Anak-anak merupakan amanah yang perlu ditatang bagai minyak yang penuh. Segala-gala tentang kanak-kanak dan bayi perlu penjagaan ekstra terutama kesihatan.
Kulit bayi juga perlu dipelihara sempurna agar tidak timbul ruam atau iritasi yang berbahaya. Oleh itu pilih mandian bayi yang lembut dan bebas daripada bahan kimia demi kesejahteraan mereka.
Rangkaian penjagaan kulit bayi dan kanak-kanak, Buds for Kids telah memperkenalkan koleksi organik dengan wajah baharu. Dua haruman buah-buahan mandian gel iaitu Raspberry dan Tutty Fruity telah ditambah yang menampilkan empat karakter raksasa comel untuk menjadikan waktu mandian lebih menyeronokkan serta diingati oleh anak-anak.
Ads
Pendedahan yang berpanjangan kepada bahan kimia yang terdapat dalam gel mandian atau wangian biasa mungkin boleh menyebabkan ruam, tindak balas alahan, malah ekzema kepada kanak-kanak. Untuk mengelakkan reaksi tersebut, penjagaan khas perlu diambil dengan memilih gel mandi dan syampu yang sesuai untuk kanak-kanak.
Tip Pilih Produk Mandian Kanak-kanak
Ads
Baca label kandungan di bahagian belakang botol produk gel mandian dan syampu sebelum membeli.
Semak jika tertera Sodium Lauryl Sulfate atau SLS iaitu bahan kimia yang sering dijumpai di dalam kebanyakan produk pembersihan seperti syampu, sabun, gel mandian, sabun basuh baju, cecair kumur dan ubat gigi. Ia mempunyai sifat-sifat menghakis (itulah sebabnya ia digunakan di dalam bahan pencuci lantai dan pinggan!) dan terbukti menyebabkan iritasi pada kulit dan mata.
Peraduan ‘Menamakan Raksasa Comel’
Ads
Sempena meraikan wajah baharu, Buds for Kids menjemput kanak-kanak untuk bersama-sama mengenali lebih lanjut empat ekor raksasa comel mereka.
Setakat ini, kesemua raksasa comel itu belum diberi nama dan menjemput rakan-rakan mereka, iaitu kanak-kanak untuk menamakan mereka.
Sehubungan itu, Buds for Kids akan mengadakan peraduan menerusi Facebook untuk memudahkan kanak-kanak menamakan keempat-keempat raksasa comel yang dipamerkan pada produk daripada 28 September sehingga 31 Oktober 2017. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
PELAKON dan penyanyi, Ayda Jebat berkongsi khabar gembira mengenai dirinya yang kini sedang hamil anak kedua. Menurut Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, kandungannya sudah masuk lima bulan dan dia dijangka bersalin awal Disember depan.
“Memandangkan kini saya sedang menjalani penggambaran, saya berterima kasih kepada semua pihak yang memahami keadaan saya. Walaupun bukan semua tahu saya sedang hamil, tetapi saya terharu dengan kerjasama daripada semua pihak,” katanya.
Ayda membuat pengumuman istimewa itu bersama suaminya, Nabil Mahir ketika menghadiri sidang media pelancaran drama terbaharu lakonannya, Bukan Cinta Sempurna di Pavilion Bukit Bintang pada Selasa.
Selain Ayda, drama terbabit turut dibintangi Amar Baharin, Fadlan Hazim, Shah Iskandar, Hanna Aqeela, Neera Azizi dan ramai lagi.
Ayda Jebat turut berkongsi posting di Instagram miliknya bagaimana dia ‘membuka rahsia’ kehamilannya kepada Nabil dan keluarga ketika sambutan Aidilfitri lalu. Kini, usia kandungan Ayda sudah memasuki angka 5 bulan dan dia turut menitipkan pesanan buat para peminatnya untuk mendoakan perjalanan kehamilannya kali ini.
“Minta semua doakan Ayda dan kandungan sentiasa sihat. Terima kasih dan sayang semua,” ujarnya.
Terdahulu, Ayda Jebat pernah merancang untuk hamil anak kedua selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Keputusan tersebut diambil kerana ingin mengelakkan jarak usia yang terlalu jauh antara anak-anaknya kelak. Dia dan suami, Nabil Mahir meletakkan hasrat untuk memiliki tiga orang cahaya mata dalam keluarga mereka.
