Sepanjang menempuh bulan Ramadan, malam Lailatulqadar adalah suatu malam yang sangat dinantikan oleh semua umat Islam. Malam yang paling istimewa ini sengaja dirahsiakan oleh Allah SWT walaupun sudah diberi clue iaitu terdiri daripada malam ganjil 10 malam terakhir. Malam Lailatulqadar ini diberikan kehormatan yang amat tinggi sekali kerana turunnya al-Quran pada malam itu bersama seluruh malaikat di bawah pimpinan malaikat Jibrail.

Ads

Bukan semua orang beruntung dapat meraih keberkatan Lailatulqadar tanpa persiapan yang rapi. Namun, Bella Dally, seorang pelakon terkenal dan juga merupakan MUSE Ariani adalah wanita yang sangat bertuah kerana pernah menyaksikan sendiri keindahan Lailatulqadar sewaktu zaman kecilnya.

BELLA DALLY  Kongsi Pengalaman Tempuh Lailatulqadar

“Nostalgia Ramadan yang paling tidak akan saya lupa adalah ketika masih di bangku sekolah lagi. Ada suatu masa itu ketika masih kecil, seingat saya masa sekolah rendah. Masa itu subuh baru lepas sahur, suasana masa tu sangat sunyi dan sangat tenang. Apabila keluar rumah dan saya nampak bintang banyak sekali bertaburan di kanvas langit. Sangat indah dan perasaan ketika itu sukar diungkapkan dengan kata-kata. Pada fikiran saya mungkin malam tersebut adalah malam Lailatulqadar. Dan saya berharap sangat dapat berjumpa dengan malam seperti itu lagi,” tutur Bella dengan bersungguh.

Sebagaimana lazimnya ketika Ramadan ramai selebriti memperlahankan sedikit aktiviti seninya. Wanita tinggi lampai ini juga mahu meraih keberkatan Ramadan sementelah 1 Ramadan lalu meninggalkan detik luka dalam sejarah hidupnya. Memilih 1 Ramadan sebagai tarikh keramat, noktah cintanya bersama lelaki yang pernah bergelar suami, hanya wanita ini sahaja yang mengerti perasaannya.

BELLA DALLY  Kongsi Pengalaman Tempuh Lailatulqadar

Honestly saya masih busy bekerja pada bulan Ramadan ini. Namun, tahun ini saya mahu lebih fokus meraih keberkatan Ramadan. Saya suka make myself busy agar tidak terasa masa yang berlalu. Kalau ada shooting masa puasa, saya rasa hari berlalu dengan cepat. Sedar-sedar dah tiba waktu berbuka,” bicara Bella penuh ramah.

Tanpa berselindung Bella mengakui jarang memasak ketika berbuka. “Saya kurang masak ketika berbuka puasa sebab tuntutan kerja dan masa yang tidak mengizinkan. Selalunya saya akan membeli juadah berbuka di Bazar Ramadan especially di TTDI, Kuala Lumpur. Juadah favorite saya di Bazar Ramadan sudah tentu nasi beriani. Beratur panjang pun tidak mengapa,” tutur Bella sambil tersenyum.

Ads

Menyentuh tentang Syawal yang bakal disambut pada pertengahan bulan Jun nanti, wajah Bella ceria kerana bakal menyambutnya bersama keluarga tercinta. “Tahun ini saya akan balik seminggu awal sebelum hari raya untuk berpuasa bersama keluarga saya di Sabah. Tahun lepas raya kedua baharu saya dapat berjumpa dengan keluarga di Sabah,” ujar Bella.

BELLA DALLY  Kongsi Pengalaman Tempuh Lailatulqadar

Bella nyata seorang wanita yang berhati waja kerana tidak berselindung tentang keruntuhan rumah tangganya. Bagaimana selebriti jelita ini menangani kontroversi yang melanda dirinya? “Bagi saya tak perlu nak balas dengan negatif. Kita just be positive kalau orang nak cakap apa-apa tentang fasal kita. Just diam dan it’s about how we react to it. Sebab kalau kita react kepada benda tu ia akan jadi berpanjangan.

Ads

Selepas saya berhijab empat tahun yang lalu, automatically cara saya berubah. Namun bila saya tidak berhijab dahulu saya bukan seorang yang bad girl pun. Saya memang seorang yang family girl, jaga nama baik keluarga dan tak kacau orang ,” terang Bella mengakhiri perbualan kami petang itu.

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI