Berat Badan Tidak Berubah? 10 Tip Untuk Atasi Masalah Plateau Berat Badan

Dah diet tapi berat badan tidak berubah atau dah kurang berat badan tapi kini berat badan masih sama walaupun anda amalkan pemakanan dan senaman yang sama?

Jangan risau. You are not alone dan ya, anda mungkin berdepan masalah plateau berat badan yang normal. Berikut adalah 10 tip untuk bantu anda break though masalah plateau berat badan anda.

1. Fokus Pada Kualiti Makanan
Setelah anda berjaya kurangkan berat badan melalui defisit kalori dan kawalan kuantiti kalori, cuba alih perhatian anda kepada kualiti makanan. Ini bukan soal kalori tapi soal: garam, fiber dan nutrient-density makanan. Garam dan fiber terutamanya membantu dalam kawalan water retention dan perlawasan.

2. Rehat Seketika
Yes, saya faham anda bersemangat untuk bersenam sepanjang masa tapi ‘overtraining’ adalah stres pada badan. Malah senaman itu sendiri sememangnya merupakan stres fizikal which is OK tapi jangan memperkecilkan kepentingkan rehat dalam usaha untuk kurang atau kawal berat badan.

3. Kurangkan Stres. Cukup Tidur?
Sambungan cerita “stres”. Stres berlebihan dari pelbagai sumber kehidupan termasuk social media, kewangan dan kurang tidur, boleh mengelorakan hormon badan yang boleh mempengaruhi simpanan lemak badan. Jadi, take a step back, meneliti kehidupan anda dan cuba seimbangkan stres sebanyak mungkin.

4. Lawas Anda OK Tak?
Jangan memperkecilkan kepentingan melawas dalam usaha anda untuk mengatasi masalah plateau berat badan. Berapa kali sehari? Sasarkan 2 kali sehari. Di sini kualiti pemakanan, pengambilan air dan tabiat melawas anda penting untuk melawas dengan konsisten.

5. Pelbagaikan Senaman, Termasuk Intensiti!
Jangan terlalu manjakan diri dalam amalan senaman. Badan sukar untuk mengatasi plateau berat badan atau plateau kecergasan kalau anda asyik mengamalkan senaman yang sama. Push yourself untuk memaksa badan to break through the plateau

. Badan perlukan sebab untuk berubah.

6. Cuba Tukar Coach!
Bukan soal curang tapi soal kepelbagaian dalam usaha anda untuk didedahkan kepada bentuk dan intensiti senaman yang berbeza. Yes coach anda memang hebat tapi setiap coach ada corak senaman yang beliau gemari tapi over time, bagus kalau anda tukar kepada jurulatih atau bidang senaman yang lain. It helps to shake things up.

7. Diet Puasa To Shock The System
Tak semestinya diet intermittent fasting atau lain tapi amalan puasa enam, sunat atau Ramadhan itu sendiri memang mempunyai pelbagai manfaat dalam membantu stabilkan hormon, kejutkan metabolisma badan dan macam-macam lagi.

8. Jika Perlu, Recalculate your BMR
Dah kurangkan 20kg? BMR anda pun dah berkurangan dalam 150-200kcal setiap hari. Kenapa? Kerana antara faktor yang mempengauhi BMR adalah berat badan. Jadi jika perlu, go back to basics dan kira semula BMR, DCR atau keperluan kalori anda.

9. Celebrate Your Non-Scale Successes
Dalam usaha untuk terus kurangkan berat badan demi mencapai berat badan yang ideal, penting untuk anda meraikan kejayaan non-scale

seperti gaya hidup aktif, kecergasan, kekuatan dan macam-macam yang sangkut paut dengan gaya hidup sihat. Kalau anda hanya menilai angka berat badan, anda pasti STRESS dan tak kurus-kurus juga.

10. Trial & Error
Akhir kata, tiada satu cara atau kaedah yang sesuai untuk semua pembaca di sini. Trial & error untuk cuba menilai yang mana sesuai untuk anda. Adakah ia mudah? Harapan saya tidak kerana kalau ia mudah, kebarangkalian besar, anda tidak akan menghargainya.

Semoga tip-tip ini membantu dalam usaha anda untuk mengatasi masalah plateau berat badan anda.

Kredit: kevinzahri.com

Share
Published by
Ermi Shuzila Mohammad