Ramai yang memuji kejelitaan selebriti Siti Elizad Mohamad Sharifuddin berhijab. Siti Elizad mengakui bahawa masih dalam proses penghijrahan dan masih belum sempurna. Slowly but surely, tulisnya di laman media sosialnya. Semoga wanita tinggi lampai ini terus istiqamah dan diberikan ketetapan iman untuk terus berhijab.
Apa yang menariknya baru-baru ini wanita yang mempunyai hobi menunggang motorsikal berkuasa tinggi ini berkongsi tentang usahanya menghafal beberapa surah di dalam Al-Quran. Kongsi wanita ini di laman media sosialnya, “KEMANISAN musim pandemic, saya cuba hafal beberapa surah.
Kagum mendengar hafazan Siti Elizad. Semoga terus berusaha memperbaiki bacaan dan mana tahu boleh menjadi AlHafizah dan dimakbulkan doa untuk mendapat zuriat.
Ads
Sebelum ini wanita yang berusia 37 tahun ini pernah berkongsi mengambil keputusan untuk melakukan IVF kerana bimbang sista yang telah dibuangnya dahulu datang kembali.
Siti Elizad juga pernah hamil setelah melakukan prosedur IVF namun hanya mampu bertahan selama seminggu. Biarpun kecewa namun Siti Elizad sentiasa positif dan tak mengaku kalah. Kagum dengan semangat Siti Elizad kerana tetap mahu berusaha tanpa mengenal putus asa dan sentiasa bersangka baik dengan ujian Allah.
Demi menggalas amanah keluarga terutamanya bapa mereka, kini dua wanita hebat iaitu Firdaus dan Farah Dato’ Hussamuddin sahut cabaran jadi CEO muda dan sambung legasi Kumpulan Media Karangkraf.
Bukan senang meraih kepercayaan ketika mula-mula menerima amanah daripada bapa mereka. Di tengah-tengah kemelut ekonomi dan zaman kemerosotan bahan bacaan seperti buku dan majalah, berdiri dua sosok adik-beradik ini meneruskan syarikat warisan keluarga mereka.
Firdaus Dato’ Haji Hussamuddin, 46 tahun kini merupakan Pengerusi Kumpulan Karangkraf yang juga anak sulung kepada Dato’ Haji Hussamuddin Yaacub. Sementara Farah Dato’ Haji Hussamuddin, 42 tahun adalah CEO Grup Sinar Karangkraf yang bertanggungjawab terhadap seluruh operasi penerbitan akhbar Sinar Harian.
Langkah demi langkah, dengan komunikasi yang telus dan konsisten, dua wanita besi ini melangkah sebagai generasi kedua yang menghidupkan semula roh Karangkraf dengan jiwa dan nafas baharu.
Kedua-duanya humble dan bijak menyusun kata. Persis bapa mereka yang cukup disegani dalam dunia penerbitan tanah air, Firdaus dan Farah melambangkan wanita masa kini yang berkerjaya, ibu dan anak penyayang serta pemimpin yang dikagumi.
Dalam tiap tutur kata terselit janji yang ditepati, membina jambatan kepercayaan yang utuh antara Karangkraf serta anak-anak syarikatnya dengan dunia luar.
Eksklusif dalam Borak CEO, saksikan perkongsian penuh inspirasi ini di bawah…
Menyedari betapa besarnya amanah meneruskan empayar Karangkraf yang sudah kukuh bertapak sejak 47 tahun lalu, Firdaus dan Farah melangkah berani meneroka dunia baharu, meninggalkan bayang-bayang silam demi memastikan Karangkraf terus relevan.
Menerusi kemodenan teknologi, mereka menyelami jiwa generasi baru, memahami suara mereka dan mencipta ruang baharu yang lebih segar serta dinamik. Platform digital mula diisi, program-program pembangunan bakat menjadi suluh, membawa Karangkraf kembali berdiri megah.
Demi menggalas amanah keluarga terutamanya bapa mereka, kini dua wanita hebat iaitu Firdaus dan Farah Dato’ Hussamuddin sahut cabaran jadi CEO muda dan sambung legasi Kumpulan Media Karangkraf.
Tetapi ini bukan sekadar cerita kebangkitan semula sebuah syarikat. Ini adalah kisah dua insan yang mengangkat tinggi maruah, nilai integriti, inovasi, dan komitmen untuk masyarakat.
