Berapa usia anda sekarang? Pernah tidak anda merasa lelah dan cepat penat bila bertugas, sehinggakan sampai satu masa anda rasa nak mengalah dan berhenti. Apalah sangat dengan skop kerja dan usia anda, jika ingin dibandingkan dengan seorang nenek di Jepun ini yang dilihat masih aktif bekerja walaupun sudah berumur 90 tahun!
Di Jepun, tular kisah seorang nenek yang sudah bekerja selama 25 tahun di sebuah restoran makanan segera (fast food) di ibu kota Tokyo.
Menurut sumber Kumanichi, nenek berkenaan yang dikenali sebagai Tamiko Honda kini dianggap sebagai pekerja paling setia dan komited di Jepun kerana masih bertenaga bekerja lima hari seminggu.
Dikatakan, Tamiko Honda mengulangi rutin yang sama sepanjang 23 tahun seperti bangun seawal jam empat pagi dan masuk ke tempat kerja pada jam 7.30 pagi, dan sehingga kini masih belum menunjukkan tanda tanda dia mahu bersara dalam masa terdekat.
Nenek berusia 90 tahun itu menyatakan bahawa bekerja dan berbual bersama orang ramai mampu memberi motivasi dalam dirinya untuk terus positif. Dan dikhabarkan Tamiko nekad akan terus bekerja sehingga usianya 100 tahun.
Honda merupakan pekerja paling tua daripada 190,000 staf wanita di restoran ‘fast food’ itu di seluruh negara Jepun. Difahamkan, keluarga Honda sudah menasihati wanita itu supaya bersara, namun dia menegaskan bekerja salah satu cara untuk kekal sihat.
Kita yang baru nak masuk usia 30 & 40 tahun ini pun dah rasa macam nak bersara kan!
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
This website uses cookies.