Bukankah itu merupakan soalan yang cukup mencabar untuk dijawab oleh golongan Adam? Selalunya, golongan wanita itu sendiri mempunyai masalah untuk menguraikannya seacara pasti. Salah satu sebab mengapa memahami kehendak golongan wanita dianggap sukar adalah kerana cara golongan wanita itu memproses fikiran dan emosi amat berbeza jika dibandingkan dengan cara golongan lelaki memproses maklumat.
Jika diperhatikan dengan teliti, kebanyakan hubungan yang berjaya adalah apabila semua kehendak wanita berjaya dipenuhi, perlu diingat bahawa kehendak tidak semestinya memfokuskan kepada material sahaja.
Ads
Wanita selalunya peka tentang kehilangan sesuatu yang penting dalam hubungan. Jika lelaki mampu meneliti, wanita yang keluar dari sebuah perkahwinan sebenarnya mencari apa yang hilang dalam sebuah perkahwinan itu. Misalnya apabila kehidupan seksnya membosankan atau mungkin tiada langsung, mereka akan mula mencari kekasih yang mampu memberikan belaian. Atau mungkin bagi seseorang wanita yang tidak dihormati oleh pasangannya, mereka akan mencari lelaki yang mampu menghormati mereka.
Berikut adalah antara perkara-perkara penting yang wanita dambakan daripada lelaki:
Keyakinan
Keyakinan merupakan kualiti yang utama yang dicari dalam diri seseorang lelaki. Oleh itu, buangkan rasa takut dan tidak yakin anda. Jangan ucapkan maaf terhadap semua yang anda lakukan. Be real! Jadi diri anda yang sebenar.
Gentlemen
Wanita akan cepat ‘cair’ dengan lelaki yang bersikap gentlemen. Membuka pintu untuknya, berjalan di sebelah kanan apabila mengusuri jalan bersama, memberikan jaket apabila dia kesejukan atau ketika dalam keadaan yang terancam, kamu meletakkan lengan untuk merangkul bahunya. Dengan kata lain, menjadi lelaki sebenar.
Kelakar
Wanita lebih gemarkan lelaki yang mampu membuatkan dia ketawa. Jika lelaki terlalu mengikut protokal, ianya amat membosankan wanita. Bersikap lebih bersahaja dan selamba. Lawak kecil yang cukup sahaja mampu membuatkan wanita gembira.
Pendengar
Menjadi tabiat wanita untuk merungut dan mereka sebenarnya tidak mengharapkan sebarang nasihat cukup sekadar pasangannya menyiakan sahaja. Kadang-kala ianya agak merimaskan terutama apabila anda cuba menumpukan perhatian terhadap tayangan bola sepak di ESPN. Tetapi hakikatnya, sedikit perhatian yang ditunjukkan oleh anda mampu membuatkan dia menyayangi kamu hingga ke hujung dunia!
Ads
Dihargai
Penting bagi wanita untuk rasa dihargai dengan apa yang ada pada dirinya. Dia perlu merasakan istimewa berbanding wanita di sekelilingnya. Perlu bagi wanita ini mengetahui lelaki/pasangannya menyokongnya dalam setiap tindakan.
Merasa dirinya sebagai wanita sejati
Penting bagi wanita untuk merasakan diri mereka kelihatan cantik, seksi dan feminin di mata lelaki terutama pasangannya. Wanita itu ingin memperolehi perasaan bangga dengan anugerah tuhan (terutama tubuh badan) yang diberikan kepada mereka.
Ads
Perasaan keintiman yang mendalam
Penting bagi setiap wanita itu untuk merasa kaitan emosi keintiman dengan pasangannya yang tidak mungkin dirasai dengan lelaki lain.
Seks
Bagi wanita yang telah mendirikan rumahtangga hubungan seks yang menghairahkan penting untuk menggambarkan rasa cinta dan sayang pasangan terhadapnya. Bagi wanita, seks bukan sekadar kepuasan tetapi tanda cinta dan rasa diperlukan oleh pasangan yang membuatkan hubungan itu lebih mengasyikkan. Penting bagi wanita untuk digoda, merasa menarik, dan puas. Wanita itu perlukan kelainan dalam hubungan dan membawanya berkhayal dengannya.
