
Tahniah buat pelakon berbakat besar, Tiz Zaqyah atas kejayaannya merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik kategori Filem Seram pada Oktober lepas.
Difahamkan pengiktirafan tersebut adalah bersempena Actors Awards yang menyaksikan Tiz menang anugerah berkenaan menerusi filem Town Mall 2.



Kongsi aktres ini di media sosial miliknya, “Syukur alhamdulillah. Thank you Actors Awards, Film Free Way. Such an honor.
Thank you to the producers Enuja Production, my director Nevin Hiong, my favorite co-star Alif Satar, Chacha Maembong and the whole team. And to everyone worked super hard for this project. On my birthday month, I won an award.”
Tiz Zaqyah atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak menyambut ulang tahun kelahiran ke-34 pada Oktober lepas. Sepanjang lebih 16 tahun menceburi bidang lakonan, Tiz membintangi pelbagai filem dan drama popular.




Antaranya Nur Kasih, Sara Sajeeda, Kolestrol vs Cinta, Dejavu di Kinabalu dan Vila Kristal.
Selain berbakat dalam seni lakonan, Tiq Zaqyah juga ada bakat terpendam melukis dan menyanyi. Kalau tengok media sosialnya, wanita berjiwa kreatif ini turut berkongsi karya-karya lukisan dan video nyanyiannya bersama peminat.
3 Tahun Bergelar Isteri TASHA SHILLA Kini Bahagia Bersama Suami & Sepasang Cahaya Mata Comel!

Masha-Allah, tenang dan bahagianya melihat kehidupan terkini pelakon jelita berketurunan Melayu-Jawa, Tasha Shilla.
Sepasang cahaya mata yang sangat comel menjadi pelengkap rumahtangga Tasha dan suami.


Lihat saja Instagramnya, penuh dengan gambar serta video aktiviti bersama anak-anak dan juga suami.
Setiap perjalanan hidupnya sebagai isteri dan ibu dikongsi di media sosial buat tatapan para peminat serta pengikutnya. Memang terserlah sifat keibuan yang ada pada diri finalis Dewi Remaja 2005/06 ini.
Pada 28 Februari 2023 genaplah usia perkahwinan Tasha dan suaminya, Muhammad Atiq Idris yang ke-3 tahun.
Berikut perkongsian Tasha sempena ulang tahun perkahwinan mereka pada Februari lalu:-
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Raees Zander (2 tahun) dan Nyla Kaadira (1 tahun).
“With a pair of amanah from Allah SWT, we are blessed to take this duty to raise Raees and Nyla as their parents,” tulis Tasha di Instagram.


Menyingkap awal perkenalan, Tasha atau penuhnya Natasha Sheila Abdul Razak, 36, mengenali suami hanya dalam tempoh sebulan. Selepas tiga kali berjumpa, mereka memutuskan untuk ke fasa yang lebih serius.
Mereka bertunang pada 23 Februari 2020 dan sah bergelar suami isteri pada 28 Februari 2020. Setelah berkahwin, Tasha mula memperlahankan karier seninya sebagai pelakon kerana mahu memberi perhatian sepenuhnya terhadap rumahtangga.

“We only got to know each other in a month.. after the 3rd meet we decided to get married.”
Bagi Tasha, Allah SWT sebaik-baik Perancang. Buktinya, dia kini cukup bahagia menjalani kehidupan sebagai seorang isteri dan ibu yang dianggap amat menakjubkan.

“We just put our faith & heart into Allah SWT and believe He is the best of planners. Syukur Alhamdullilah…
“It’s been an amazing journey till now and hope this continues forever till Jannah In shaa Allah.”


Tasha mengharapkan agar nikmat bahagia bersama suami dan anak-anak kekal sampai ke syurga.
Terdahulu, Tasha Shilla memulakan karier lakonan pada 1999 iaitu sejak usianya 12 tahun. Antara drama lakonannya ialah Spanar Jaya, Tentang Dhia, dan Ratu The Movie.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Ucapan Salam Ramadan Selebriti bergelar VIP

