Popular dikalangan pencinta media sosial. Jika anda peminat kecantikan, anda pasti akan terlihat Khainina Khalil menghiasi laluan #foryoupage anda di TikTok. Bijak bergaya malah dia sering berkongsi pelbagai tip berguna terutama sekali tentang solekan dan haruman.

Ads

Khainina Khalil, seorang pempengaruh digital yang memiliki aesthetic nya yang tersendiri. Lihat sahaja laman istagram miliknya, pasti membuatkan sesiapa sahaja berasa teruja. Gaya trendy yang ditampilkan anak muda yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan ini membuatkannya cukup terkenal di laman sosial.

KONGSIKAN SEDIKIT MENGENAI STAIL ANDA

Berani Dan Versatil Dengan Gaya Edgy! Serlah ‘Pesona’ Sebenar Khainina Khalil

Stail pilihan saya ialah edgy dan berani. Saya suka mencuba benda-benda baharu dan bereksperimen dengan gaya yang mungkin tidak semua orang berani untuk gayakan. Saya sukakan kelainan tetapi dalam masa yang sama tidak keterlaluan hingga boleh membuatkan saya kelihatan pelik. To be honest, it’s not to gain attention, but it is just my personality that likes trying everything new and different.

BAGAIMANA ANDA MENJAGA PENAMPILAN AGAR TAMPAK STAILO & TRENDY?

Berani Dan Versatil Dengan Gaya Edgy! Serlah ‘Pesona’ Sebenar Khainina Khalil

Saya akan pastikan pakaian yang dipakai bersesuaian dengan diri saya dan sedap mata memandang. Selain itu, ia harus sesuai mengikut tempat dan saya akan menyuai padankan bersama tudung yang tepat agar penampilan saya tampak seimbang. Sebagai contoh, jika outfit saya biasa-biasa sahaja, saya akan lebihkan gaya tudung serta aksesori seperti gelang, beg, kasut dan sebagainya.Namun jika pakaian saya sudah ekstra, saya akan kurangkan dibahagian lain agar tampak lebih sempurna.

SIAPAKAH IKON FESYEN PILIHAN ANDA?

Berani Dan Versatil Dengan Gaya Edgy! Serlah ‘Pesona’ Sebenar Khainina Khalil

Ads

Semestinya Donatella Versace! Rekaan beliau cukup berani dan mempunyai signature tersendiri. Setiap tema untuk setiap koleksi yang dihasilkan sangat unik dan amat menepati citarasa saya. Every color and designs are just on fleek. Untuk designer tempatan, saya menggemari Tom Abang Saufi. Motif tradisional yang dipertaruhkan cukup berbeza dan memberikan penampilan lebih edgy.

KONGSIKAN SERBA SEDIKIT MENGENAI TIP MEKAP DAN SOLEKAN

Berani Dan Versatil Dengan Gaya Edgy! Serlah ‘Pesona’ Sebenar Khainina Khalil

Ads

Bagi pendapat saya, mekap atau solekan perlu ditetapkan terlebih dahulu mengikut tempat atau majlis yang kita mahu pergi. Paling penting, perlu try & error produk tertentu untuk mendapatkan produk yang betul-betul sesuai dengan kulit kita. Perkara ini penting kerana tidak semua produk-produk yang ada diluar sana sesuai dengan keadaan kulit kita. So it’s you who needs to figure out apa yang sesuai.

APAKAH TIP PENJAGAAN KULIT ANDA AGAR SENTIASA TAMPAK SIHAT & CANTIK?

Berani Dan Versatil Dengan Gaya Edgy! Serlah ‘Pesona’ Sebenar Khainina Khalil

Perlu kerap membasuh muka! Kulit saya jenis kering dan kadang-kadang ia cukup sensitif. Jadi saya akan pastikan muka saya tidak terdedah kepada benda-benda atau tempat kotor serta berhabuk. Pelembab juga merupakan rutin penjagaan kulit yang amat penting. Saya juga kerap memakai mask setiap ¾ kali seminggu untuk memastikan kulit sentiasa segar dan dilindungi.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI