Berstatus ibu tunggal tak bermakna kehidupan seorang wanita itu akan gagal selamanya. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui kerana setiap ujian yang diturunkan sebagai tanda sayang terhadap hamba-hamba Nya. Pasti ada hikmah yang tersirat.

Kagum dengan wanita berani dan berinspirasi ini, Tengku Khairul Adena Tengku Abdullah. Biarpun berstatus ibu tunggal namun wanita berusia 49 tahun yang mesra disapa sebagai Tengku Adena ini bukanlah seorang yang mudah merintih dengan setiap ujian yang menimpa. Selain tenang dan matang, Tengku Adena juga seorang yang sangat positif.

Ads
Belajar Reda & Perbaiki Hubungan Dengan Allah SWT, Rezeki IBU TUNGGAL Ini Kian Melimpah!
Tengku Khairul Adena Tengku Abdullah.

Sejak bergelar ibu tunggal kira-kira empat tahun lalu, Tengku Adena cekal meneruskan kehidupan bersama anak perempuannya yang berusia 20-an. Selayaknya, Tengku Adena digelar superwoman kerana berjaya mengatur kehidupannya dengan baik walau tanpa seorang lelaki bergelar suami.

Tengku Adena kini komited melebarkan empayar niaganya, Royal Adena dan Royal Rendang ke tahap tertinggi. Selain itu, Tengku Adena turut memiliki kilang menjahit tempahan baju korporat serta mengeluarkan produk Royal Cardigan secara ekslusif.

PERNAH MUFLIS

“Kisah yang dikongsikan ini adalah sebagai pengajaran buat diri sendiri dan wanita-wanita di luar sana yang mempunyai nasib yang sama. Sebelum ini, ketika berlaku pergolakan rumahtangga saya sentiasa sibukkan diri kerana tak mahu fikirkan masalah. Saya mula mencari sesuatu sebagai persediaan kerana sudah dapat rasa perkahwinan kami tak dapat diselamatkan lagi. Saya juga banyak membaca tentang kisah-kisah ibu tunggal.

Belajar Reda & Perbaiki Hubungan Dengan Allah SWT, Rezeki IBU TUNGGAL Ini Kian Melimpah!Sehinggalah sampai satu tahap akhirnya saya surrender kerana dah tak sanggup lagi nak tanggung semua masalahnya. Saya juga pernah jatuh muflis kerana dia. Semua wang saya dalam akaun bank dibekukan. Waktu itu saya sangat terkejut dan rasa down.

Nama saya disalahguna sebagai penjamin dan sayalah yang terpaksa menanggung akibatnya. Itulah titik tolak kepada keputusan nekad saya untuk berpisah. Alhamdulillah saya dapat banyak sokongan daripada keluarga, adik beradik dan teman-teman rapat. Kami berpisah secara baik.

Belajar Reda & Perbaiki Hubungan Dengan Allah SWT, Rezeki IBU TUNGGAL Ini Kian Melimpah!
Bersama sahabat baik, Fauziah Latiff yang sentiasa ada di sisi.

MUHASABAH DIRI

“Selepas apa yang berlaku saya banyak muhasabah diri. Saya betulkan semula hubungan dengan Allah SWT. Saya kerap mengadu dan menangis di sejadah, yakin Dia Maha Mendengar. Saya yakin Dia bagi dugaan ini kerana ada sebab. Selain banyakkan solat sunat, saya banyakkan sedekah setiap hari. Ia umpama back up untuk mendapatkan ketenangan hidup.

Alhamdulillah kini saya pun dah boleh move on. Sekarang saya nak kekalkan momentum bisnes dan kehidupan. Saya berusaha dan tawakal kepada Allah SWT. Sejak menjadi ibu tunggal saya lebih faham masalah-masalah golongan ini. Saya banyak mendengar tazkirah, belajar tentang kerohanian.

Ads

Bagi saya kena belajar redha baru hati tenang. Sangka baik, Allah SWT akan bagi yang baik-baik,” kongsi Ketua Pengarah Skuad Kasih dan Presiden Srikandi ini. Tengku Adena merupakan penerima Anugerah Ikon Usahawanita Selangor dari Dewan Ekonomi Usahawan Malaysia.

Belajar Reda & Perbaiki Hubungan Dengan Allah SWT, Rezeki IBU TUNGGAL Ini Kian Melimpah!
Menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pengarah Skuad Kasih.

HARAPAN

“Anak juga ada menunjukkan minat terhadap bisnes. Dialah yang menjaga bisnes Royal Rendang bahagian pemasaran, sosial media, menjaga outlet dan sebagainya. Alhamdulillah saya dikurniakan staf yang bagus walaupun semuanya perempuan.

Ads
Belajar Reda & Perbaiki Hubungan Dengan Allah SWT, Rezeki IBU TUNGGAL Ini Kian Melimpah!
Bersama ibu dan anak perempuan tunggalnya, Puteri Nadzirah.

Saya harap Royal Adena semakin berkembang. Sekarang belum masanya untuk bersenang lenang kerana saya mahu berusaha gigih untuk membawa jenama ini ke tahap lebih tinggi.

Tip sukses saya, jangan berhenti bersedekah. Saya didik diri sendiri, setiap hari sebelum tiba ke pejabat saya akan singgah surau atau masjid berhampiran untuk bersedekah. Bermula dengan nilai yang kecil, kemudian naikkan sedikit demi sedikit. Yang penting ikhlas.

Belajar Reda & Perbaiki Hubungan Dengan Allah SWT, Rezeki IBU TUNGGAL Ini Kian Melimpah!
Tengku Adena juga aktif dalam aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan.

Belajar Reda & Perbaiki Hubungan Dengan Allah SWT, Rezeki IBU TUNGGAL Ini Kian Melimpah!Antara hikmah yang saya belajar atas apa yang berlaku ialah yakin dengan aturan Allah SWT, redha dan tenang,” akhiri Tengku Adena yang kini aktif sebagai motivator.

Kredit Foto: Instagram Tengku Adena & Puteri Nadzirah

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI