Belum Ada Pembeli Kediaman Mewah Bernilai RM6 Juta, DS Aliff Syukri Bijak Buat Pelaburan

Sebelum ini Jutawan Kosmetik ini telah berkongsi tentang hasratnya untuk menjual salah sebuah kediamannya di atas pusat beli belah yang terletak di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Namun, sehingga kini Dato’ Seri Aliff Syukri Kamarzaman masih menunggu pembeli yang benar-benar berminat.

Foto: Instagram @shahidadherbs

Kongsi suami kepada Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid ini di laman media sosialnya, “Home sweet home, bawah Pavilion Mall Bukit Bintang dan berjiran dengan JW Marriot. Menunggu pembeli rumah ini yang tidak kunjung tiba. Last-last saya jer duduk sini.

Foto: Instagram @shahidadherbs

Saya dah jual murah RM6 juta jer sebab harga market value

adalah RM6.5 juta tapi tak tahu apa masalah masih tak ada pembeli sekarang ni musim COVID nak shopping semua tutup kedai,” tulis Dato’ Seri Aliff. Memang cantik sangat kediaman tersebut dengan memiliki 4 bilik dan juga 4 bilik air.
Foto: Instagram @shahidadherbs

Membeli aset berupa rumah merupakan pilihan bijak yang dipilih oleh pasangan ini demi merancang masa depan. Mencungkil rahsia bagaimana Dato’ Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida perniagaan mereka mampu bertahan sehingga kini, jawab mereka,

“Sebenarnya ramai peniaga yang tak mahir buat simpanan. Bila dapat duit, mereka mula berbelanja besar. Bukan tak boleh tapi kena beringat sebab ekonomi sekarang tak menentu. Nasihat saya kalau berbelanja tu ukurlah baju di badan sendiri. Berbelanja ikut kemampuan.

Foto: Instagram @aliffsyukriterlajaklaris

Kita kena pandai mengatur perniagaan kerana dalam perniagaan online setiap produk akan ada tempoh luputnya, paling lama setahun. Selepas tu produk tersebut akan mati atau hilang jadi kita kena ada perniagaan offline juga, walaupun perniagaan offline nampak macam tak membantu.

Kami juga mampu bertahan mungkin sebab produk sudah wujud sebelum musim perniagaan online lagi. Jadi jenama D’herbs Healthy Sdn. Bhd. sudah kukuh. Mungkin kalau saya muncul pada zaman online, saya tak tahu mampu bertahan atau tidak.

Foto: Instagram @shahidadherbs

Saya juga beruntung sebab mempunyai suami yang pandai menyimpan duit. Saya pun banyak belajar menyimpan duit dengan Dato’. Caranya, Dato’ akan sediakan 3 jenis akaun atau tabung khas. Dulu-dulu masa berniaga, beliau akan ada 3 beg duit. 1 untuk rolling

, 1 untuk belanja dan 1 lagi untuk simpanan.
Foto: Instagram @shahidadherbs

Tabung simpanan ini walau apa jadi sekalipun tak boleh disentuh. Bagaimana pula dengan pembahagian simpanan? Apa yang saya lihat suami akan simpan keuntungan lebih banyak di tabung simpanan dan belanja tu sedikit sahaja.

Macam saya mula berniaga dulu di pasar tani, Dato’ bagi saya upah RM50 sehari sahaja. Selebihnya untuk rolling dan simpan,” kata Datin Seri Nur Shahida yang kini menerajui perniagaan D’Herbs dan suaminya menerajui AS Legacy Malaysia.

Share
Published by
Hamizatul Maizan Binti Mohamed