan rumah tangga, Fazeera Nazri akui tidak terlepas daripada tempias dunia glamor. Walau agak terkejut dengan perhatian luar biasa yang diterima ketika pernikahan mereka pada 21 Oktober 2021 namun dia kini lebih bersedia dengan realiti bergelar isteri selebriti.
“Sebelum kahwin lagi, Fizo dah bagi mental preparation macam mana nak hadapi sesuatu perkara. Dari situ saya persiapkan diri. Benda ni memang dah discuss dari awal dan sebelum kahwin memang kami tak nak expose dulu.
Kami merancang (perkahwinan) dan sampai masanya baru uar-uarkan. Alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang dirancang. Tak dinafikan dah jadi isteri selebriti, secara tak langsung saya kena adapt dunia glamor ini terutamanya bila melibatkan privasi.
Sebab itu sekarang ni saya cuba keep everything eksklusif. Mengenai personal life dan sebagainya, saya selesa untuk tak expose diri dekat platform media sosial sangat.”
Enggan terpalit dengan sebarang kontroversi, Faz dalam nada tenang memberitahu dia mahu dikenali masyarakat sebagai personaliti yang mampu memberi inspirasi dan manfaat kepada semua.
Ads
“Everyone ada goals dan mission. Bagi saya, saya bukan nak jadi famous. Saya cuma nak spread motivational things to people supaya boleh bantu orang serba sedikit. Dalam masa sama beri kesedaran sebab sekarang ni kan ramai orang tengah struggle.
Alhamdulillah saya sangat puas hati. Tak sangka saya ada banyak ‘believers’ yang percaya dengan apa yang saya cuba sampaikan.”
Ditanya jika satu hari nanti dia mendapat tawaran sebagai pelakon atau hos, ini jawapan jujur Faz. “InshaAllah in the future, kalau ada. Bidang hiburan mungkin bukan kemahiran saya tapi kalau jadi hos mungkin boleh. Apa-apa pun saya kena discuss dengan suami dulu.
Ads
Saya suka jika diberi peluang jadi pembaca berita atau hos. Sebelum ini pun saya pernah bagi talk untuk pelajar universiti antaranya di UiTM dan UNITAR.”
Kalau tengok media sosial Faz, kebanyakan postingnya adalah berkaitan bahan-bahan bacaan. Katanya, dia boleh menghabiskan dua buah buku dengan 300 muka surat dalam masa sebulan dan buku kegemarannya ialah Thing and Grow Rich karya Napoleon Hill.
Tak hairanlah Fazeera Nazri suka berkongsi kata-kata positif dengan followers. Dia menjadikan aura positif tersebut untuk merangsang pemikiran yang lebih ke hadapan dan menjadi individu berjaya.
Mengulas kekuatan yang ada dalam diri, Faz terbuka berkongsi sisi peribadi dengan pembaca setia Nona. Ujarnya ia adalah sebagai pencetus semangat dan motivasi buat golongan wanita agar percaya diri walau dalam ap acara sekalipun.
“Saya seorang yang sangat independent. Sejak kerja Air Asia dulu saya terbiasa buat semuanya sendiri. Even saya tak kisah naik grab untuk ke mana-mana dan seorang diri je. Dulu masa tinggal dekat Doha pun saya uruskan semuanya sendiri. Laundry, semualah. Saya jarang minta tolong orang lain. Walau pun saya susah macam mana, saya cuba ikhtiar juga sampai saya dapat.”
Semoga perkongsian Faz ini dapat dijadikan sebagai panduan dan inspirasi buat semua wanita di luar sana ke arah menggenggam sebuah kejayaan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, kan? Siapa yang tak kenal dengan Fasha Sandha, dramatis jelita berusia 39 tahun yang memiliki bakat lakonan yang cukup hebat.
Apatah lagi, Fasha kini semakin langsing sekaligus menampakkan dirinya lebih muda berbanding usia sebenar!
Bertuah suaminya, Aidil Aziz dikurniakan seorang isteri yang tak sekadar cantik bahkan pandai jaga badan dan penampilan walaupun dah mempunyai tiga orang anak.
Baru-baru ini, Fasha ada memuat naik satu video di Instagram di mana dia dan anak-anak ‘terbang’ ke Singapura.
Video pendek itu memaparkan perjalanan Fasha bersama anak-anaknya sedang menaiki kapal terbang.
Namun apa yang menarik perhatian ialah anak keduanya, Jemyma atau nama penuhnya Putri Raysha Jemyma yang kini semakin membesar dan cantik walaupun baru je berusia lapan tahun.
Fizikalnya yang kurus, tinggi serta rambut yang panjang mengurai saling tak tumpah seperti ibunya. Jemyma turut dikatakan berbakat besar dalam bidang lakonan.
Di ruangan komen, rata-rata para pengikut dan peminat Fasha memuj kecantikan Jemyma.
“Cantiknya anak dara dia.. Jemyma muka ibu betul. Adik tu ikut muka Papa dia.”
“Jemyma macam Mami dia. Comel!”
“Suka tengok Jemyma..macam Mommy dia..lawa and soft je.”
Untuk info, Jemyma merupakan zuriat hasil perkahwinan pertama Fasha bersama bekas suami iaitu Rizal Ashram Ramli atau Jejai.