“Tidaklah banyak tetapi memang sudah rancang untuk memiliki anak seramai dua atau tiga orang,” ujar Ayda Jebat.
Ayda dan Nabil berkahwin pada 1 Januari 2021 dan dikurniakan anak perempuan, Ana Nayla yang kini berusia dua tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila menyebut tentang rumah orang-orang tua, pasti terbayangkan sikap tidak bertanggungjawab waris untuk menjaga kebajikan ibu atau bapa apabila usia mereka semakin meningkat.
Pandangan tersebut ada kebenarannya, tetapi pada hakikatnya, di zaman yang moden ini, stigma rumah orang tua-tua perlu diberi pandangan yang mulia untuk kebajikan warga emas di hari tua.
Masyarakat perlu mengubah stigma bahawa kediaman warga emas sebagai pusat perlindungan yang menghimpunkan pelbagai kisah duka dan pilu segelintir ibu bapa yang dipinggirkan oleh anak-anak, boleh digarap dengan naratif yang lebih positif.
Gambar Hiasan
Antara langkah proaktif yang boleh dilakukan adalah dengan membina pusat penjagaan warga emas bertaraf dunia yang lengkap dengan fasiliti dan infrastruktur secara terancang. Sekaligus, ia menawarkan pelbagai aktiviti riadah menyeronokkan, juga majlis ilmu yang boleh meningkatkan kerohanian sebagai persediaan terakhir mereka. Jika di luar negara, telah banyak konsep retirement home ini diperkenalkan namun ia masih agar ‘hijau’ di kalangan masyarakat terutamanya masyarakat Melayu di Malaysia.
Memahami kepentingan warga emas sewajarnya dilindungi, Alphacapital (M) Berhad, Rakyat Trustee Berhad, dan Seterra Group of Companies, memeterai usahasama melalui satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang diadakan di Daigor Hong Kong Style Muslim Restaurant, Jumpa @ Sg Wang, baru-baru ini.
Menurut Lembaga Pengarah Alphacapital (M) Berhad , Tuan Syed Mahadzir Fadaak berkata, pihaknya menyasarkan pelaburan sebanyak RM100 juta untuk melaksana dan menggerakkan projek ini.
“Sinergi tiga hala membabitkan tiga entiti ini bukan sekadar membangunkan sebuah projek, akan tetapi turut memastikan pelaburan yang dibuat pelabur dapat diuruskan secara sistematik, berwibawa dan amanah.
“Disini peranan Alphacapital (M) Berhad adalah sebagai syarikat pelaburan. Manakala Rakyat Trustee Berhad pula bertindak sebagai Pemegang Amanah. Sementara Seterra Group of Companies mengerakkan projek ini dan mengumpul data pelabur berpontensi.
“Sasaran pelabur kami adalah golongan T20 yang ingin melabur untuk saham akhirat mereka,” katanya.
Isu kediaman selepas persaraan sebelum ini pernah dibahaskan dan ianya tidak boleh dipandang enteng, apatah lagi Malaysia dijangka mencapai status negara menua pada 2030 apabila 15 peratus penduduknya berumur 60 tahun ke atas.
Pengarah Seterra Group of Companies, Yang Mulia Raja Dhiyauddin Raja Amir, dalam kenyataannya berkata, pada masa ini terdapat kira-kira dua juta warga emas berusia 60 tahun ke atas di Malaysia.
“Menurut laporan statistik penduduk, Malaysia hari ini dihuni 7 peratus warga emas berusia 60 tahun dan keatas. Dijangka mencapai status negara menua pada 2030 kerana 15 peratus penduduknya terdiri daripada golongan yang berusia 60 tahun ke atas”-Yang Mulia Raja Dhiyauddin Raja Amir
Gambar hiasan
“Dimanakah warga emas ini akan ditempatkan sekiranya tanggungjawab menjaga mereka tidak dapat dipikul anak-anak? Atau mereka sendiri yang memilih untuk menetap dengan rakan seusia kerana seronok melakukan aktiviti kerohanian bersama-sama. Dimana pihak pengurusan rumah warga emas bertanggung jawab menyediakan perkhidmatan menguruskan kebajikan, memantau kesihatan dan melaksanakan aktiviti.
