Cantiknya dia! Aura Ratu Cantik Malaysia 1993 ini masih memukau walaupun dia kini sudah pun bergelar ibu kepada empat anak. Membintangi drama popular bersiri Pengantin 1 Malam, kecantikan aktres Susan Manen dalam drama tersebut ternyata menjadi bualan ramai.
Apatah lagi dalam usia lewat 40an, Susan kelihatan anggun dan awet muda dalam kelas tersendiri. Pendek kata, kalau orang kata anak dara pun mesti ramai yang percaya!
Difahamkan jelitawan ini mempunyai darah kacukan Inggeris, Portugis dan Sinhalese. Menyertai pertandingan Ratu Cantik Malaysia, populariti Susan Manen terus melonjak dalam industri seni apabila menerima tawaran berlakon dalam filem Penyu arahan Z.Lokman.
Pada tahun 1998, wanita ini membuat keputusan memeluk agama Islam dan berkahwin dengan aktor berbakat besar, Mustapha Kamal. Sejak bergelar isteri, dia dilihat memperlahankan kerjaya seni demi memberi tumpuan kepada keluarga dan anak-anak.
Hasil perkongsian hidup selama lebih dua dekad, pasangan selebriti ini dikurniakan empat cahaya mata comel iaitu Sabella Qawiema, 23 tahun; Aulia Qayyiem, 21 tahun; Salsabil Qurani, 19 tahun dan Naqli Qaddiem berusia 11 tahun.
Beberapa kali muncul berlakon di samping suami tercinta, kecantikan wanita yang meniti usia 48 tahun ini cukup dikagumi penonton. Dengan sepasang mata cantik, hidung mancung dan bibir mungil tidak hairanlah dia tetap menjadi buruan pengarah dan agensi pengiklanan.
Di samping aktif dengan kerjaya seni, Susan juga rancak mengusahakan bisnes ‘Yummilicious Cakes by Susan Manen’ yang menghasilkan Sambal Bilis Garing dan aneka jenis kek.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika dilihat pada raut wajah yang dimiliki, pasti ramai diantara kita yang tidak dapat meneka usia yang dimiliki oleh pemilik nama penuh Sasha binti Mohd Saidin atau lebih mesra disapa sebagai Sasha Saidin ini.
Punyai raut wajah kacukkan membuatkan ramai terkejut saat mengetahui bahawa Sasha kini sudah pun berusia 46 tahun. Mana tidaknya, dalam usia menghampiri 50an kakak kepada pelakon kacak Zain Saidin ini juga amat pandai jaga badan dan penampilanya.
Ketika dihubungi Nona, Sasha yang kini menetap di Dubai menzahirkan rasa syukur apabila dikurniakan kesihatan yang baik dan rupa paras jelita. Dalam nada merendah diri, ibu kepada Adam Arya ini berkongsi amalan kecantikan yang diamalkanya.
Zahir Rasa Syukur Dikurnia Kesihatan & Rupa Paras Jelita
“Rutin tak banyak mana cuma kami beruntung bila ada yang kata saya dan Zain nampak muda dari usia. Kalau tengok Arya dan Aaisyah (anak Zain dan Che Ta), gen mak keturunan Inggeris memang kuat.
“Dari anak-anak sampai ke cucu warisi gen mak. Alhamdulillah, mak pun nampak muda dari usia, fizikal dan mental.
“Bahkan masa saya remaja umur 13 ke 14 tahun dulu muka saya nampak lebih macam budak-budak lagi. Sebabkan wajah keanak-anakan, saya tak popular dalam kalangan budak lelaki yang ingat saya masih kanak-kanak. Tapi sekarang ia satu kelebihan buat saya,” dedahnya sambil ketawa.
Ini Amalan Dan Petua Yang Masih Diamalkan Sasha Hingga Kini
Ketika disoal adakah terdapat sebarang amalan-amalan atau petua kecantikkan yang diamalkanya hingga kini, ini respon yang diberikan oleh Sasha!
“Dari dulu saya pastikan muka bersih dan cuci mekap. Penat macam mana pun saya akan cuci muka dan tak masuk tidur tanpa buang mekap. Saya juga guna skrub di T-Zone dan bahagian hidung. Pakai pelembap, dan letak minyak kelapa dara untuk kesihatan rambut.
“At my age, rambut still sihat. Dari dulu sampai sekarang, saya letak minyak tersebut yang ada bau bunga jasmin sekurang-kurangnya once every two weeks. Sekarang pun saya dah mula pergi gym dulu tak pernah pergi. Pergi sebab suami aktif ke gim. Kalau tak sempat, saya pergi walk at least 5 km or more. To get the heart going and stamina.
“Sejak usia cecah 40 tahun ke atas, jujur berat badan sebenarnya dah naik. Masa remaja dulu saya bertuah sebab high metabolism walau kuat makan tapi tak naik berat. Dalam kalangan Elite pun saya yang paling kuat makan. Bila dah 40, susah nak turun berat badan.
“Sekarang semua kena sederhana. Makan kena cut down. Kalau dah berumur nak kurus macam dulu tak boleh dah. Jadi, saya akan enjoy pergi gim sambil tengok Netflix ke. Tapi tak terlalu ekstrem dan kira kalori makanan. Yang penting, moderation dan terus amal gaya hidup aktif serta sihat,” jelasnya lagi.
