Benarkan Makan Nanas Boleh Menggugurkan Kandungan? 6 Sebab Wanita Perlu Makan Nanas

Sedikit masa dahulu viral tentang seorang selebriti yang digalakkan makan nanas untuk menggugurkan kandungannya. Namun, sejauh mana kebenaran nanas boleh membantu mengatasi masalah tersebut tidak dapat dipastikan. Kuasa vitamin C dan antioksida yang terkandung di dalam nanas menjadikan buah ini mampu menjadi sumber utama dalam kecantikan.

Vitamin C sangat diperlukan oleh tubuh untuk menyatukan kolagen. Kolagen pula adalah protein utama dalam tubuh yang diperlukan untuk memelihara kesejahteraan pembuluh darah, kulit, organ dan tulang. Apabila tubuh mendapat bekalan vitamin C yang mencukupi dapat melindungi tubuh daripada sebarang penyakit yang tidak diingini. Vitamin C juga adalah salah satu antioksidan yang diperlukan oleh tubuh untuk membantu meningkatkan daya tahan tubuh daripada efek buruk radikal bebas.

  1. Kolagen

Kolagen adalah suatu protein yang menyusun tubuh manusia. Nanas kaya dengan sumber Vitamin C dan berupaya mencipta kolagen di dalam tubuh. Kandungan vitamin C yang tinggi dalam buah nanas juga dapat membantu menyembuhkan luka dengan pantas sekali gus membantu mempertahankan tubuh daripada infeksi dan penyakit.

  1. Antioksida

Selain daripada vitamin C, nanas juga kaya dengan sumber antioksida. Selain itu nanas juga mengandungi vitamin A, beta karotena, bromelain, flavonoid dan mangan yang tinggi. Sumber antioksida dan gabungan vitamin dan mineral ini selain mampu meremajakan kulit malah secara langsung mampu mencegah kanser mulut, leher dan payudara.

  1. Jerawat

Masalah jerawat memang menghantui lebih-lebih lagi apabila jerawat yang tumbuh meninggalkan parut yang sukar untuk disingkirkan. Nanas adalah jawapan pada setiap persoalan yang berkaitan dengan jerawat. Jerawat mampu disingkirkan melalui magis nanas yang kaya dengan vitamin C itu. selain dengan vitamin C, zat bromelain dan enzim anti-radang yang terkandung di dalamnya, dapat meningkatkan daya penyembuhan pada kulit berjerawat.

  1. Awet Muda

Setiap wanita mengidamkan kulit wajah yang halus dan paling penting kelihatan jauh lebih muda daripada usia sebenar. Memiliki kulit anjal dan cerah sekata bukan suatu yang mustahil jika sumber kolagen mencukupi pada tubuh. Nanas mampu menyatukan kolagen dalam tubuh dan semakin tinggi daya penyatuannya, maka kulit semakin anjal. Mengambil makanan tambahan yang mengandungi  asid amino dan vitamin C juga dapat memastikan sel yang rosak dapat diperbaiki dengan lebih cepat.

  1. Sel Kulit Mati

Biasanya sel kulit mati yang menempel pada kulit wajah dapat menghalang sumber terbaik melalui krim pelembap atau serum untuk meresap masuk jauh ke dasar kulit. Oleh itu, menyingkirkan sel-sel kulit mati yang terus melekat pada kulit wajah perlu dilakukan demi mendapat kulit yang bersih, cantik dan lebih cerah. Nanas turut berupaya mencerahkan kulit wajah dan caranya sangat mudah. Hanya perlu menghiris nanas dan letakkan hirisan tersebut pada kulit wajah. Masker ini mampu menyingkirkan sel kulit mati dan melancarkan peredaran darah serta menjadikan kulit lebih cerah secara semula jadi.

  1. Kulit Kusam

Perubahan hormon dan ditambah pula dengan cuaca panas dan kering menjadi punca masalah kulit kering dan tidak bermaya. Khasiat yang terkandung dalam buah nanas ini dapat membantu mengurangkan kesan hidrasi pada kulit. Membuat masker sendiri dengan menggunakan nanas adalah langkah yang bijak. Hanya dengan mencampurkan tiga sudu besar nanas yang telah dikisar dengan kuning telur dan sedikit susu. Adun sempurna dan sapu aduan ini di seluruh bahagian kulit wajah dan biarkan selama 20 minit. Kemudian bilas sempurna dengan air suam dan keringkan dengan tuala bersih.

 

 

Share
Published by
Hamizatul Maizan