Belum Setahun Lahir Anak Sulung, Rihanna Hamil Anak Kedua! Aura Keibuannya Menyerlah Sungguh

Seperti baru semalam mendapat perkhabaran kelahiran anak sulung Rihanna dengan pasangannya Rocky atau Rakim Athelaston Mayers. Namun penyanyi paling kaya di dunia ini mengumumkan berita kehamilan keduanya ketika persembahan di Super Bowl Halftime 2023, kurang setahun daripada kelahiran pertama pada Mei 2022.

Pelantun lagu Umbrella ini mendedahkan berita gembira itu apabila dilihat menggosok perut dan menanggalkan jumpsuit merah yang digayakannya ketika membuat persembahan di pentas Phoenix sekali gus menampakkan bentuk perutnya yang membesar.

Seperti ibu hamil lain yang perlu berjaga-jaga dengan pergerakan, Rihanna juga dilihat tidak menari dengan lincah seperti biasa bersama para penari latar yang mengelilingi beliau.

Menurut People, wakil pengurusan Rihanna turut mengesahkan berita gembira itu. Untuk rekod, Rihanna dan Rocky sudah lama mengenali satu sama namun hanya mengesahkan hubungan mereka secara rasmi pada penghujung 2020.

 

GINCU RIHANNA

Tidak seperti lumrah ibu hamil yang kerap mengalami alahan, penampilan segar Rihanna mencuit perhatian peminat. Rihanna atau nama penuhnya Robyn Rihanna Fenty, 35 tahun, tampil anggun dalam sampul muka depan majalah Vogue.

 

 

 

Menyerlahkan aura keibuan sebenar, Rihanna turut mendedahkan wajah bayi comelnya secara eksklusif. Tapi paling suka tengok kejelitaan usahawan kosmetik Fenty Beauty, Fenty Skin serta empayar fesyen Savage X Fenty ini, nampak powerful sungguh!

Rahsia Rihanna barangkali terletak pada himpunan gincu yang baru dilancarkannya iaitu Fenty Icon Velvet Liquid Lipstick: Showstopp’r Edition. Inovasi gincu ikonik dengan penutup holografik ‘football’ edisi terhad ini dijangka bakal menjadi kegilaan wanita yang menyenangi sukan tersebut. Harganya RM140.

 

 

Selain itu, Rihanna turut melancarkan glos bibir Fenty Beauty X NFL Collection.

Gloss Bomb edisi terhad dalam pembungkusan NFL yang eksklusif rekaan Rihanna sendiri pastinya menjadi rahsia kecantikan beliau selama ini.

Rona baharu yang dinamakan ‘Riri’ – adunan rona mauve polos yang berkilauan mampu membuatkan bibir nampak lebih mungil dan segar. Formula tidak melekitnya terhasil daripada adunan mentega shea dan aroma pic-vanila yang harum. Memang cantik sangat!

Share
Published by
Norzalina