Jelas terpancar kegembiraan dan keseronokan diraut wajah rakyat jelata di atas keberangkatan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berbuka puasa di Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK).
Keramahan dan kemesraan Seri Paduka Baginda berdua diterjemahkan apabila Baginda berdua berkenan bercemar duli menyantuni dan beramah mesra bersama rakyat jelata di padang MBK.
Seri Paduka Baginda turut diiringi paduka anakanda, KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan YAM Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.
Ads
Tidak ketinggalan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera, YHM Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan dan YAM Tengku Arif Temenggong Tengku Fahad Mu’adzam Shah.
Ads
Tidak ketinggalan, turut menikmati kemeriahan suasana berbuka yang menjadi tradisi keluarga diraja ini setiap kali Ramadan ialah YM Tengku Adam Ibrahim Shah, YM Tengku Sulaiman Abdullah Shah dan YM Tengku Nuh Muhmmad Shah.
Seri Paduka Baginda berdua bersama paduka anakanda dan paduka cucunda turut berkenan mengagihkan 2,000 bubur lambuk air tangan Raja Permaisuri Agong serta sumbangan kepada pengunjung bazar dan mereka yang berbuka di padang berkenaan.
Ads
Seri Paduka berdua kemudian turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada 100 anak-anak yatim dari Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, Kuantan dan Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajjah Kalsom, Penor.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua pada jam 6.00 petang disambut YAB Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Ketua Polis Negeri Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf dan Datuk Bandar Kuantan Dato’ Hamdan Hussin.
Sumber: House of Pahang & Istana Negara
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Empat hari bertarung nyawa melawan kesakitan, akhirnya bayi comel Naufal Amsyar kembali bertemu PenciptaNya hari ini, kira-kira pukul 9 pagi tadi. Berita itu disahkan sendiri bapa bayi 10 bulan berkenaan, Nabil Fikri Anwar melalui aplikasi Whatsapp.
“Assalamualaikum. Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat anak saya Naufal Amsyar Bin Nabil Fikri yang telah kembali ke rahmatullah pada pukul 9 pagi tadi di Hospital Pakar Sultanah Fatimah,” katanya.
Kisah Naufal Amsyar tular sejak Selasa lalu apabila dia yang dijaga pengasuh wanita dimasukkan ke hospital dipercayai diserang sawan. Pun begitu, selepas pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam di dahi kiri, pendarahan mata dan retak tempurung kepala.
Rentetan itu, pihak polis menahan pengasuh wanita terbabit berusia 35 tahun pada Khamis lalu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
Apa sudah jadi dengan masyarakat kita hari ni. Satu persatu gejala penderaan bayi melibatkan pengasuh terbongkar dan semakin membimbangkan. Diharapkan agar pihak berwajib dan masyarakat sekeliling lebih peka dengan situasi ini agar tidak kembali berulang.
Buat ibu bapa Naufal Amsyar, Nabil Fikri Anwar dan Noraziqah Rohmat .. tenanglah menerima pemergian anakanda tersayang. Sesungguhnya Allah itu adalah sebaik-baik perancang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan jumlah kecil, kejayaan filem Polis Evo 3 meraih kutipan sebanyak RM54 juta menjadikan ia diangkat sebagai Filem Pilihan No. 1 Malaysia 2023. Tak hairanlah dalam hantaran terbaharu aktor Zizan Razak, mantan Perdana Menteri ke-9, Dato’ Seri Ismail Sabri dan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dilihat turut ke pawagam untuk menonton filem genre aksi komedi tersebut.
Baru saja bergelar seorang Penerbit, Zizan Razak menyifatkan filem tempatan kita mampu berdiri setaraf filem antarabangsa.
Perjalanan penggambaran filem ini mengambil masa sekitar 3 tahun untuk disiapkan kerana tergendala akibat pandemik COVID-19 dan akhirnya mula ditayangkan pada 25 Mei lepas.
Kehadiran Dato’ Seri Ismail Sabri dan Khairy Jamaluddin bagi memberi sokongan terhadap tayangan filem tersebut jelas menggembirakan banyak pihak, khususnya produksi filem. Semangatnya bila hasil karya penggiat seni diberi penghargaan macam ni…
“Overnight plan. Bila DQ (Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin) call kata ‘Zizan, nak tengok Polis Evo 3’, kita pun jawab ‘Mari!’
Dan hari ini saya berbesar hati kerana Mantan Perdana Menteri ke-9, Dato’ Seri Ismail Sabri dan brother kita yang tall, dark and handsome, mantan Menteri Kesihatan dan Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bersama team menonton filem Polis Evo 3.
Terima kasih kepada sahabat kita Datuk Muhamad Muqharabbin dan Ibdillah Ishak yang set kan program malam tadi dan terima kasih juga kepada semua yang terlibat with overnight plans ni.” Zizan Razak
Sementara itu, Dato’ Seri Ismail Sabri turut berkongsi pengalamannya menonton filem tersebut sambil memuji barisan produksi Polis Evo 3 yang membuktikan kemampuan anak seni Malaysia.
“Semalam saya bersama KJ, Datuk Chong Sin Woon, Zizan Razak, Shaheizy Sam dan tim produksi Polis Evo 3 di The Gardens Mall untuk menonton filem ini.
Sebuah karya tempatan yang menarik serta bermutu tinggi. Ia setanding dengan filem-filem luar yang sering dipertontonkan di pawagam tempatan.
