Gaya Hidup

Bella Astillah Anggun Berhijab, Kini Wajah Eksklusif Koleksi Tudung Edisi Kedua DOAAZ by AZ Pemurah AZ Flover

DOA AZ, sebuah jenama yang diilhamkan oleh pempengaruh Tiktok dan Instagram, AZ pemurah kembali lagi dengan melancarkan edisi kedua DOA by AZ Pemurah yang diberi nama AZ Flover, di mana koleksi kali ini mengambil tema bunga dan floral yang semestinya lebih dekat dengan hati para hijabi yang sentiasa inginkan tudung dengan rekaan menawan, mudah dibentuk serta harga yang berpatutan.

Pengasas DOA by AZ Pemurah yang mesra disapa Kak AZ dan Abang Ben.

Mempercayai para hijabi juga berhak untuk bergaya dan fesyen tidak semestinya perlu berlebihan, pengasas AZ Pemurah yang mesra disapa Kak Az dan suami Abang Ben, berkata koleksi ini merupakan soroton kejayaan pelancaran edisi Gempak Raya yang diadakan Februari lalu malah cukup mendapat sambutan hangat.

Minat pengasas yang mendalam dalam bidang fesyen telah menjadi dorongan utama dalam penjanaan setiap rekaan tudung di mana tudung kali ini masih mengekalkan identiti serta keunikan material yang sama.

Menggunakan premium cotton voile yang eksklusif, sekaligus menawarkan kemasan baby seam yang berbeza bagi setiap edisi, tudung bawal segi empat tepat (square) dengan corak yang menarik dan trendy ini juga sesuai dikenakan dengan apa saja gaya memastikan semua pemakai selesa dan kekal bergaya walaupun berhijab.

Selesa, mudah digosok malah senang dibentuk mengikut citarasa, setiap satu design berukuran 115cm x 115cm, koleksi terbaru yang dilancarkan kali ini terdiri dari 20 rekaan menawan yang mengambil ilham bunga-bungaan di mana setiap koleksi menawarkan nama dan maksud yang tertentu seperti Adeeva, Afia, Afra, Afrin, Afsana, Afshin, Aisha, Akifah, Alia, Aliyah, Amani, Amara, Aminah, Anum, Arfa, Arisha, Ashiyah, Atiya, Ayesha dan Azka.

Sejajar dengan aspirasi ini, AZ Pemurah mengambil pendekatan serius untuk memperluaskan empayar perniagaannya dengan penghasilan produk tudung di bawah jenama DOA AZ selain berpegang kepada misinya untuk terus membantu golongan yang memerlukan di samping memberi sumbangan signifikan kepada masyarakat melalui inisiatif kebajikan yang berkekalan sesuai dengan slogan kami, DOAAZPERJUANGAN UNTUK SEMUA.

DOA AZ juga menerapkan kepada semua para membeli dengan amalan membeli sambil bersedekah, di mana 30% daripada hasil keuntungan DOA AZ akan diagihkan bagi membantu lebih ramai individu yang memerlukan di luar sana.

Setiap satu dari koleksi ini dijual pada harga mampu milik, hanya RM29 untuk Semenanjung Malaysia, dan RM31 untuk Sabah & Sarawak. Koleksi ini kini boleh dimiliki menerusi reseller-reseller DOA AZ yang berdaftar. Pada majlis tersebut,  turut diserikan dengan kehadiran penyanyi dan pelakon Bella Astillah yang diumumkan sebagai duta jenama DOA by AZ Pemurah.

Share
Published by
Wan Firdaus