Hari ini merupakan hari pertama umat Islam seluruh negara berpuasa. Berpuasa di dalam bulan Ramadan telah dijanjikan ladang pahala yang berlipat-ganda. Selebriti yang bergelar VIP juga tidak ketinggalan mengucapkan Salam Ramadan kepada semua umat Islam. Jom kita tengok apa yang diposting oleh VIP ini di laman Instagram.
- Datin Seri Zizie Izette @zizieizette
“Assalamualaikum,
I would like to take this opportunity to wish all my muslim friends happy Ramadhan Al Mubarak.
Have a blessed ramadhan.
Happy fasting everyone!!
(Saya terlupa nk sahur, nasib dah niat) ??♀️??
*Gambar x cukup corum atas sebab2 tertentu*.”
2. Datin Fouziah Gous @fouziahgous
“Selamat menjalani Ibadah puasa dengan baik pada tahun ini. Di sini saya dan keluarga juga ingin mengambil kesempatan memohon kemaafan jika ada salah dan silap kami? SALAM RAMADHAN.”
3. Datuk Sheila Majid @missmajid
“Selamat menyambut bulan Ramadan & menunaikan ibadah puasa. Mudah2an semua amalan kita akan di terima Allah SWT. Semoga di permudahkan segala urusan di bulan yang penuh berkat ini. In shaa Allah.
Mohon ampun & maaf dari kami sekeluarga.” ??
4. Datin Seri Nur Shahida @shahidadherbs
“Alhamdulillah dipanjangkan usia dapat menyambut ramadhan esok…malam ni bermula terawih…mudahan saya di beri kekuatan utk berpuasa dan berterawih sepanjang bulan ramadhan ni…
.
Tapi belum start puasa dah fikir menu berbuka esok…over tau kita ni.” ?
5. Datin Diyana Halik @diyanahalik
“Selamat Berpuasa everyone! Maaf Zahir dan batin. May Allah forgives us and ease everything for us. Aaminn.”
6. Datin Alyah @alyah81
“Selamat berpuasa buat semua muslimin Dan muslimat.semoga Ramadan kali ini mendekatkan kita pada yg esa dan mengeratkan silaturahim sesama Umat.Semoga amalan Kita diangkat oleh Allah swt…
Kepada ibu jg ibu mertua, kepada Suami, kepada semua Adik beradik,kepada semua ipar duai,saudara mara, Sahabat handai,para peminat,pengikut instagram mahu pun facebook.Dan semuanya yg mengenali diri ini.saya serendah rendah Hati memohon kemaafan.Maafkanla Saya yg kerdil ini.sesungguhnya yg buruk itu dari Saya.Dan yg sempurna itu dari Allah swt.Saya jg sudah memaafkan sesiapa saja yg pernah hadir dlm hidup Saya selama ini…. Gambar kenangan masa di mekah 1st umrah with Abg @syedabibjmd Dato Sri Hajah @datosrisalmahismail & Kak @annayhusin Tq korang semua saat ini yg paling Saya Ingat.Abg abib blanja pi umrah.Hanya Allah swt je mampu balas bang.Semoga Abg terus kuat menempuh panca roba dunia perniagaan.Dan tahniah Abg dah berada di tempat Abg tersendiri.”?
7. Datin Aida Yusof @adyaidayusof
“My Diary : 16.05.2018 .
.
ﺍﻟﻠَّﻪُ ﺃَﻛْﺒَﺮُ ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺍَﻫِّﻠْﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻨَﺎ ﺑِﺎْﻻَﻣِﻦْ ﻭَﺍْﻻِﻳْﻤَﺎﻥِ ﻭَﺍﻟﺴَّﻼَﻣَﺔِ ﻭَﺍْﻻِﺳْﻼَﻡِ ﻭَﺍﻟﺘَّﻮْﻓِﻴْﻖِ ﻟِﻤَﺎﺗُﺤِﺐُّ ﻭَﺗَﺮْﺿَﻰ ﺭَﺑُّﻨَﺎ ﻭَﺭَﺑُّﻚَ ﺍﻟﻠﻪُ
.
.
“Izinkan diri ini untuk memohon maaf “ ? .
.
Atas segala kesalahan baik yang disengaja ataupun tidak disengajakan baik berupa ucapan, sikap ataupun semua perbuatan.
.
Dalam bergaul, bercanda ataupun bekerja. Agar lebih tenang & lebih khusyuk dalam menjalani segala ibadah di Bulan Ramadhan ini.
Begitupun diri ini yang telah memaafkan segala salah & silap semua teman, sahabat & juga saudaraku muslimin & muslimat. Dan kita saling mendoakan semoga Bulan Ramadhan ini terindah dari sebelumnya.
.
Semoga Allah swt melimpahkan segala pahala, keberkatan serta rezeki di Bulan Ramadhan ini. Dan Allah swt juga memberikan umur panjang serta kesihatan diri & keluarga kita semua. Agar kita semua dapat mengisinya dengan kesempurnaan ibadah kita di Bulan Ramadhan ini sampai selesai.
.
Selamat mempersiapkan diri untuk beribadah di Bulan Ramadhan yang sebentar lagi akan datang ?
Kita persembahkan kesabaran, Allah swt yang balas dengan pahala kesempurnaan.
Amin Ya Rabbal Alamin.” ?
8. Datin Anne Ngasri @annengasricom
“Salam Ramadhan buat semua Umat Islam. Semoga Ramadhan kali ini jadikan kita umat yang terbaik. Amin insyaallah.
Pesanan Jibril a.s. kpd Nabi S.A.W tika hadir Ramadhan., jangan lupa bermohon maaf dengan 3 golongan :
1. Maaf kpd kedua ibubapa
2. Maaf sesama suami isteri
3. Maaf kpd keluarga, sahabat dan mereka disekeliling kita.
Ampun maaf salah dan khilaf. Salam Ramadhan al-Kareem.”
9. Datin Vivy Yusof @vivyyusof
“Ramadhan is so that we can feel how the less fortunate feel so I try not to cut back on things. I don’t suddenly sleep more, work less or carry lighter boxes just because it’s Ramadhan. Test your limits, work hard, pray hard and appreciate it all.” – @fadzaanuar at our townhall today. This made me realise how strong us Muslims are – hot, hungry, thirsty, and not allowed to complain about it otherwise our fasting pahala just disappears. I love how it’s trying to show us Muslims that we CAN do anything, and after Ramadhan we always look back and think wow how did I survive that? Islam tests our limits, teaches us discipline, shows us how lucky we are to have food and water, in hopes that we come out better, stronger and more wholesome human beings. Have a blessed Ramadhan today, everyone and may any tests this month be easy for you to face. Ampun our dosa, from myself, my family, my best friends and my teams.” ??❤️
Hilangkan PERUT BUNCIT, Buat 12 Cara Ni Selalu Confirm Jadi!

