Berbalas Mesej Romantis, Pasangan Berpengaruh Barack & Michelle Obama Raikan Ulang Tahun Perkahwinan ke-29

Bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menitipkan pesanan romantis buat isterinya, Michelle Obama sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-29.

Menerusi akaun Instagram @barackobama, Presiden Amerika ke-44 itu berterus-terang tidak mampu membayangkan kehidupannya tanpa sosok wanita bernama Michelle di sisi.

“Saya senang melihat dunia mengenalmu, bukan hanya sebagai ibu, peguam, penulis dan Wanita Pertama, tapi sebagai teman karib.

Tak mampu membayangkan bagaimana kehidupan ini tanpa dirimu…”

Sambil berkongsi foto kenangan mereka sewaktu muda, Michelle turut mengekspresikan rasa sayangnya kepada suami tersayang.

How it started vs how it’s going

“Happy anniversary, Barack – love you!” @michelleobama

 

PERKAHWINAN

Sedari sejak dulu lagi, merpati dua sejoli ini kerap berbalas ucapan manis melalui akaun Instagram peribadi. Barack yang mengumpul pengikut 35 juta sementara Michelle, 47.2 juta masing-masing tidak berselindung akan perasaan yang tersemat di hati.

Merupakan pemimpin Amerika-Afrika pertama dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat, lelaki kelahiran Hawaii itu pernah menerima Hadiah Keamanan Nobel 2009 sewaktu tahun pertamanya sebagai Presiden.

 

 

Pasangan berpengaruh ini melangsungkan ikatan perkahwinan pada 3 Oktober 1992 dan mereka dikurniakan dua puteri, Malia Ann dan Natasha Obama.

Barack dan Michelle bertemu buat kali pertama pada tahun 1989. Kisah cinta bekas graduan Harvard ini turut diadaptasi ke dalam sebuah filem berjudul Southside With You.

Sumber: Instagram @barackobama

Share
Published by
Norzalina