Saya berharap agar agensi-agensi yang terlibat dengan perfileman dan seni dapat membantu karya tempatan agar dapat menembusi pasaran luar negara demi masa depan industri kreatif di negara ini.
Dato’ Seri Ismail Sabri
Tahniah kepada pelakon-pelakon dan tim produksi Polis Evo 3 di atas kejayaan menghasilkan filem ini. Tak sabar nak tengok Polis Evo 4 dan jangan lupa jemput saya lagi.” Dato’ Seri Ismail Sabri
Polis Evo 3 mempertaruhkan bakat-bakat pelakon terbaik negara seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Fauzi Nawawi, Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Nora Danish dan ramai lagi.
Bukan tempoh yang singkat, 30 tahun jadi anak seni, akhirnya Datuk Nora Ariffin bakal adakan konsert solo buat julung kali pada Disember ini.
Tiga dekad melayari perjalanan sebagai anak seni dan mempunyai 18 album solo serta kompilasi, Datuk Nora Ariffin boleh dikatakan antara penyanyi popular negara, sebaris nama besar selebriti tempatan yang masih unggul sehingga ke generasi hari ini.
Dalam tempoh yang bukan singkat dalam industri hiburan, seharusnya pelantun lagu hits ramai Renungan Terakhir ini dan Juara Bintang HMI 1991, sudah berpengalaman beraksi dalam konsert solonya sendiri.
Cuma sehingga kini, penyanyi kelahiran Kelantan ini masih belum meraih peluang tersebut akibat kesukaran mendapatkan penaja dan mengakui turut rasa terguris serta hampir berputus asa, apatah lagi tatkala menyaksikan pendatang baharu yang mudah tampil dengan konsert sendiri.
Namun, program Dana Kandungan Kreatif Persembahan Muzik yang ditawarkan oleh Kementerian Komunikasi kembali membuka pintu harapan Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Wan Ariffin, dengan memberi dia peluang memohon geran bagi membiayai penganjuran konsert solonya.
“Selepas pemergian suami tercinta, Allahyarham Johan Nawawi yang juga komposer pada 2017, saya hampir putus asa untuk mengimpikan sebuah konsert solo kerana hilang tempat bergantung selain beberapa kali kertas kerja berkaitan konsert dikemukakan kepada pihak tertentu ditolak.
Meskipun ada cabaran, Alhamdulillah dikelilingi orang-orang baik dan keyakinan mereka terhadap saya, maka perancangan mengadakan konsert solo pertama dapat direalisasikan menerusi kelulusan geran tersebut. Sekian lama menunggu saat ini, saya pasti akan berikan yang terbaik untuk para peminat saya,” katanya.
30 tahun jadi anak seni, akhirnya Datuk Nora Ariffin bakal adakan konsert solo buat julung kali pada Disember ini. Ditemui pada sidang media konsert itu baru-baru ini, Nora yang pernah mencatat fenomena menerusi album pertamanya, berjudul Sandiwara yang terjual sebanyak 100,000 unit dan turut mempunyai peminat di Brunei dan Indonesia ini, akan beraksi dengan konsert solo pertamanya pada 18 Disember depan.
Berjudul ‘Hanya Satu: Datuk Nora Ariffin (30 Years Journey)’, pastinya konsert itu akan menjadi tumpuan peminat penyanyi kesayangan ramai ini setelah sekian lama menanti untuk menyaksikan persembahan serta kehebatannya beraksi secara langsung, mengalunkan lagu bergenre pop, balada dan R&B.
“Apabila dapat tahu permohonan geran kerajaan diluluskan, ia umpama semangat dan pendorong kuat kepada saya dan pasukan untuk meneruskan perancangan konsert walaupun risau ada kekangan lain selepas ini.
Saya amat menghargai bantuan kerajaan dalam memberi peluang kepada artis-artis seangkatan saya untuk mengadakan konsert solo, sekurang-kurang sekali dalam seumur hidup sebagai anak seni,” kata Nora yang merakam lebih 100 buah lagu sepanjang kariernya dalam industri muzik negara.
Sementara itu, pengurus konsert Alita Aris berkata, pemilihan PJ Pac sebagai lokasi konsert Nora adalah kerana pihaknya menginginkan konsert yang eksklusif buat peminat setia serta penyokong tegar penyanyi itu sejak 30 tahun lepas.
Katanya, konsert berkenaan juga akan mendapat sentuhan individu berpengalaman yang tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air seperti Jennifer Thompson sebagai pengarah persembahan dan Aubrey Suwito sebagai pengarah muzik.
Berdurasi dua jam, Nora akan mengalunkan sebanyak 17 lagu popular dan malar segar daripada 18 albumnya, antaranya, Di Persimpangan Dilema, Naluri (Hadirlah Kekasih), Sandiwara, Menyemai Cinta Bersamamu, Renungan Terakhir, Jentayu dan banyak lagi.
Istimewanya juga, pada konsert ini akan diadakan segmen khas ‘Tribute to Johan Nawawi’ sebagai penghormatan kepada Allahyarham yang menjadi tonggak kejayaan dalam kerjaya Nora sebagai penyanyi.
Tiket konsert boleh didapati di wwww.onetix.com.my pada harga RM108 hingga RM518, dibawa khas oleh syarikat Nora, Johan Nawawi Sdn Bhd dengan sokongan Kementerian Komunikasi dan Kumpulan MyCreative Ventures.
Kemaruk beratur berjam-jam demi merasa makanan viral, golongan remaja dan orang muda yang berbadan besar di Malaysia lebih cepat alami kerosakan buah pinggang.