Pertama kali bertemu Datin Sri Natasha Rosa Boudville memang dia seorang wanita yang menyenangkan. Memiliki peribadi mesra dan berbudi bahasa, tidak hairanlah wanita cantik ini berjaya menambat hati pelakon tampan yang juga usahawan Dato’ Sri Eizlan Yusof. Disember lepas genap tiga tahun usia perkahwinan pasangan romantis ini.
Berpeluang mendekati personaliti ini yang pernah bertugas dalam bidang perhotelan, Datin Sri Natasha atau selesa disapa Datin Sri Sasha kian diulit bahagia di samping keluarga tersayang. Apatah lagi, puteri kesayangan bakal mencecah usia dua tahun pada April depan.
Ads
Berkongsi perkembangan diri, dalam nada rendah diri Datin Sri Sasha membuka bicara. “Lepas berkahwin hari tu terus PKP sebab pandemik Covid-19. Kemudian saya pregnant dan dapat anak perempuan yang diberi nama Zaelynn.
Lepas melahirkan Zaelynn, saya berhenti kerja dan sampai sekarang saya jaga dia. April ni dia akan berusia dua tahun. Alhamdulillah Disember lalu kami sambut ulang tahun perkahwinan yang ketiga.”
Ditanya adakah sukar membawa status isteri kepada selebriti, sambil tersenyum Datin Sri Sasha berkata, “Rasanya tidak. Bergantung dengan siapa kita kahwin, macam mana dia guide kita dan tunjuk jalan yang sepatutnya seorang suami didik apatah lagi bila jadi wife kepada selebriti. Semua tu kena ambil kira juga.
Sejujurnya bagi saya, perkara tu bukan masalah. Macam semua orang tahu suami saya pun seorang yang humble dan senang nak approach. Jadi semua itu memudahkan saya untuk jalani hidup sebagai isteri yang mana suami saya ialah public figure.”
Mengulas perwatakan suami tercinta, “Macam mana dia di luar, macam tu juga dia di rumah. Tapi di rumah dia lebih kelakarlah. Seperti yang saya pernah cerita sebelum ini, dia memang seorang yang suka berjenaka.
Kadang-kala perwatakan dia tu terbawa-bawa sampai ketika berlakon pun. Apa yang orang tengok di TV dan movie, memang itu perangai dia.”
Datin Sri Sasha seorang yang low profile dan selesa menjalani hidup biasa seperti insan lain. Menceritakan latar belakang keluarga, dia mempunyai darah keturunan Serani dan Filipina.
Ads
“Ayah kandung saya Eurasian, mak saya pula asal Filipina. Tapi saya membesar dengan ayah saya yang berbangsa India. Kalau nak kata pandai cakap Filipina tu tidaklah. Tapi saya faham cuma tak boleh bertutur sebab tak praktikkan.”
Mula mengenali Dato’ Sri Eizlan pada tahun 2015, figura ini bersyukur hubungan mereka mendapat restu keluarga kedua-dua pihak dan akrab dengan adik-beradik suami.
“Mertua baik sangat. So far dengan family semua baik sebab saya pun dah kenal dan pernah jumpa dengan family suami sebelum ni. Saya rapat dengan semua family suami dan rasa dah macam family sendiri,” dedah Datin Sri Sasha yang juga anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan menerima pelantikan sebagai Kapten pada tahun 2020 selepas lebih dua tahun aktif menjadi sukarelawan.
Bercerita didikan terhadap anak, ini jawapan jujur Datin Sri Sasha. “Saya lebih tegas mendidik anak. Maybe sebab kita sebagai ibu, kita mahukan yang terbaik untuk anak dan mendidik mereka ke arah yang baik sama seperti ibu-ibu lain juga.
Ads
Dan exposure dengan dunia luar dan social media sekarang ini kita sebagai ibu bapa, kita yang kena menjaga dan melindungi anak. Sebab kalau bukan kita, siapa lagi.”
Sebelum mengakhiri perbualan, Datin Sri Sasha sempat berkongsi bagaimana dia menjaga keharmonian rumah tangga bersama Dato’ Sri Eizlan. “Kita sebagai suami isteri memang kena bertolak ansur, tak kisah siapa suami kita atau latar belakang keluarga masing-masing.
Yang penting kita kena banyak tolak ansur dan banyak kena bersabar. Sebagai isteri kalau ada benda yang kita rasa kita perlu bersuara dan bercakap, kita kena cakap. Tak perlu bergaduh tapi cari masa sesuai untuk berdiplomasi supaya pasnagan boleh terima dan dengar apa yang kita cakap.”