Untuk rekod, Sasha melangsungkan perkahwinan kali ketiga bersama duda anak dua, Sirhan Wahab pada Januari 2020 dan pasangan ini menetap di Dubai.
Empat tahun berada di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sasha yang juga suri rumah tangga tetap aktif dan bekerja secara sambilan di sana sebagai pengacara majlis, modelling dan memenuhi tawaran nyanyian.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Tidak perlu mengupah jemari profesional untuk bersolek, asalkan anda tahu mengaplikasi warna untuk menyerlahkan sepasang mata yang menarik. Nona merungkai 10 helah bijak dari jurusolek terkemuka agar stail solekan mata yang dioles membuat aset wajah terlihat lebih bermaya!
Seperti magnet, mata setiap wanita punya daya kuasa yang mempesona. Menjadi penarik, jikalau pandai melirik serta dirias warna-warna etnik. Biru firus, hijau nilam dan ungu, tiga nuansa misteri yang bila dipadu, mencipta keindahan yang membingkai wajahmu. Mata itu ibarat jendela, lalu serlahkannya agar sempurna…
Helah #1 – Atasi visual mata ‘jatuh’ dengan pembayang rona cerah atau nude, betul-betul di atas garisan kening anda. Menurut Pengarah Artistik Trucco Cosmetics, Jo Davis, rona cerah ini akan mencipta ilusi kening yang tinggi dan membuatkan mata yang letih nampak segar.
Helah #2 – Bimbang jika garisan eyeliner menjadi comot? Samarkan dengan sapuan serbuk pembayang mata rona sepadan. Trik untuk memastikan garis ini berkekalan, pastikan anda menyapu krim mata, diikuti sapuan bedak terlebih dahulu.
Helah #3 – Jadikan mata anda tampak lebih besar dengan menggunakan alat pelentik bulu mata. “Mulakan dari bahagian yang paling hampir dengan pangkal mata dan perlahan-lahan gerakkan pelentik hingga ke hujung.” Kata pakar solekan Napoleon Perdis.
Helah #4 – Gemarkan maskara kalis air tapi malas untuk mencucinya? Menurut jurumekap selebriti, Nick Barose, kenakan selapis maskara biasa dahulu kemudian diikuti maskara kalis air di atasnya.
Helah #5 – Cipta pandangan yang segar dengan penggunaan penggaris mata rona putih atau nude di bawah alis mata. Tekan pipi ke bawah sehingga anda dapat melihat garis ‘dalam’ mata. Menggunakan pensel, layangkan garisan nipis.
Helah #6 – Dapatkan rupa mata yang muda dengan mengusap krim mata di sekeliling lingkaran mata untuk mengurangkan visual garis kedutan. Kemudian pedapkan penyamar cela di bahagian lingkaran gelap agar warna kulit muncul sekata.
Helah #7 – Pembayang mata adalah asas solekan terbaik untuk melindungi kedutan. Berbanding rona-rona lembut, pilihlah rona-rona tanah atau gelap bagi menampakkan kesegaran. Highlight bahagian dalam mata dengan rona emas dan kenakan maskara.
Helah #8 – Sesekali tampil seksi dengan solekan wanita Arab pasti dapat menyerlahkan wajah, apa lagi jika matamu dilatari warna-warna gelap dan dicalit serbuk emas atau perak pada kelopak mata. Ciri utama yang penting adalah calitan celak bersayap pada penjuru mata (cat eyes) dengan gincu berona pucat.
Helah #9 –Pastikan anda melabur pada lensa kaca mata yang berkualiti dan tidak memantul cahaya (anti-reflection) agar solekan mata kelihatan menyerlah. Solekan yang ringkas cukup dengan sekadar menggaris mata dan kening yang kemas.
Helah #10 – Lihatlah solekan sebagai satu pakej yang lengkap. Solekan mata galak harus dipadukan gincu tipis dan sedikit pucat, manakala gincu yang terang harus dipadankan solekan mata yang neutral.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terpegun peminat melihat kejelitaan adik kepada pelakon, Anzalna Nasir ini. Tak dinafikan solekan Khir Khalid berjaya menyerlahkan seri pengantin Afifah Nasir. Bukan hanya wajah yang berseri-seri, persalinan pengantin juga menarik perhatian ramai!
Bakat solekan Khir yang terkenal dalam kalangan selebriti dan golongan VVIP tidak perlu dipertikai lagi. Solekannya yang fresh dan bertaraf antarabangsa menjadi rebutan individu wanita ternama.
Antara wajah-wajah figura terkenal yang pernah mendapatkan khidmat Khir termasuklah Datin Seri Camelia Khan, Dayang Nurfaizah, Scha Alyahya, Neelofa dan Mira Filzah.
Terbaharu, Afifah atau nama sebenarnya Nur Afifah Md Nasir tidak ketinggalan mengambil khidmat solekan Khir untuk hari bahagianya pada 5 Mei lalu.
Ternyata pilihan anak keempat daripada lima beradik perempuan ini memilih Khir Khalid sebagai makeup artist di hari pernikahan dan persandingan mendapat pujian peminat.
Terus naik seri pengantin Afifah Nasir!
Afifah yang kini berusia 31 tahun sah bergelar isteri kepada Syed Hariz dengan sekali lafaz di hotel bertaraf lima bintang, St. Regis Kuala Lumpur!