Perut yang buncit dan menggeleber sudah pasti menjejaskan penampilan khususnya bagi golongan wanita. Pelbagai cara diusahakan untuk mengatasi masalah ini namun tetap juga tidak berhasil. Impian anda untuk memiliki perut indah akan tercapai dengan melakukan 12 langkah mudah ini setiap hari. Ia cukup mudah, murah serta berkesan jika diamalkan secara rutin.
1. DUDUK TEGAK
Tubuh yang kerap membongkok boleh menyebabkan bahagian bawah perut kelihatan lebih besar. Bagi mengelakkan keadaan ini berlaku, kencangkan otot di bahagian bawah perut dengan menarik bahu ke belakang sementara dagu ditarik ke atas. Posisi ini menjadikan postur tubuh lebih baik.
2. AKTIVITI DI RUMAH
Lakukan aktiviti anda sendiri antaranya mengangkat barang, membersihkan persekitaran rumah, menyapu sampah dan sebagainya. Aktiviti ini dapat membakar sekurang-kurangnya 350 kalori dalam tempoh sejam.
3. LATIHAN UNTUK PINGGUL
Otot pinggul yang kuat sangat penting untuk membentuk otot perut yang indah. Sekiranya anda melakukan latihan untuk mengencangkan otot pinggul, otot di sekitar pinggang juga terlatih. Otot perut bahagian bawah turut mengencang.
4. BERJALAN KAKI
Aktiviti berjalan dapat membantu anda menggerakkan tubuh bahagian bawah termasuklah mengencangkan otot perut.
5. LATIHAN UNTUK PERUT
Baring secara terlentang di atas lantai dan letakkan kaki di kerusi. Angkat kepala serta tubuh secara perlahan-lahan menghala ke hujung kaki. Kemudian kembali ke posisi asal dengan perlahan-lahan. Lakukan sebanyak 10 – 12 kali, dua hingga tiga kali seminggu.
6. MENGENCANGKAN PERUT
Baring di atas lantai dan letakkan tangan di sisi tubuh. Bengkokkan lutut sebanyak 90 darjah. Kencangkan otot perut dan tekan punggung ke lantai. Angkat pinggul dari lantai dan tahan beberapa saat lalu turunkan. Lakukan sebanyak 10 -12 kali, dua ke tiga kali seminggu.
7. MEMBENTUK GARIS PINGGANG
Baring secara terlentang, bengkokkan kedua-dua lutut. Posisikan pergelangan kaki kanan di atas lutut kiri dan letakkan tangan di belakang leher. Pastikan kedua-dua siku mengarah ke sisi luar tubuh. Angkat kepala dan punggung. Tahan beberapa minit dan turunkan tubuh ke posisi asal secara perlahan-lahan. Lakukan gerakan ini sebanyak 10 – 12 kali untuk kedua-dua sisi tubuh. Lakukan sebanyak dua ke tiga kali seminggu.
8. MENJAGA WAKTU TIDUR
Usah abaikan waktu tidur anda. Kurang tidur akan menyebabkan metabolisme tubuh anda terganggu. Ia turut memberi kesan kepada bentuk tubuh anda.
9. AKTIVITI BIASA
Jika anda seorang yang sentiasa sibuk dan tiada masa untuk ke gim, apa kata anda lakukan cara yang paling mudah seperti berjalan atau brisk walk sambil menikmati pemandangan luar, bermain lompat tali atau bermain dengan anak-anak. Secara tidak langsung tubuh akan lebih sihat dan cantik. Hati juga pasti lebih bahagia.
10. MAKAN BUAH SETIAP HARI
Buah-buahan mengandungi serat yang tinggi untuk melancarkan sistem pencernaan. Jika tidak, perut akan kelihatan kembung dan buncit.
11. MINUM BANYAK AIR
Air putih boleh membantu untuk memberi rasa kenyang serta tidak mengandungi kalori. Selain itu, air turut membantu melancarkan fungsi metabolisme tubuh.
12. HINDARI ALKOHOL
Minuman beralkohol sememangnya tidak mengandungi lemak. Namun begitu, kandungan kalorinya adalah tinggi. Minuman beralkohol boleh meningkatkan penghasilan kortisol yang menyebabkan perubahan bentuk perut di bahagian bawah menjadi lebih besar dan buncit.