Datin Sri Sasha berkahwin dengan Dato’ Sri Eizlan pada 12 Disember 2019. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Zaelynn Rosa pada 13 April 2021.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seronok tengok bisnes yang diusahakan Muabellaz! Apa saja produk yang dijual pasti laris di pasaran. Siapa sangka Muabellaz atau mesra disapa Bellaz yang selama ini sinonim dengan dunia kecantikan dan kosmetik mampu meraih pulangan lumayan dalam bisnes makanan pula. Luar biasa penangan usahawan Kedah ini.
Bellaz atau nama sebenarnya Nabilah Zulyadaini menerusi media sosial miliknya melahirkan rasa syukur dengan sambutan penjualan kuih karipap dan aneka hidangan pencuci mulut yang diterima daripada peminat ketika menyertai Penang Starvendors Foodstival Auto-City Juru baru-baru ini.
Sepanjang dua hari penganjuran acara tersebut sejak 10 hingga 12 November, peminat sanggup beratur panjang setiap hari demi untuk merasai air tangan ibu empat anak tersebut. Selain mendapatkan produk kecantikan Bellaz Beauty.
Dalam festival jualan makanan tersebut, Bellaz menjual kuih karipap air tangannya dan suami iaitu Karipap Cinta, Wara Dadih Lemak, Premium Cheesekut Eica dan banyak lagi.
Kagum dengan semangat suami isteri ini yang rajin berniaga dan membuat kuih sendiri!
Daripada perkongsian video pengasas Bellaz Beauty ini, kelihatan suami tercinta iaitu Anuar Ahmad yang sedang asyik membuat karipap. Kemas saja pembuatan karipap mereka.
“Bellaz nak habaq siapa yang dah beli Karipap Cinta Bellaz. Jangan makan waktu panas takut melecup mulut eh tunggu dia betul-betul sejuk lepas tu hampa tokak pergh nikmat crunchy dia tu memang padu dan nak goreng api jangan kuat tau.
Karipap ni sedap dimakan dihidangkan dengan air kopi O atau teh panas. Resipi ibu mentua Bellaz. Alhamdulilah permintaan terlalu tinggi.”
Terbaharu, Bellaz dan suami akan mengeluarkan satu lagi produk kuih air tangan mereka iaitu Cucur Badak.
“Coq Badak sayang Mat Nuart ni. Kulit di luar rangup dalam lembut. Inti berasa manis manis secukup rasa. Menu terbaru ye. Lepas ni walaupun limit tetap dapat dua bekas insyaAllah.
Karipap Cinta dengan Coq Badak sayang. Macam biasa inti bini buat, kulit rangup lembut Mat Nuart buat.”
Moga apa saja bisnes yang diusahakan Bellaz berkembang maju dan menjadi inspirasi kepada golongan wanita.
Keadaan cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini bukan sahaja memberi kesan terhadap kesihatan, malah ia turut menyebabkan timbulnya beberapa masalah pada kulit. Jika tidak diberi perhatian yang khusus, sudah tentu ia akan mencacatkan penampilan seseorang. Selain perubahan cuaca terdapat beberapa perkara yang turut menyumbang ke arah masalah kulit. Tentu saja masalah stres, kitaran menstruasi, kondisi kulit serta pengaruh iklim tropika yang sudah lumrah sering dikaitkan dengan masalah ini. Jika anda mengalami masalah yang sama, jom kenal pasti masalah dan rawat dengan cara yang betul.
Mengapa Wajah Berminyak?
Kulit wajah yang cenderung sensitif memerlukan kandungan semula jadi yang sangat ringan. Jadi, produk dengan kandungan mineral merupakan penyelesaian terbaik. Namun anda perlu tahu kelebihan kandungan mineral dalam produk kecantikan yang berada di pasaran.
Anda harus memilih produk yang bersifat non comedogenic bermaksud tidak menyumbat pori-pori dan tidak menyebabkan jerawat. Paling menarik, produk dengan kandungan mineral memiliki butiran yang berukuran nano partikel sehingga mudah meresap ke dalam kulit. Kebiasaannya, produk yang mengandungi mineral juga tidak mengandungi wangian sintetik, pewarna, minyak mineral dan pengawet sehingga anda boleh meminima berlakunya alahan kulit.