“Konsep rumah warga emas bakal bina bukan seperti yang pusat perlindungan sedia ada. Contoh jika warga emas ini mahu keluar beriadah di pusat membeli-belah misalnya, akan ada pemandu yang bawa mereka untuk tujuan itu.
“Justeru kediaman selepas persaraan dilihat sebagai pelaburan yang berpotensi dalam menjana ekonomi negara dan pada masa sama memberi kehidupan yang lebih baik untuk warga emas di Malaysia, mungkin juga konsep ini dapat digunakan di peringkat global,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Rakyat Trustee Berhad, Faudzi Mt Din, pula berkata, peranan syarikatnya adalah menjadi pemegang amanah yang mengurus dan melaksanakan arahan dan mandat pelabur secara telus, cekap dan sistematik, sekaligus memastikan matlamat asal pelabur untuk tujuan kebajikan terlaksana.
“Pendekatan ini salah satu cara alternatif untuk membantu pelabur menguruskan kewangan mereka yang berhasrat melakukan kerja amal dan membina jambatan pahala melalui pelaburan yang dibuat.
“Sebagaimana umum tahu di Malaysia terdapat harta pusaka bernilai RM90 billion yang dibekukan dan tidak dapat dituntut oleh ahli keluarga. Keadaan ini mungkin disebabkan hutang piutang yang tidak dilangsaikan semasa hayat.
“Katakanlah pelabur itu adalah pesara, mereka menjual aset untuk membayar hutang-hutang yang ada. Sebahagian daripada keuntungan yang diperoleh, mereka laburkan kepada Alphacapital dan pihak kami bertindak menguruskan kewangan mereka. Pelabur yang merupakan warga emas ini masih mempunyai kediaman selepas persaraan yang disediakan kami, dalam masa sama mereka bebas hutang,” katanya.
Tambahnya lagi, pelabur berpotensi itu tidak semestinya warga emas yang menyumbang kepada projek ini tetapi sesiapa saja individu perseorangan atau syarikat yang berminat. Sinergi 3 hala membabitkan tiga entiti ini tidak hanya tertumpu pada pembinaan kediaman selepas persaraan sahaja tetapi juga projek-projek berpotensi lain yang membawa kebaikan kepada ummah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masihkah anda ingat dengan rancangan PM Live! terbitan Astro yang dikendalikan oleh Radin serta Hana Ismail? Yang pasti kepetahan dan aura Hana Ismail mengacarakan program tersebut menjadi titik tolak kepada perjalanan karier Hana Ismail sebagai salah seorang pengacara yang dilihat semakin bersinar.
Dikurniakan dengan personaliti menarik, handal dan bijak berkata-kata menjadikan Hana Ismail seorang personaliti TV yang kian mendapat tempat di hati penerbit rancangan serta stesen-stesen TV sedia ada. Meninjau semula di awal kemunculan Hana, bakatnya sebagai seorang pengacara mula diasah menerusi program On Air kendalian Astro Malaysia pada tahun 2012.
Selain bakat dianugerahkan, Hana yang kini berusia 36 tahun juga seorang wanita yang berpendidikan. Dia yang berkelulusan jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TSEL) daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan pengacara seangkatan dengan Dahlia Shazwan dan Hefny Saad.
Sebelum ini, Hana yang lahir dan dibesarkan di Johor Bharu ini pernah mengendalikan beberapa program di bawah Astro seperti Buletin Awani, Raikan Cinta dan PM Live! Astro sebelum Hana disunting oleh saluran TV Alhijrah. Di stesen baharu ini, Hana banyak muncul mengacarakan program-program islamik dan ilmiah seperti Assalamualaikum TV Alhijrah yang keudara dari jam 7.00 pagi pada setiap hari serta program Kemanisan Iman Bersama Al Quran pada setiap hari Rabu jam 8.30 malam. Hana juga hebat dan berkemahiran dalam menerbitkan rancangan.
NONA mendoakan semoga Hana Ismail terus maju jaya dengan kariernya dan diharapkan menjadi pelapis dalam bidang pengacaraan serta inspirasi buat semua wanita di luar sana.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama Kasih Iris Leona, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman ini sering menjadi perhatian. Selain kisah kejayaan akademik cemerlang dan penampilannya yang memikat, apa saja perkongsian dibuat gadis ini pasti meraih tumpuan khalayak ...