Untung Aliff Aziz dikurniakan isteri yang bukan saja cantik tapi pandai berdikari. Saban tahun, bakat dan kejayaan Bella Astillah makin menyinar. Berbakat besar dalam industri seni, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabella Awang Astillah ini pernah membintangi drama Cinta Belum Tamat Tempoh, Perisik Cinta Tak Diundang dan mengeluarkan single pertamanya berjudul Tenang.
Bella yang lahir pada 15 Mac 1994 di Sandakan, Sabah ini sah bergelar isteri kepada penyanyi kelahiran Singapura iaitu Aliff Aziz pada 9 Disember 2016. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki Mohamad Ayden Adrean dan seorang anak perempuan iaitu Ara Adreanna yang lahir pada 18 Julai tahun lepas.
Menariknya, walau sudah bergelar ibu kepada 2 anak namun susuk tubuh Bella tetap ramping menawan. Bahkan, figura berusia 27 tahun tersebut turut mendedahkan di Instagram miliknya yang dia masih mampu menyarung persalinan yang pernah dipakai sejak berumur 13 tahun lagi!
Tidak hairanlah ramai yang menyangka penampilan Bella kekal anggun seperti anak dara. Pandai jaga badan.
Merupakan anak sulung daripada lima beradik, sifat cekal dan tabah Bella mendepani cabaran hidup sangat dikagumi ramai. Enggan mengenang kisah silam, dia dilihat cukup positif menempuh ujian. Barangkali kerana sudah terbiasa dengan tanggungjawabnya selama ini sebagai anak sulung dalam keluarga.
Selain sibuk dengan kerjaya seni, Bella juga sering menerima tawaran untuk menjadi jurucakap produk atau duta. Bersandarkan wajah cantik, susuk badan langsing dan bakat yang dimiliki, rezeki Bella ‘datang’ mencurah-curah.
Tidak cukup itu, Bella turut memanfaatkan bakat memasak yang ada dengan menjual seleksi hidangan menyelerakan buat pelanggan. Memang serba boleh Bella ni!
Tahun lalu, Bella mula mempromosikan jualan laksa air tangannya yang diberi nama Laksa Boh. Sambutan yang diterima nyata menggalakkan sampai ada yang sanggup beratur panjang.
Kongsi Bella, “Syukur alhamdulillah, Laksa Bah is back! Bella happy sebab selama ni buat kat rumah, now orang dah boleh datang Masok Food Court Kg Baru untuk makan Laksa Bah. Bella decide untuk buka sebab bayangkan Bella masak di rumah untuk 200-300 mangkuk. That’s why terfikir untuk mudahkan peminat-peminat tegar laksa, Bella buka food court lagi senang!
Terima kasih yang tak terhingga buat suami, mama dan keluarga yang bertungkus-lumus tolong Bella untuk kedai laksa ni! I love you all so much. And tak lupa yang beli laksa dari dulu lagi masa kat Havoc.”
Selain laksa, bisnes Laksa Boh ini juga menjual Nasi Kuning Ayam dan Nasi Ikan Kuning.
Kredit foto: Instagram Bella Astillah
This website uses cookies.