Mereka menjadi bukti bahawa legasi yang diwarisi mampu dijelmakan menjadi kekuatan baharu, asal sahaja keberanian untuk berubah tetap membara di jiwa.
Buat anda yang dahagakan inspirasi, tontonlah sendiri perjalanan luar biasa Firdaus dan Farah Hussamuddin dalam episod penuh #BorakCEO.
Dengarlah sendiri bagaimana mereka menghidupkan semula api yang hampir padam, agar kita sama-sama terinspirasi untuk menghidupkan kembali impian kita yang mungkin tertunda.
STRES adalah masalah paling utama yang dihadapi oleh pasangan suami isteri yang bekerjaya. Akibat daripada masalah tersebut, kedaan rumah tangga menjadi tidak tenteram, bahkan ia boleh membawa kepada perceraian. Bukan rumah tangga sahaja yang terancam, ia juga turut melibatkan prestari kerja. Ini kerana antara rumah tangga dan kerjaya mempunyai kaitan yang sangat rapat.
Walau pun ada yang berkata, masalah rumah jangan dicampur-adukkan dengan masalah kerja, namun berapa peratus individu yang mampu melakukannya?
Hakikatnya, mereka yang berjaya dalam kerjaya datang daripada atau mempunyai keluarga yang bahagia. Jadi bagaimana kebahagiaan itu ingin dimiliki, hindarilah stress!
Punca utama stres ialah konflik. Konflik yang timbul di antara sesuatu pasangan suami isteri yang tidak diselesaikan, akan menimbulkan masalah stres. Cara pengurusannya juga bebeza mengikut setiap individu. Punca atau faktor stres terbahagi kepada dua iaitu kehidupan dan pekerjaan:
FAKTOR KEHIDUPAN:
– Tragedi atau sesuatu peristiwa hitam yang tidak mampu dilupakan. Tidak kira sama ada ia melibatkan pasangan atau pun tidak.
– Karenah hidup seperti di rumah, masa, dalaman, persekitaran dan kewangan.
– Tekanan hidup.
FAKTOR PEKERJAAN:
– Tuntutan kerja.
– Konflik peranan.
– Kesamaran tugas atau bidang kerja yang tidak jelas.
– Terlalu banyak atau tidak ada kerja. Terlalu banyak mereka akan mearasa terbeban sebaliknya jika tidak ada kerja akan membuatkan dirinya seperti kera suumbang.
– Perubahan kerja. Seperti ditukarkan ke bahagian lain sedang dia masih gagal untuk menyesuaikan diri.
– Tanggung jawab.
– Kurang sokongan sosial.
– Persekitaran tempat kerja
Dalam menangani masalah ini,ianya tidak boleh dilakukan dengan cara yang sama di antara setiap orang. Ini kerana, setiap individu itu adalah berbeza. Antara perbezaan tersebut:
– Kebolehan mental. Ada orang yang mudah menerima idea atau pendapat orang lain. Tetapi tidak bagi sesetengah individu lain.
– Kemahiran komunikasi, pendengaran dan interpersonal.
– Personaliti, sikap dan nilai (ada yang positif dan ada juga yang negatif)
– Jantina (antara lelaki dan wanita – secara keseluruhannya adalah berbeza. Seperti tindakan, pemikiran, penampilan, pertuturan dan sebagainya.)
Jika masalah stres ini tidak diatasi dengan segera, ia boleh meninggalkan kesan yang negatif terhadap kesihatan dan emosi.
Kesan pada kesihatan:
• Pening kepala
• Migrain
• Jerawat
• Mual-mual / muntah
• Sakit perut
• Gastrik
• Darah tinggi
• Sakit jantung
• Sakit sendi
• Ekzema
• Ulser
Kesan ke atas emosi:
• Tertekan
• Resah
• Cepat marah
• Tiada selera makan
• Susah tidur
• Kurus kering
• Lemah mental
Tidak dinafikan, ada di kalangan individu yang gagal membezakan kedudukannya di antara di pejabat atau di rumah. Baik suami mahu pun isteri. Contohnya di pejabat isteri menjadi ketua jabatan, balik ke rumah pun dia masih terbawa-bawa kedudukannya itu. Perlu diingat, setiap pasangan suami isteri yang berkerja, mereka mempunyai dwi-fungsi peranan dan tanggung jawab. Iaitu antara kerjaya dan keluarga.
