Bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan, Tunku Ampuan Najihah Mangkat Usia 100 Tahun

Innalillahwainnailaihirojiun. Merafak sembah takziah buat seluruh kerabat Negeri Sembilan di atas berita sedih kemangkatan Yang Maha Mulia (YMM) Tunku Ampuan Tuanku Najihah binti Tunku Besar Burhanuddin.

Almarhumah mangkat di Hospital Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur pada 6.53 pagi tadi.

Bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan, YMM Tunku Najihah baharu sahaja menyambut hari keputeraan ke-100 pada 1 September lalu.

Kredit Instagram @gdtjns
Kredit Instagram @gdtjns
Kredit Instagram @gdtjns
Kredit Instagram @gdtjns

Almarhumah adalah Raja Permaisuri Agong kepada Yang di-Pertuan Agong ke-10 Almarhum Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman dari tahun 1994 hingga 1999.

Perkhabaran kemangkatan itu dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zafir Ibrahim menerusi satu kenyataan hari ini.

Memetik kenyataan itu, “Jenazah akan disemayamkan di Istana Besar Seri Menanti dan dimakamkan di Makam Diraja Seri Menanti pada hari ini, 8 September 2023 bersamaan dengan 22 Safar 1445H selepas waktu Asar.

Kredit Instagram @gdtjns
Kredit Instagram @gdtjns
Kredit Instagram @gdtjns
Kredit Instagram @gdtjns

“Tempoh perkabungan bagi kemangkatan Almarhumah Yang Maha Mulia Bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan adalah selama satu hari iaitu pada hari ini, Jumaat, bersamaan dengan 8 September 2023.”

Datuk Mohd Zafir memaklumkan semua bendera hendaklah dikibarkan separuh tiang di seluruh Negeri Sembilan sepanjang tempoh perkabungan yang ditetapkan.

Selain itu, semua masjid dan surau di Negeri Sembilan digalakkan mengadakan majlis tahlil dan doa.

Semoga roh Almarhumah dirahmati Allah dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/cucu-ydp-agong-ke-10-ym-tengku-asra-jehan-kerabat-diraja-yang-merendah-diri-soft-spoken/

Share
Published by
Suzi