Suaranya lunak merdu, apatah lagi lagu ‘Old Love’ gandingan Putri Nor Dahlia dan Yuji kerap berkumandang di media sosial. Berusia 18 tahun, gadis cantik yang merupakan anak kepada penyanyi Datuk Nora Ariffin itu nampaknya bakal menurut jejak langkah ibu bapanya dalam bidang muzik.
Persis bapanya, Allahyarham Johan Nawawi, Putri Dahlia kini fokus kepada nyanyian, mencipta lagu, menulis lirik dan menerbitkan lagu.
Putri Dahlia juga kini baru saja memulakan pengajiannya di UiTM Shah Alam dalam jurusan muzik. Dengan harapan melihat kejayaan anakanda tersayang, Datuk Nora Ariffin berkali-kali berpesan supaya anak gadisnya dapat meneruskan legasi keluarga mereka, khasnya arwah papa dalam bidang muzik dan dirinya dalam bidang nyanyian.
“Legasi Johan Nawawi. Putri Dahlia sudah menyanyi seawal umur 5 tahun, bermula dari lagu Erti Al- Fatihah, arwah Johan sudah melihat bakat besar dalam dirinya.
Alhamdulillah. Putri banyak mewarisi bakat seni dari arwah Johan, cipta lagu, tulis lirik, buat arrangement, bv dan main vokal. Sebagai ibu saya tumpang bangga dan sentiasa doakan yang terbaik.
Kalaulah papa masih ada, pasti dia bangga dengan pencapaian Putri sekarang. I’m so proud of you. It’s a long way to go, study hard, stay fokus. This life is full of challenges. Teruskan berkarya.
Moga menjadi insan yang bermanfaat pada semua. Love you.” Datuk Nora Ariffin
Sambil menyatakan kerinduan pada arwah suaminya, Datuk Nora atau nama penuhnya Wan Norafizah Dato’ Haji Wan Ariffin, 50 tahun yang kini sudah mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Ustaz Dr Rushdi Ramli tak putus-putus mendoakan yang terbaik buat anak kesayangannya.
Datuk Nora berkahwin kali kedua dengan pensyarah kanan Jabatan Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Dr. Rushdi Ramli yang juga rakan karib arwah suaminya, Allahyarham Johan Nawawi.
Penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema itu juga mendoakan Putri Dahlia memanfaatkan sepenuhnya bakat yang ada. Dia yakin anaknya itu mewarisi bakat suaminya, Allahyarham Johan Nawawi.
“Sebagai ibu, saya hanya sokong dan berdoa agar anak yang banyak mewarisi bakat arwah Johan ini berjaya dunia dan akhirat. Insya-Allah.”
Putri Dahlia aktif menghasilkan lagu Inggeris termasuk Set U Free, mi amor, Butterflies dan Old Love. Nyanyiannya juga mendapat perhatian dan sering tular di TikTok.
Artikel berkaitan: https://www.nona.my/aura-jelita-datuk-nora-ariffin-meniti-usia-50-dah-tak-excited-beli-baju-raya-macam-dulu/
This website uses cookies.