“Beratnya Rasa Ujian Ini” Belum Lepas Rindu & Dalam Kuarantin, Ebit Lew Tak Sempat Jumpa Bapa Untuk Kali Terakhir!

Baru semalam saya menonton sesi Live Ustaz Ebit Lew bersama Ustaz Haslin Bollywood di Instagram. Masih teringat senyuman beliau menahan rindu ketika itu, masih berbaki beberapa hari lagi untuk dikuarantin sepulangnya dari Mesir, tempoh hari.

Namun jam 2.45 petang tadi, pendakwah bebas itu menerima khabar duka tentang bapa kesayangannya.

Bapak saya yang tercinta baru sahaja meninggal dunia. Ya Allah, beratnya rasa ujian ini. I love you bapak. Bapak pergi dulu. Nanti Ebit sampai yer. Ya Allah, ampunilah bapak.

 

Pemergian bapa Ebit Lew telah disampaikan secara ringkas menerusi media sosial beliau. Dalam hantaran tersebut, Ustaz Ebit menyatakan sedang bergegas ke Hospital Gleneagles bagi menguruskan jenazah bapanya dan akan dibawa ke Masjid Bandar Baru Ampang untuk dimandi dan dikafankan.

Beliau sebelum ini pernah berkongsi tentang penyakit dihidapi bapanya selepas disahkan menghidap penyakit kanser perut tahap akhir.

Menurut Ustaz Ebit, jenazah bapanya itu akan dibawa ke Muadzam Shah, Pahang untuk dikebumikan di sana.

Kenangan Ustaz dan keluarga sewaktu sambutan Tahun Baru Cina pada Februari

 

Kenangan Ustaz Ebit dan arwah bapanya menyerahkan sumbangan angpau

 

Ustaz Ebit bersama arwah bapa dan keluarga tercinta

 

“Sayangilah beliau, rahmatilah beliau, hadiahkan syurga Firdaus untuk beliau. Ya Allah, temukanlah bapak dengan mak dekat sana. Letakkanlah mereka bersama. Ya Allah, inilah ayahku yang sangat baik. Terima kasih pinjamkan dirinya untukku.” Ebit Lew

 

Lebih menyentuh hati, Ustaz Ebit Lew sebenarnya masih lagi di dalam tempoh kuarantin dan dijangka selesai pada hari esok, 14 Julai 2021.

Beliau pernah menyatakan rasa rindunya pada keluarga termasuk bapa tersayang sebelum ini. Tentu lebih terasa kerana tak dapat berada di sisi arwah pada saat-saat akhir!

 

 

Salam takziah buat Ustaz Ebit dan keluarga. Semoga urusan Ustaz dipermudahkan dan arwah bersemadi di kalangan orang yang beriman serta beramal soleh. Alfatihah

Share
Published by
Norzalina