Memenuhi jemputan rasmi dari Pejabat Perdana Menteri, team Majalah Nona berbuka puasa di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya pada 22 Ramadan 1443H. First time jumpa YAB Dato’ Sri Ismail Sabri, kagum sangat dengan keramahan dan sifat kebapaannya, memang baik sangat-sangat.
Tertawan dengan cara beliau yang sangat ayah-ayah dan low profile
, patutlah orangnya disenangi rakyat!Bila disapa, beliau secara automatik menyebut nama Majalah Nona beberapa kali. Tentunya majalah kesayangan ramai ini cukup dekat di hati Perdana Menteri, kan!
Tonton video pengalaman kami ketika berjumpa Perdana Menteri, besarnya Kompleks Seri Perdana ni…
RAI MEDIA
Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dan seisi Pejabat Perdana Menteri meraikan pengamal media termasuk ketua pengarang dan editor pada majlis berbuka puasa di kediaman rasmi beliau di Seri Perdana.
Majlis itu dihadiri kira-kira 700 tetamu daripada pelbagai agensi media termasuklah Majalah Nona.
Turut hadir Pengerusi Bernama Datuk Ras Adiba Radzi, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Roslan Ariffin dan Ketua Pengarang Bernama Khairdzir Md Yunus.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran 95 jemputan Pejabat Perdana Menteri daripada Yayasan Keluarga Malaysia serta rumah anak yatim dan asnaf Raudhatul Al-Faeez. Dato’ Sri Ismail Sabri kemudian menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih secara berjemaah.
Pada bulan mulia ini, didoakan semoga kepimpinan beliau terus cemerlang dan amanah menjalankan tugas sebagai pemimpin No. 1 Malaysia!
This website uses cookies.