Dari segi peranan, mereka perlu membezakan, di rumah berperanan sebagai isteri dan di pejabat pula sebagai pekerja. Begitu juga dengan suami, di rumah sebagai suami dan di pejabat sebagai pekerja atau majikan. Begitu juga halnya dari segi tanggung jawab. Mereka perlu tahu apa tanggung jawab mereka di rumah dan apa pula tanggung jawab di pejabat.
Jika seseorang itu bijak dalam melakukan tugas-tugas di pejabat dan berjaya dalam kariernya, mengapa ianya tidak diaplikasikan di rumah? Mereka juga harus bijak dalam menguruskan rumah tangga. Sebenarnya tidak susah untuk mengaplikasikannya. Yang penting kebijaksanaan.
Apabila kita bijak, kita tidak akan stress.
Setiap pasangan suami isteri yang berkerjaya agar jangan sesekali masalah di pejabat di bawa pulang ke rumah. Dan masalah di rumah pula, tidak dibawa ke pejabat. Sudah tentu kita tidak mahu penyakit yang berpunca daripada stres itu membelenggu kehidupan kita dan mengganggu kebahagiaan rumah tangga kita. Jadi, berusahalah untuk menghindari stres.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Suatu ketika dahulu usahawan terkenal yang juga anak tiri kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid dilarang berkahwin pada usia muda dengan penyanyi dan pelakon, Tya Arifin. Apatah lagi, ketika itu dia tidak memiliki kedudukan kewangan yang stabil dan dibimbangi tidak dapat melayari bahtera perkahwinan dengan lancar.
Namun, Asyraf 32, atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf Khalid nekad untuk mendirikan rumah tangga dengan Tya yang berasal dari Indonesia dengan alasan rezeki orang berkahwin dijanjikan rezeki yang luas oleh Allah SWT.
Yakin Murah Rezeki Jika Berumahtangga Meski Di Usia Muda!
“Apabila cakap nak kahwin, ayah saya terkejut dan dia tidak bersetuju. Apatah lagi ketika itu saya baru berumur 23 tahun. Bukan saja ayah, tapi keluarga juga menyakinkan agar jangan kahwin awal. Lagi pula ketika itu mereka tak pernah berjumpa Tya, sebaliknya tahu artis di Indonesia.
“Saya memang nak kahwin, sebab betul-betul dah jatuh cinta. Selepas keluarga saya berjumpa Tya, semuanya menjadi lebih baik dan lancar. Pendek kata perjalanan cinta saya dengan Tya ambil masa setahun sebelum kami berkahwin pada 1 November 2015.
“Sekarang, bila bapa saya jumpa orang terutama anak muda, dia nasihat cepat kahwin, duit tak ada tak apa, rezeki datang kemudian. Malah, nasihat sama juga dia bagi pada adik bongsu saya,” katanya.
Menurut Asyraf yang mengusahakan perniagaan Jamu Mutyara bersama isteri, rezeki selepas berkahwin dipermudahkan hingga berjaya melancarkan produk kedua di bawah syarikat mereka iaitu Mutyara V-Gin.
“Saya bukan suami yang sempurna, tapi menjadi sempurna sejak kehadiran Tya. Dia wanita yang cantik luar dan dalam. Saya bangga melihat perubahan dan kejayaan dicapai hari ini. Dia juga menjadi lebih berkeyakinan tinggi dan ketua yang baik.
“Alhamdullillah, kami sudah melancarkan produk terbaharu dari Mutyara iaitu Mutyara V-Gin. Ia adalah produk pertama yang dilancarkan selepas Jamu Mutyara, yang mana sudah berada di pasaran.
“Jadi, selama ini kita memberi fokus hanya dengan satu produk, tapi sekarang kita ambil keputusan untuk mengembangkan lagi produk Mutyara selari dengan kehendak dan keperluan pelanggan kita. Alhamdulillah sudah berada di pasaran,” katanya.
Menerusi perkahwinan itu, Asyraf dan Tya dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Arif Jiwa Asyraf, Azzahra Jiwa Asyraf dan Aghnia Amira Jiwa Asyraf.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.