Secara realitinya tidak semua perkara mampu dipenuhi oleh lelaki. Tiada siapa yang sempuran kecuali penciptanya. Oleh itu cuba yang terbaik untuk menyelami hati dan sikap wanita itu sendiri. Komunikasi merupakan cara yang terbaik untuk kamu mengetahui apa perasaannya terhadap layanan yang kamu berikan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernah mendapat julukan majlis perkahwinan ‘Asian Wedding of the Year’ kira-kira 17 tahun yang lalu, pesona Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah masih menjadi bualan hingga ke hari ini. Tidak hanya dikurniakan rupa paras lembut menawan, Pengiran Anak Sarah turut menjadi tumpuan di negara ini kerana penampilan baginda yang mempesona di samping tingkah laku yang sarat dengan nilai wanita Timur.
Diputerikan sebagai Dayangku Sarah binti Pengiran Salleh Abdul Rahaman pada 9 April 1987 di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha di Bandar Seri Begawan, Brunei, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah merupakan satu-satunya puteri kepada pasangan Yang Mulia Pengiran Salleh Abdul Rahaman dan Yang Bahagia Rinawati binti Abdullah.
Mengimbas kembali detik bersejarah majlis perkahwinan gilang-gemilang Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan YTM Paduka Seri Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, pasangan diraja ini mengenakan persalinan biru yang turut menyaksikan ia dihadiri orang kenamaan, keluarga diraja asing di Istana Nurul Iman.
Kedua-dua pasangan diraja ini dibawa menaiki kereta open-topped Rolls-Royce dan mengelilingi seluruh Bandar Seri Begawan sambil disambut masyarakat di sepanjang jalan. Hasil perkahwinan selama hampir 17 tahun, baginda berdua dikurniakan dua putera iaitu Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman serta dua puteri, Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa’ Raihaanul Bolkiah.
Pada 8 Januari lalu, Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dilihat merasmikan acara pembukaan butik SR Design. Seperti kelaziman, penampilannya telah menarik perhatian ramai. Anggun mengenakan blouse corak berbunga lembut dan tudung bawal polos berwarna putih, kejelitaan Pengiran Anak Sarah jelas terserlah!
Sekitar tiga tahun lalu, YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan menjalin berkolaborasi dengan usahawan wanita Malaysia terkenal, Datin Vivy Yusof yang merupakan pengasas The Duck Group dan FashionValet bagi menghasilkan empat koleksi skaf edisi terhad iaitu The Royal Duck.
Kredit foto: Instagram Brunei Royal Family & Sarhmhtdee
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nampaknya Presiden Indonesia, Joko Widodo bakal menerima kehadiran menantu baharu di kediamannya tidak lama lagi.
Anak ketiganya, Kaesang Pangarep bakal mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihan hatinya, Erina Sofia Gudono.
Majlis perkahwinan pasangan ini dijangka akan diadakan pada awal Disember 2022 yang akan datang.
Menyingkap biodata bakal menantu Presiden Indonesia ini, bukan calang-calang orangnya. Erina Gudono dilahirkan di Pennsylvania, Amerika Syarikat pada 11 Disember 1996 kini menginjak usia 25 tahun.
Erina merupakan lulusan Universitas Gadjah Mada (UGM) dalam jurusan Business Administration pada tahun 2018. Gadis cantik ini turut melanjutkan pelajaran ke luar negara dan menamatkan pengajian di Columbia University pada tahun 2021.
Siapa sangka, gadis ini juga pernah terlibat dalam Pertandingan Puteri Indonesia 2022 di mana dia terpilih menjadi finalis Puteri Indonesia 2022 mewakili provinsi (daerah) Yogyakarta.
Dari segi kerjaya, gadis ini juga menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam kerjaya yang dipilihnya. Erina pernah diterima bertugas di Bank Indonesia serta memegang jawatan sebagai Assistant Manager Apprenticeship mulai tahun 2020 hingga Julia 2021 yang lalu. Kini, Erina bertugas sebagai Asia Analyst di JP Morgan Indonesia.
