Apabila mengambil sarapan pagi, apakah menu utama anda? Adakah nasi lemak, roti canai atau teh tarik masih menjadi pilihan? Sempena tahun baru ini, ubahlah menu sarapan pagi kerana ini penting untuk membekalkan tenaga sepanjang hari serta mengandungi banyak khasiat. Mulakan sarapan pagi dengan bijirin oat yang mengandungi zat makanan seperti asid amino, vitamin B1, kalsium, besi, serat yang boleh larut.

IKLAN

Oat merupakan sejenis bijirin dan sering diambil sebagai sarapan pagi. Oat boleh dipelbagaikan cara masakan dengan menjadikannya bubur, oat yang dilenyek atau oatmeal yang digunakan sebagai bahan untuk membuat biskut terutama pada musim perayaan. Terdapat juga sebahagian penggemar oat yang memakannya secara mentah atau dicampur dengan susu yang kini menjadi menu popular.

Berdasarkan laporan perubatan, pengambilan oat berupaya mengurangkan kolesterol serta berkemungkinan mengurangkan risiko penyakit jantung malah bagi pengidap penyakit celiac, oat selamat untuk dimakan. Bijirin oat ini kaya dengan pelbagai khasiat antaranya ialah vitamin B yang penting kepada saraf bagi membantu mengatasi tekanan dan kemurungan.

Berbentuk Leper & Ringan Tapi ‘Berat’ Dengan Pelbagai Khasiat! OAT, Sajian Diet Terbaik

Oat turut mengandungi fiber yang merupakan salah satu gizi penting untuk mengekalkan kesihatan walau fiber tidak dapat dicerna secara langsung oleh tubuh manusia. Selain itu, ia juga kaya dengan khasiat yang tinggi kandungannya seperti protein dan pelbagai mineral seperti kalsium, zat besi, maganese dan selenium, vitamin B-kompleks dan antioksidan termasuk kompaun vitamin E.

IKLAN

Bagi penghidap sakit jantung, pengambilan oat dapat merendahkan risiko sakit jantung dengan merendahkan kadar kolesterol darah.

Sebagai individu yang mementingkan kesihatan, adalah bagus jika oat diambil setiap hari untuk diet rendah lemak dan kurang kolestrol. Malah dapat memelihara kadar tekanan darah yang sihat. Oat boleh didapati dalam pelbagai bentuk antaranya ialah oat steel-cut iaitu bijirin yang dipotong kepada dua atau tiga bahagian serta terdiri dari pelbagai perisa dengan tekstur semulajadi tetapi perlu dimasak lebih lama.

IKLAN

Manakala oat yang digiling akan diproses dan dileperkan agar lebih cepat dimasak. Oat jenis ini hanya perlu ditambah air mendidih untuk dinikmati. Di samping dijadikan bubur dan memekatkan kuah masakan

Perlu Tahu Tentang Oat

  •  Oat merupakan makanan yang berkhasiat dan disyorkan oleh pakar-pakar pemakanan
  •  Kaya dengan fiber yang berguna untuk sistem penghadaman
  •  Berupaya membantu mengurangkan tekanan darah dan paras kolesterol, mengurangkan risiko kardiovaskular, serangan jantung dan lumpuh
  •  Sebagai anti-depresi semulajadi yang berfungsi seperti tonik untuk saraf
  •  Membantu melegakan sakit kepala dan keletihan
  •  Mengandungi kalsium yang membantu menguatkan gigi dan tulang
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI