Kita selalu mendengar orang membuat rawatan kulit di klinik estetik. Tapi apakah rawatan yang dilakukan benar-benar mampu memenuhi impian setiap wanita yang membuat rawatan?

Memang benar setiap wanita WAJIB membuat rawatan kulit kerana sekarang kulit wajah sudah berubah mungkin kerana jadual kerja yang terlalu ketat sehingga mengabaikan gaya hidup yang sihat.

Salah satu rawatan yang popular dan terbaik untuk mengekalkan kecantikan wajah adalah rawatan oksigen. Rawatan oksigen merupakan terapi perawatan kulit wajah yang menggunakan alat tambahan yang mengandungi oksigen. Rawatan ini berbeza dengan perawatan yang lain kerana perawatan biasa menggunakan ultrabunyi dan galvanic.

Oksigen bukan sahaja perlu untuk proses respirasi atau fotosintesis malah penting untuk kecantikan kulit. Manfaat yang boleh diperoleh melalui rawatan oksigen ini adalah;

Melembapkan kulit

Rawatan oksigen ini paling sesuai buat mereka yang mengalami kulit terlampau kering. Facial oksigen mampu memberikan manfaat pelembap yang mendalam dengan oksigen wajah. Tingkat kelembapan ini akan mengembalikan tingkat pH kulit kembali normal. Kaedah ini dapat membantu kulit menghadapi berbagai-bagai masalah yang dapat menyebabkannya menjadi rosak terutama akibat pencemaran dan panahan sinar matahari.

Kulit kemerahan

Anda boleh memiliki wajah cerah dan kemerah-merahan dengan melakukan facial oksigen ini. Facial oksigen menghilangkan kotoran dan dapat membantu memberikan oksigen segar pada lapisan luar kulit. Apabila melakukan rawatan ini secara konsisten akan memberikan nafas baru untuk kulit.

Benarkah Rawatan Oksigen Baik Untuk Mencerahkan Kulit?

Menghilangkan jerawat

Jerawat terjadi hasil daripada pengumpulan minyak dan kotoran yang melekat di pori-pori kulit terbuka. Maka facial oksigen menawarkan rawatan yang luar biasa untuk merawat kulit. Rawatan oksigen boleh mengecilkan pori-pori kulit wajah dan rawatan pembersihan secara mendalam boleh membuatkan pori-pori menjadi lebih kecil.

Menyingkirkan racun

Percaya atau tidak di bawah lapisan kulit mempunyai racun? Sebenarnya racun ini berpunca daripada stress dan juga pencemaran alam sekitar. Memberikan oksigen pada wajah dapat membuat kulit lebih segar, cerah dan muda. Selain itu facial oksigen boleh membantu melawan radikal bebas yang menjadi punca penuaan kulit. Oksigen akan merangsang penghasilan kolagen sehingga kulit menjadi lebih anjal. Keanjalan kulit mambuat kedutan dan bintik-bintik hitam semakin kurang dan pasti keremajaan kulit dapat terhasil.

Merehatkan otot kulit wajah

Keanjalan kulit wajah bergantung kepada otot yang kuat agar kulit terus segar dan awet muda. Bagi menikmati otot kulit yang lebih rileks boleh melakukan rawatan oksigen pada wajah. Rawatan ini boleh membuatkan otot wajah menjadi lebih rileks dan tidak tegang. Otot wajah menjadi tegang biasanya akibat stress dan juga masalah yang terlalu menghantui diri tidak kira di tempat kerja atau dalam rumahtangga.

Menegangkan kulit

Malah rawatan yang menjadi pilihan ramai ini membantu proses detoksifikasi dan pembaharuan kulit. Semburan oksigen segar pada epidermis kulit akan memberikan ruang untuk pembaharuan sel sehingga akan menyingkirkan kulit mati daripada permukaan wajah. Penyingkiran sel kulit mati ini secara automatic menganjalkan kulit dan mengelak kekeringan kulit sehingga terlihat segar dan lembut.

Benarkah Rawatan Oksigen Baik Untuk Mencerahkan Kulit?

Mencerahkan kulit

Rawatan oksigen ini adalah salah satu cara untuk mengembalikan kecerahan kulit wajah. Oksigen ini membantu pembentukan kolagen serta melindungi kulit daripada bahaya panahan sinar matahari. Oksigen juga dapat menghalang produksi melanin pada kulit yang menyebabkan kulit lebih cerah dan terhindar daripada kerosakan kulit.

Kulit lebih berseri

Rawatan oksigen ini bukan hanya untuk mereka yang mempunyai kulit kering semata-mata malah boleh dilakukan oleh semua jenis kulit. Rawatan oksigen ini boleh menghilangkan kulit kusam dan meninggalkan kesan bersinar pada wajah. Rawatan oksigen ini juga sesuai buat mereka yang mempunyai kulit sensitif kerana selamat dan tidak mempunyai kesan sampingan yang membahayakan kulit. Hamizatul Maizan Mohamed