Menjengah laman Instagram miliknya, Erina dan bakal suaminya sibuk menguruskan persiapan untuk hari bahagia mereka. Sejak kebelakangan ini, mereka sibuk melakukan sesi penggambaran pra perkahwinan yang memperlihatkan pasangan ini menggayakan beberapa busana tradisional dan moden di beberapa lokasi termasuklah Stadium Manahan, Jawa Tengah Indonesia dan Istana Kepresidenan Bogor.
Kaesang Pangarep pula merupakan anak ketiga Presiden Joko Widodo dan Iriana Joko Widodo. Pemuda yang dilahirkan di Solo, Jawa Tengah pada 25 Disember 1994 ini merupakan seorang influencer yang mempunyai ramai pengikut di Instagram, Twitter dan YouTube.
Kaesang juga merupakan seorang ahli perniagaan yang mempunyai rangkaian perniagaan makanan, fesyen dan teknologi. Antara jenama yang bernaung di bawah empayar perniagaannya termasuklah Sang Pisang, Sang Javas (fesyen), Truz Official (fesyen), Madhang Indonesia (kulinari), Enigma Camp kemampuan (IT), Mangkokku (kulinari), Kemripik (kulinari) dan banyak lagi.
Majlis perkahwinan Kaesang dan Erina dijangka berlangsung pada 10 Disember ini di Yogyakarta. Ramai yang sudah tidak sabar menantikan detik penyatuan pasangan ini bulan hadapan. Sudah tentu majlis perkahwinan pasangan ini bakal menjadi bualan di segenap pelusuk Indonesia!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terpesona dengan raut wajah ayu dan jelita Tunku Puan Mahkota Kedah, Yang Teramat Mulia (DYAM) Che Puan Nur Julie Ariff. Penampilan anggun setiap kali menghadiri majlis pasti menarik perhatian khalayak. Meskipun berstatus suri hati Tunku Mahkota Kedah, Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin namun keperibadian beliau yang sederhana cukup menyenangkan.
Tanggal 26 November 2022, DYAM Che Puan Nur Julie sah bergelar isteri Tunku Shazuddin Ariff. Perkahwinan diraja pasangan ini berlangsung dalam satu majlis tertutup di Balai Mengadap Istana Darul Aman Jalan Kedah, Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur.
Tahun ini, usia perkahwinan pasangan diraja berkenaan genap mencecah dua tahun.
Sepanjang menjadi keluarga diraja Kedah, DYAM Che Puan Nur Julie setia menemani suami tercinta ke acara-acara rasmi mahupun sebaliknya. Terbaharu, DYAM Tunku Mahkota Kedah dan Tunku Puan Mahkota Kedah melawat ke Kilim Geoforest Park, Langkawi, Kedah.
Ketika lawatan itu, DYAM Che Puan Nur Julie mengenakan persalinan kasual sweater merah jambu dan berseluar hitam. Tampil ceria di samping Tunku Mahkota Kedah yang turut melawat ke beberapa tempat menarik di persekitaran Kilim Geoforest Park antaranya Gua Kelawar dan Gua Buaya.
Julai lalu, Tunku Puan Mahkota Kedah ini berkenan menderma darah di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).
Keberangkatan tiba DYAM Tuanku disambut oleh Yang Berbahagia Dr. Fauziah Binti Abdul Wahab, Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah; Yang Berbahagia Dr. Nor Raziah Binti Sabtu, Timbalan Pengarah (Perubatan II) dan Yang Berbahagia Puan Shahariah Binti Saaduddin, Timbalan Pengarah (Pengurusan).
Tunku Shazuddin Ariff diputerakan pada 27 April 1970 di Alor Setar, Kedah merupakan anakanda kedua Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah yang ke-29.
Paduka bonda Tunku Shazuddin Ariff ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha binti Tengku Ariff yang juga Kerabat Diraja Negeri Kelantan Darul Naim.
Semoga rumah tangga yang dibina Tunku Mahkota Kedah dan isteri ini sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT dan berkekalan hingga ke syurga.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...