Manakala anak sulung mereka, Putra Rayfal kini berusia 10 tahun.
Fasha kemudiannya bertemu jodoh dengan Aidil Aziz yang juga seorang pelakon tanah air. Mereka sah bergelar suami isteri pada 2019 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Aisha yang kini berusia tiga tahun.
Semoga anak-anak Fasha membesar dengan sihat, bijak dan menjadi anak yang soleh serta solehah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seraut wajah bersih tanpa cela pasti tersenarai antara wishlist wajib bagi setiap wanita. Saban bulan kulit dimanja dengan produk penjagaan terbaik sambil sesekali membelainya dengan rawatan wajah intensif. Anda berhabis ribuan ringgit, namun kenapa masalah kulit tetap melanda?
Jika anda masih runsing dengan kondisi kulit bermasalah, cuba perhatikan rutin corak pemakanan – barangkali yang ‘di dalam’ itu perlukan lebih perhatian.
Detoksifikasi
Sedar atau tidak, kebanyakan makanan di sekeliling kita telah dicemari dengan toksik. Bahan-bahan tercemar ini mudah larut dalam darah dan seterusnya diangkut ke seluruh tubuh.
Sesekali lakukan detoks untuk ‘mencuci’ sistem penghadaman dengan cara bijak dan sihat. Selepas melakukan ‘cucian’ perut ini, anda dapat merasa perbezaan ketara pada kulit – ia lebih segar dan bercahaya dari dalam. Yang penting, mulakan amalan ini dengan mendapatkan konsultasi doktor terlebih dahulu jika anda sedang mengandung, menghidap diabetes, di bawah pengaruh ubat atau berpenyakit.
(a) Detoks Hujung Minggu
Makan banyak buah-buahan segar sewaktu bersarapan. Pilihlah yang berwarna cerah seperti kiwi, anggur, mangga, betik, pic, beri, strawberi, pir dan epal.
Jamah segenggam kekacang sebagai snek sarapan bersama teh hijau, teh herba atau air suam.
Sediakan semangkuk salad istimewa untuk makan tengah hari dengan campuran bunga kobis, tomato, timun, brokoli, lada hijau, hirisan lobak, avokado, sedikit rempah dan bawang. Tambah perisa dengan minyak zaitun secukupnya, hirisan herba, bawang putih, jus lemon dan cuka.
Waktu snek diisi dengan kuaci, gajus dan biji labu atau pek kecil yogurt tulen sambil menghirup teh hijau atau teh herba.
Buat stim kukus sayur-sayuran segar dan berwarna cerah seperti brokoli, bunga kobis, labu air, bawang perai dan kobis merah dengan herba untuk makan malam.
(b) Detoks Harian
Minum banyak air mineral atau bertapis sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Tambahkan sedikit perisa dengan memerah jus limau nipis atau merendam hirisan lemon untuk kelainan.
Tukar amalan meminum kopi dengan teh hijau. Ia kaya dengan antioksidan dan boleh ‘mencuci’ usus.
Jus buah-buahan pekat dan segar seperti jus lobak, epal, tembikai, betik dan sebagainya sangat digalakkan tetapi jauhi gula dan ais.
Banyakkan makanan berunsur buah-buahan, sayuran hijau, berfiber dan cecair untuk memudahkan proses penyahtoksinan. Rosmah Idayu Abu Samah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kerana percayakan kecantikan asli dan dalaman lebih penting dari luaran, finalis Miss England melakar sejarah tersendiri di dalam pertandingan itu apabila menjadi ratu cantik pertama yang bertanding tanpa mengenakan sebarang solekan.
Melisa Raouf, pelajar kolej berusia 20 tahun berasal dari selatan London, turut mara ke pusingan separuh akhir pertandingan itu pada Isnin lepas.
“Ia amat bermakna bagi saya kerana saya merasakan ramai gadis daripada pelbagai peringkat usia bersolek hanya kerana berhadapan dengan tekanan untuk berbuat sedemikian. Pusingan akhir dijangka berlangsung Oktober ini dimana Melisa dicanang-canang berpeluang merangkul mahkota kejuaraan Miss England.
“Jika seseorang itu selesa dengan kulit dan diri mereka sendiri, kita tidak sepatutnya memaksa wajah asli mereka ditutup dengan sebarang solekan. Kelemahan diri yang menjadikan siapa kita sebenarnya dan perkara itu menjadikan setiap individu itu unik dengan car tersendiri” kata Raouf dalam satu temu bual dengan akhbar.
“Saya tidak pernah merasakan saya memenuhi piawaian kecantikan. Saya baru-baru ini menyedari bahawa saya kecantikan dengan kulit saya sendiri dan itulah sebabnya saya membuat keputusan untuk bertanding tanpa solekan,” jelasnya lagi.
“Ini adalah kali pertama saya melihat seorang peserta tanpa solekan bersaing di peringkat separuh akhir dan dia bersemangat untuk bertanding dengan semua peserta lain. Saya ucapkan selamat maju jaya kepada Melisa,” kata Beasley.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Untuk menjadi seorang yang sempurna pastinya bukan proses yang mudah. Malah, mungkin juga mustahil. Siapa yang sempurna di muka bumi ini kan?Namun, trend hari...