Bekas Ratu Cantik & Berstatus Nenek, Susan Manen Tampil Jelita Usia Lewat 40an!

Beruntungnya Susan Manen dikurniakan rupa paras cantik dan manis dipandang. Bergelar Ratu Cantik Malaysia 1993, jelitawan ini masih tampil menawan walaupun sudah berstatus ibu kepada empat anak.

Aktif mewarnai dunia seni, kecantikan Susan yang membintangi drama popular Pengantin 1 Malam nyata menjadi bualan ramai.

Meniti usia lewat 40an, Susan kelihatan anggun dan awet muda dalam kelas tersendiri. Pendek kata, kalau orang kata anak dara pun mesti ramai yang percaya!

Difahamkan jelitawan ini mempunyai darah kacukan Inggeris, Portugis dan Sinhalese.

Sejak menyertai pertandingan Ratu Cantik Malaysia, populariti Susan Manen terus melonjak dalam industri seni apabila menerima tawaran berlakon dalam filem Penyu arahan Z.Lokman.

Pada 1998, wanita ini membuat keputusan memeluk agama Islam dan berkahwin dengan aktor berbakat besar, Mustapha Kamal.

Sejak bergelar isteri, dia dilihat memperlahankan kerjaya seni demi memberi tumpuan kepada keluarga dan anak-anak.

Hasil perkongsian hidup selama lebih dua dekad, pasangan selebriti ini dikurniakan empat cahaya mata comel iaitu Sabella Qawiema, Aulia Qayyiem, Salsabil Qurani, dan Naqli Qaddiem.

Beberapa kali muncul berlakon di samping suami tercinta, kecantikan wanita ini cukup dikagumi penonton.

Dengan sepasang mata cantik, hidung mancung dan bibir mungil tidak hairanlah dia tetap menjadi buruan pengarah dan agensi pengiklanan.

Selain aktif dengan kerjaya seni, Susan juga rancak mengusahakan bisnes ‘Yummilicious Cakes by Susan Manen’ yang menghasilkan Sambal Bilis Garing dan aneka jenis kek.

Share
Published by
Suzi