Beberapa doktor dan pakar kecantikan seringkali menyarankan untuk menggunakan kosmetik berasaskan mineral pada wanita yang baru saja menjalani perawatan laser, mikrodermabrasi, dan pengelupasan kimia. Namun, tidak semua kandungan mineral dapat digunakan. Berikut adalah beberapa kandungan mineral yang sesuai dan terkandung dalam sebahagian besar produk kecantikan.
Merawat Kulit Berminyak
Minyak pada kulit wajah penting untuk menjaga kelembapan kulit. Namun minyak yang berlebihan juga tidak baik untuk kulit hingga mengundang rasa tidak selesa. Tahukah anda, masalah ini antaranya berpunca disebabkan pola pemakanan yang salah. Akibatnya, kulit berminyak memerangkap kotoran membuat kulit terlihat kusam.
Untuk mengatasi kulit berminyak ialah mencuci wajah secara teratur. Basuh wajah minima dua kali sehari dengan pembersih wajah yang lembut dan tidak menyebabkan alahan. Lebih bagus lagi jika anda memilih pembersih wajah yang dibuat dari formulasi herba.
Gosok dengan pembersih wajah 2 kali dalam seminggu.
Ada beberapa pembersih wajah yang berfungsi seperti lulur yang menyingkirkan kotoran dan kulit mati hingga wajah menjadi bersih dan cerah. Wajah berminyak lebih mudah memerangkap debu hingga membentuk lapisan di atas wajah. Jadi anda disarankan memilih produk yang selamat dan terbukti berkesan bagi mengurangkan masalah kulit wajah.
Selepas mencuci wajah menggunakan produk pembersih wajah, jangan lupa untuk mengaplikasikan penyegar dan pelembap. Perawatan ini tidak hanya diperlukan untuk kulit berminyak malah juga sesuai untuk kulit tidak berminyak. Pelbagai produk dijual di pasaran seperti penyegar air mawar dan dan teh hijau.
Tidak kira apa jua produk penjagaan wajah yang menjadi pilihan, sebaiknya dapatkan nasihat dari pakar dermatologi agar permasalahan ini dapat diatasi dan memberikan kesan yang positif terhadap kulit seseorang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Macam anak dara! Itu perkataan pertama yang terlintas di fikiran apabila melihat penampilan terkini Datin Seri Zizie Izette.
Dilahirkan sebagai seorang wanita yang cantik, rutin gaya hidup sihat yang diamalkan Datin Seri Zizie bukan saja berjaya mengubah penampilannya dari segi fizikal bahkan kelihatan lebih ceria dan penuh stamina.
Tak dinafikan dalam usia 44 tahun kakak kepada pelakon berbakat besar, Shaheizy Sam ini kekal mempersona.
Ramping Di Usia 44 Tahun! Ini ‘Rahsia’ Zizie
Malah sejak berkahwin dan mempunyai anak, aura Datin Seri Zizie makin berseri-seri. Jelas terpancar kebahagiaan yang dikecapinya hari ini.
Daripada perkongsian Datin Seri Zizie di Instagram miliknya, memang nampak perubahan ketara isteri Dauk Seri Bung Moktar Radin ini.
Yang pasti, hasil usaha keras workout dengan trainer berpengalaman di gimnasium membuahkan berhasil kerana dia kini tampil lebih muda, sihat dan langsing.
Rajin WORKOUT Dan Senaman Adalah Kuncinya!
Buktinya, gambar terbaharu Datin Seri Zizie yang lengkap berpakaian sukan meraih perhatian peminat dan rakan artis. Rata-rata mereka memuji penampilannya yang ‘glowing’!
Mengenali Datin Seri Zizie Izette, beliau sememangnya seorang personaliti yang mudah mesra dan merendah diri orangnya. Membawa status VIP dan selebriti, pasti masyarakat beranggapan golongan ini gemar mengenakan jenama mewah dari hujung rambut ke hujung kaki.
Bukan hanya dikagumi kerana keperibadian diri bahkan kehidupan bahagia di samping suami dan anak-anak tersayang serta keprihatinan Datin Seri Zizie menjaga kebajikan pembantu rumah turut menjadi perhatian.
Suatu ketika dulu, personaliti ini pernah menarik tumpuan peminat apabila turut membawa lima pembantu rumah pergi bercuti bersama anak-anak.
Lima anak kesayangan Datin Seri Zizie Izette ialah Naila Nurjenna, Aaric Zayn Izette, anak kembar iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette serta puteri bongsu, Aalisa Belle Izette.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...