Bila menyebut tentang masalah berat badan berlebihan, ramai di kalangan wanita berhadapan dengan masalah tersebut. Bagi penyanyi Datuk Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 58 tahun, keputusannya untuk melakukan pembedahan bariatrik kira-kira lima tahun yang lalu merupakan keputusan yang baik untuk kesihatan dirinya.

Ads

Berat Badan Kini 52 Kilogram, DATUK AISHAH Dedah Cara Kekalkan Berat Badan Selepas Pembedahan Bariatrik

Mana tidaknya, selepas lebih lima tahun menjalani pembedahan bariatrik, pelantun lagu Janji Manismu ini berjaya menurunkan berat badan sehingga 52 kilogram. Malah Aishah berkata pembedahan tersebut merupakan langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan dirinya daripada makan secara berlebihan.

Meskipun melakukan pembedahan, ia bukanlah asbab untuk tidak menjaga kesihatan tetapi apa yang paling utama ia telah banyak mengubah gaya hidupnya menjadi lebih sihat.

“Ramai yang tahu perjalanan bariatrik saya sudah berjalan lebih lima tahun. Alhamdulillah saya berjaya mengurangkan berat badan sehingga 50-52 kilogram.

“Pengecilan perut sebagai satu cara untuk menyekat kita daripada terlebih makan..tetapi pada akhirnya anda perlu menukar gaya hidup dan cara pemakanan,” kongsi Aishah di laman Instagram miliknya.

Berat Badan Kini 52 Kilogram, DATUK AISHAH Dedah Cara Kekalkan Berat Badan Selepas Pembedahan BariatrikTambahnya lagi, apa yang menjadi keutamaan dirinya adalah tentang kesihatan dan aspek pengambilan makanan serta melakukan aktiviti fizikal untuk mengekalkan stamina dan berat badan ideal. Aishah turut berkongsi sehingga kini dirinya boleh memakai pakaian saiz S.

“Kesihatan adalah satu rezeki yang amat berharga. Jangan ambil mudah perkara ini”.

Ads

Memilih untuk mengamalkan pengambilan makanan secara sederhana dan melakukan senaman setiap hari, Aishah berharap pengalaman yang dilaluinya dapat memberi inspirasi dan motivasi terhadap individu-individu di luar sana.

Berat Badan Kini 52 Kilogram, DATUK AISHAH Dedah Cara Kekalkan Berat Badan Selepas Pembedahan Bariatrik

 

Ads

Berat Badan Kini 52 Kilogram, DATUK AISHAH Dedah Cara Kekalkan Berat Badan Selepas Pembedahan Bariatrik

Selain sibuk memenuhi undangan persembahan, umum sedia maklum artis ini terkenal dengan kerja kraftangan yang cantik dan halus pembuatannya. Dek kerana minat mendalam dalam bidang perhiasan, Aishah turut memasuki kelas-kelas pembuatan aksesori untuk mempelajari teknik-teknik terkini membuat aksesori seperti gelang tangan dan sebagainya.

Never too old to learn something of interest,” ujarnya seraya mengakhiri perbualan.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI